♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Iman Bunyamin. Show all posts
Showing posts with label Iman Bunyamin. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Hari Yang Dinanti, Hari Impian Menjadi Realiti



Ahmad Iman Bunyamin..
Macam baru semalam kamu dalam perut Mama..
Hari ini kamu sudah 2 tahun..
Hak kamu sudah Mama sempurnakan..
Hak penyusuan lengkap 2 tahun..
Sudah makin banyak keletah..
Baru nak belajar bercakap..
Selain kawan baik Mama, kamu juga kawan baik si abang..
Ke mana2 pun semua geram dengan pipi bulat kamu..
Mama tambah2 geram hari2 cubit pipi kamu..
Perjalanan membesarkanmu selama 2 tahun ini banyak sekali ujiannya..
Paling berat tika Mama diuji tahap kesihatan merudum berkali2..
Juga tika kamu diserang sawan tarik dulu..
Semuanya pengalaman baru walau kamu anakanda kedua Mama..
Membesarlah dengan iman dan taqwa ye sayang..
Jadilah insan berguna dan berilmu..
Sejak kamu lahir, hari inilah yang Mama nanti-nantikan..
Hari kamu genap menyusu sepenuhnya susu Mama selama 2 tahun..
Hari impian Mama..
Impian yang akhirnya menjadi kenyataan..
Terima kasih, Adik..
Syukur ya Rabb..
Mama sayang kamu..

Selamat Hari Lahir Yang Ke-2,
anakanda comel Mama..



Tuesday, April 30, 2013

Bunyamin & Kiub


Hari cuti minggu lepas kami tak ke mana2. Melepak di rumah saja. Sejak Ayah terlibat dengan jadual kerja sempena nak PRU ni, kami memang tak dapat berjalan ke mana2. Mana taknya, Ayah kerja 12 jam – rehat 24 jam – kerja 12 jam. Gitu la gilir2 sampai 7 mei nanti.

Bila Ayah di rumah, Ayah banyak rehat dan tidur sebab nak cover masa kerja yang panjang dan memenatkan tu. Sementara Ayah tido, Mama dan anak2 dengan aktiviti kami la kan. Huhu.

Aktiviti apa? Mama macam biasa la, buat kerja rumah apa yang patut. Adakalanya pause bila Bunyamin merengek nak menyusu, Abang nak buang air, nak minum, nak itu nak ini.. campur dengan gaduh adik beradik berdua tu lagi.. huhu.. Penuh aktiviti masa cuti kami..

Pagi tu Mama baring2 je sambil meneman anak2 main. Bunyamin minta Mama letak kiub atas lori kecilnya sebab dia nak tarik lori tu. Belum sempat tarik, kiub dah jatuh. Dia suruh Mama letak lagi dan lagi dan lagi berulang2 kali.



Last2 Mama cakap :


“Adik gi ambik mainan lain la. Yang ni tak boleh la..”

Pastu Bunyamin dengan selambanya gi ambik kiub yang SAMA macam yang dia tengah main tu. Huhu. Aduhai.. adik.. adik.. Kamu sangat comel tahu..

Tapi tak lama pun diaa main dengan kiub tu. Pastu dia bosan sebab kiub tak bagi kerjasama dengannya. Huhu. Akhirnya dia main tarik2 lori saja. ;)


Sunday, March 3, 2013

MILESTONE Bunyamin


Ahmad Iman Bunyamin : 1 tahun 8 bulan 2 minggu 6 hari

pertama kali pandai sebut AYAH.. teruja encik Khairul Mkayamin..
pandai merap dah.. pantang tak bagi apa dia nak, nangis macam kena dera..
bila nangis dia akan jerit2.. ape la adik..
belum ada banyak vocab tapi faham apa orang cakap..
sangat suka makan.. bagi la apa saja.. ;)
pandai 'lompat'.. caranya macam tarian sumazau..
suka menari.. walau hanya Mama yang nyanyi tanpa muzik.. ;)
akan ikut apa saja yang Abang Iman Bukhari buat contohnya menopang dagu semasa menonton tv..
sentiasa manis di mata Mama..



Thursday, January 24, 2013

Cerita Demam LAGI

Sori la asyik cerita pasal demam je..

Aritu cerita pasal Iman yang lelah. Arini nak cerita pasal Bunyamin pula. Entah mengapa Bunyamin demam tiap2 minggu pulak baru2 ni. Risau Mama dibuatnya. Mama syak Bunyamin demam sebab nak tumbuh gigi. Sebab sekarang ni tiba2 giginya banyak. Dah ada 12 batang dah. Kalau tak duk 8 batang tu jela..

Bunyamin ni dia ok je petang tu. Siap main2 lagi. Malam tu tengok Maharaja Lawak final pun dia ok je lagi. Tapi ada la rasa mula panas sket2. Tapi kalau dia masih boleh main dan tak merengek tu kira ok la.

Esoknya badan tak panas pun tapi merengek je sepanjang hari. Risau dah Mama ni. Mula la Mama takde mood nak buat kerja apa pun bila Bunyamin mula nak demam. Maka Sabtu Ahad yang lalu memang mengadap Bunyamin jela.

Kebetulan malam minggu tu Iman sibuk nak gi rumah Nenek. Kat rumah Nenek ramai yang balik. Ayah gi ngaji. Mama nak hantar tapi Bunyamin pulak merengek je manjang. Masa ni badannya belum panas lagi. Berkali kali kali cek suhu tetap tak demam tapi merengek memanjang. Eran jugak memula tu.

Last2 pakciknya datang ambik Iman dan Iman tidur di rumah Nenek. Tinggal la Mama dan Bunyamin berdua saja. Dah tengah malam sikit badan Bunyamin mula panas. Mama memang takkan biar kalau badan Bunyamin panas.

Terus bangun jelum kepala Bunyamin dengan air paip campur asam jawa. Ni petua sendiri je. Takde dapat dari sesiapa pun. Sebab Mama fikir asam jawa tu kan sejuk. Biasanya bila anak demam memang jelum camtu la. Sebab malam2 takut nak kuar ambik daun bunga raya dan lidah buaya.

Ha, tanam dua2 tu depan rumah semata2 ready untuk anak demam la tu. hihi. Tapi bunga raya putih adalah susah nak hidup. Yang ada bunga raya warna lain selain putih je. Blasah la asalkan namanya daun bunga raya sudeeehh.. hihi..

Malam minggu dan malam Isnin tu tidur tidak keruan sebab anak demam. Mimpi berkali2. haha. Sebab tidurnya sekejap2 kan. Pagi Isnin tu serba salah sama ada nak gi kerja atau nak ambik cuti je sebab badan Bunyamin panas sampai 39'. Tinggi rasanya.

Aritu yang dia kena tarik tu suhunya 40'. Memang risau sangat. Tapi alhamdulillah Bunyamin tak batuk dan selsema. Cuma demam sahaja.


Tapi pagi Isnin tu cek suhu dah 36 37 camtu. Last2 Mama buat keputusan gi jugak kerja cuma bekalkan termometer kat pengasuh, keep on calling pengasuh dan pesan kalo panas sangat cepat2 call Mama.

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Bunyamin still demam masa di rumah pengasuh tapi pengasuhnya jelum 2 kali. Kata pengasuhnya tanak kacau Mama kerja. Syukur dapat yang memahami tapi Mama memang tak kisah kalau dia call Mama boleh mintak keluar sekejap sebab ari Isnin kelas Mama sikit.

Balik petang tu ambik Bunyamin, badannya masih panas. Balik rumah terus tak ambik Iman di rumah Nenek lagi sebab Mama mengantuk sangat tak tidur 2 malam. Bunyamin menyusu dan turut tido sama Mama.

Bangun tido petang tu dah berpeluh badannya. Mengucap syukur Mama. Lepas tu terus tak demam dah sampai sekarang. Alhamdulillah...

Anak kalau demam memang merisaukan tambah2 lagi anak2 Mama ada lelah kalau demam. Bunyamin siap pernah kena tarik lagi. Memang merisaukan. Itulah pengorbanan menjadi ibu dan bapa kan. Asal anak2 sihat, ibu bapa penat sikit pun takpe.

Ujian dan pengalaman buat Mama juga...

Sunday, December 9, 2012

Bunyamin

Aritu ada buat entri pasal MIMPI Ayah. Tak disangka malam tu terpahat sejarah pahit buat Mama. Sesuatu yang belum pernah dilalui seumur hidup; berlaku malam itu. Dan mimpi Ayah itu buat Mama risau melampau.

Gini kisahnya. Pagi tu Mama tugas di sekolah. Tinggalkan anak2 dengan Mak Njang dan Achik Anna. Balik sekolah tengok2 Bunyamin demam. Ubat demam aritu masih ada, bagi jela ubat tu. Bunyamin merengek je tanak siapa2 selain Mama.

Sepanjang hari Bunyamin merengek. Makin malam makin menjadi2 rengekannya sampai nak berdukung saja. Malam tu Bunyamin tidur sekitar jam 11.00 malam selepas penat merengek. Tapi tidurnya tak lena. Walau mata terpejam tapi masih merengek. Dalam mengantuk tak tertahan tu Mama menyusukan Bunyamin dengan harapan Bunyamin semakin tenang dan demamnya makin surut.

Tak lama pastu Mama nampak Bunyamin sedikit tenang, lalu Mama masukkan dalam buai supaya dia dapat tidur lama. Jarang Mama tidurkan Bunyamin dalam buai waktu malam. Cuma malam tu niat di hati nak tenangkan dia.

Mama enjut buai sekali, dua.. pastu Mama nampak Bunyamin lain macam dalam buai. Bunyamin ni kalau demam dia suka tergeleng2 kepala atau terangguk2 kepala. Mama pun taktau kenapa Bunyamin begitu. Tapi setiap kali dia buat camtu Mama akan pantau sebab takut jadi apa2.

Bila Mama tengok Bunyamin lain macam begitu, Mama bangun tengok. Terkejut Mama tengok Bunyamin dah kejang. Kena tarik sawan. Sepantas kilat Mama angkat Bunyamin dan kejutkan Ayah. Masa Ayah pegang Bunyamin, Mama kejutkan Tok Mama dan Tok Abah.

Nasib baik la Tok Abah dan Tok Mama takde sakit jantung, kalau tak taktau la. Sebab Mama kejutkan dorang tu dalam keadaan tergesa2. Memang dorang terkejut masa Mama kejutkan tu. Tambah terkejut bila Mama bagitau Bunyamin tarik.

Tok Abah bingkas bangun dan dukung Bunyamin. Masa tu hanya Allah je tau hati Mama camne. Hanya fikirkan camne nak bagi Bunyamin ok balik. Tok Mama suruh jirus air. Cepat2 Mama ambil air dan jirus kepala Bunyamin kat tengah2 dapur tu jugak. Banjir dapur Tok Mama. 

Masa tu Mama hanya nampak Bunyamin saja. Dah tak nampak orang lain. Dengar jugak Tok Abah cakap jangan jirus lagi dah takut Bunyamin lemas tapi rasa tak boleh nak kawal diri. Mama jirus 2-3 kali. 

Keadaan Bunyamin masa kena tu, mata terbeliak ke atas, kancing gigi, tangan kejang ke sisi, kaki kejang ke bawah, badan keras, mulut tak berbunyi apa2. Mama mana tak risau tengok keadaan anak begitu.

Airmata ni jangan cakap la. Macam meraung pun ada kot. Mulut Mama tak henti2 sebut nama Bunyamin. Tok Abah lak tak henti sebut Allahu Akbar.

Takut kehilangan Bunyamin, takut jadi pape, takut baby secomel Bunyamin jadi pape, takut itu takut ini.. Nauzubillahi min zalik...

Tak lama pastu Bunyamin kembali ok. Cuma badannya lembik macam kain buruk. Longlai je. Lembik selembik-lembiknya. Mama bukak baju Bunyamin yang basah, balut dengan tuala dan cuba menyusukan Bunyamin.

Tapi Bunyamin terlalu lemah untuk menyusu. Hanya mampu menangis dan terus menangis, sampai la ke bahagian kecemasan Hospital Taiping. Masa kat kecemasan tu, Bunyamin diberi nebulizer 3 kali, masuk ubat turunkan suhu ikut bontot. Masa tu suhu Bunyamin 40'. Sangat tinggi!

Masa neb tu Bunyamin masih menangis2. Lepas neb kali pertama Bunyamin dah boleh menyusu. Masa tu syukurnya Mama tak terhingga. Dengan Mama2 sekali duduk atas katil kecemasan tu. haha.

Bila Bunyamin dah beransur stabil, baru la boleh beri tumpuan pada keadaan sekeliling. Nurse dan doktor situ semua geram dengan ketembamam Bunyamin. Selain daripada itu, dorang geram jugak tengok Bunyamin pakai seluar yang dibuat daripada kain pelekat. Bayangkan baby pakai kain pelekat, siapa tak geram kan. Tapi sebenarnya bukan kain, itu seluar, Tok Mama yang belikan di Pasar Payang, Terengganu.

Bunyamin terlena akhirnya setelah sepanjang malam
keletihan dengan macam2 pengalaman baru baginya

Akhirnya Bunyamin kena masuk wad untuk pemantauan susulan. Pagi itu di wad Bunyamin ok sangat. Dah tak demam, dah takde lelah. Makan nasik lemak Nenek bawak, tambah lagi dengan bihun goreng menu hospital pulak.

Juga aktif main. Banyak berdiri daripada duduk. Siap tarik wayar yang dekat2 katil lagi. Sampai Mama kena letak jauh2 sikit wayar semua tu. Tengahari tu family Ayah datang melawat. Pelawat tak boleh masuk tapi Bunyamin boleh dibawa keluar. 

Seronok je Bunyamin main dengan sepupu dan abangnya. Seronok tengok orang yang dikenali berada di sekeliling. Lama jugak dorang datang. Pakcik2nya dari Ipoh dan Kuala Kangsar pun balik semata2 nak tengok Bunyamin. Semua pun terkejut dapat berita Bunyamin masuk spital.



akhirnya Bunyamin nak juga neb
baru la aman Mama nak snap pic

Sementara dorang ada, Mama ambik kesempatan solat Zohor dulu. Boleh dorang tengok2kan Bunyamin sementara Mama nak solat. Nenek siap bekalkan nasik. Best je rasa walaupun lauk sardin. Tetap sedap dari lauk spital. *ops..*

Pas semua orang balik, Bunyamin masuk wad balik. Main2 dan tidur. Masa tidur tu nafasnya mula berombak balik. Risau Mama sebab doktor cakap esok dah boleh balik sebenarnya. Itu berdasarkan kondisi Bunyamin pagi tadi. Tengok petang tu dia dah mula batuk semula, nafas laju dan mula merengek tanak main sangat dah.

Aduhai, hati dah mula risau semula. Jangan la camni dik. Baik la cepat. Risau Mama. Doa banyak2 keadaan Bunyamin makin ok. Bagitau nurse kot2 la nak sambung balik oksigen atau neb tapi keadaan Bunyamin masa tu masih belum memerlukan kedua2nya.

Petang tu family Mama pula datang melawat Bunyamin. Masa ni Bunyamin dah mula kurang main. Merengek je. Sekali lagi Mama ambik kesempatan tunaikan solat Asar semantara ada yang jaga Bunyamin.

Malam tu keadaan Bunyamin makin kurang memuaskan. Nafas laju dan asyik batuk. Nurse cakap mungkin jangkitan sebab duk luar lama sangat tadi. Aduhai.. Dah la nak makan ubat jenuh. Nyaris2 nak bagi ubat melalui drip tadi tapi Mama merayu jangan lagi, Mama akan cuba beri ubat syrup sebab kalau ikut drip konpem takleh kuar lagi la. Kena tahan selama 5 hari untuk habiskan antibiotik tu. Last2 kena la paksa Bunyamin makan ubat. Terpaksa..

Esoknya Bunyamin masih begitu. Last2 nurse terpaksa sambung oksigen nak bantu Bunyamin bernafas. Masa tu oksigen Bunyamin 93-94 je. Dah sambung oksigen baru la naik 97-98. Aduhai anak.. Masa tu hati Mama kuat mengatakan memang takleh discaj la jawabnya. Tengok2 memang betul la doktor tak bagi discaj.



Bunyamin mula batuk dan nafas laju kembali
kena sambung oksigen untuk bantu bernafas

Tapi Mama mohon discaj jugak petang tu. Sementara tu keadaan Bunyamin akan dipantau la. Sedih melihat susahnya Bunyamin nak bernafas. Badannya terasa panas. Ingatkan demam dah tapi cek suhu ok je, tak demam cuma hampir2 nak demam la. Terus Mama bagi Bunyamin mandi bagi sejuk sikit badannya.

Petang tu discaj juga akhirnya. Doktor berat hati nak lepaskan Bunyamin tapi Mama nekad. Sebab kat wad tu Bunyamin tak boleh bergaul dengan budak2 lain. Budak sekecil Bunyamin tu mana la reti nak duk atas katil je. Banyak kali jugak Mama dukung Bunyamin round2 sekitar wad sebab dia jemu duk atas katil. Mama risau duk lama2 nanti lain pulak jadinya. Sebab paru2 Bunyamin memang dah dijangkiti kuman dan sangat sensitif.

Baiklah balik rumah dan teruskan ubat yang doktor bagi tu. Sokongan keluarga juga penting demi memastikan Bunyamin kuat nak lawan sakit dia tu. Lagipun ramai boleh tolong tengokkan Bunyamin. Mama risau Mama sendiri yang tak kuat sebab Mama nak kena jaga keluarga. Kalau Mama jatuh sakit memang huru hara keluarga.

Masa kat wad pun Mama sentiasa ingatkan diri bahawa sila jaga kesihatan sendiri juga sebab nak jaga keluarga. Oleh sebab itu Mama mandi dua kali sehari di wad. Curi2 la masa nak mandi, gi tandas, solat, makan. Sebab jaga Bunyamin sendirian kan. Syukurlah ada juga yang dikenali iaitu jiran sebelah rumah Opah pengasuh Bunyamin. Dia pun jaga anak sakit. Anaknya demam tinggi dan tarik macam Bunyamin juga. Banyak jugak la minta tolong dia tengokkan Bunyamin sementara Mama nak mandi, gi tandas atau solat.

O ye, balik rumah Tok Abah dulu sebab Mama belum berani duk rumah sendirian dengan anak2 je. Seminggu juga di rumah Tok Abah. Akhirnya Bunyamin pulih sepenuhnya. Syukur ya Rabbi. Bila Bunyamin dah sembuh sepenuhnya baru la kami sekeluarga pulang ke rumah sendiri. Home sweet home. Biarlah rumah kami kecil saja, sewa pulak tu, tapi bahagia berada di rumah sendiri. Pulang membawa pengalaman berharga..

Bunyamin sayang Mama..
Jangan begitu lagi tau. Mama takut. Fobia rasanya bila anak demam. Mama doa banyak2 moga kamu dan abangmu sihat2 sahaja selamanya. Mama sayang Bunyamin; juga Abang Iman. Lega rasanya melihat kamu sudah aktif sepenuhnya. Bahagia melihat senyuman dan telatahmu. Sihat selalu ye anak2 Mama...

Wednesday, November 28, 2012

miMPi

Minggu ketiga cuti persekolahan. Balik dari Melaka Ahad malam. Isnin basuh baju yang bertimbun itu, malam gi rumah Tok Mama dan bermalam di sana. 

Arini, Rabu, kami masih di rumah Tok Mama. Mama bertugas arini di sekolah. Memang malas rasanya nak ke sekolah, tapi bila dah kat sekolah ralit pula selesaikan tugasan sampai tak sedar waktu berlalu.



Balik dari sekolah, tengok Ayah dah bersiap nak gi ofis. Arini Ayah gi lambat sikit sebab ada kelas tajwid petang ni. Berbual singkat dengan Ayah, tapi terkesan sampai sekarang dan asek teringat2.

Ayah : Tadi mimpi Adik.
Mama : Mimpi apa?
Ayah : Mimpi Adik meninggal.
Mama : #berdegup jantung# Bagus la, tanda panjang umur la tu. *sedapkan ati*
Ayah : Kubur Adik seberang laut. Kat gigi air ke pantai camtu.
Mama : Kat mana?
Ayah : Sabah ke Sarawak camtu la.
Mama : Jauhnye..

Erm, sebagai ibu, tentu la Mama sedikit cuak bila mendengar tentang kematian anak2 ni walaupun cuma dalam mimpi. Kalau boleh biarlah panjang umur kami sekeluarga.

Harap2 mimpi Ayah tu cuma mimpi. Walau hakikat MATI itu PASTI sudah sedia dimaklumi, namun sedikit prejudis pasti ada.

Ya ALLAH, panjangkanlah usia kami sekeluarga. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakan kami sekeluarga kesihatan yang berpanjangan. Amin ya Rabbal a'lamin...

Monday, June 11, 2012

Hari Ini Setahun Yang Lalu

Selamat hari lahir yang pertama, Anakanda Mama yang bijak, Ahmad Iman Bunyamin. Bermakna sudah setahun perjalanan penyusuan Mama bersamamu. Sejuta kesyukuran dipanjatkan. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Nikmat rasanya. Moga terus diizinkanNya untuk menyusukanmu sepenuhnya dengan susu Mama sehingga ke 2 tahun usiamu dik.. ;) 


Menjelang setahun usia Bunyamin, macam2 benda dah pandai buat. Paling best Bunyamin sudah boleh berjalan. Belum sangat cekap tapi Bunyamin prefer berjalan daripada merangkak. Bermakna Bunyamin sudah mula seronok berjalan. Merangkak kan sakit lutut. hihi.

Sedikit berat mulut. Tapi bila tiba mood baik tu, memang bising la mengomel macam2. Tapi semuanya berbunyi "ma ma ma". hihi. Hanya Mama sahaja yang Bunyamin pandai sebut.

Suka main sendiri bila Abang tiada. Tapi bila Abang ada, apa Abang buat semua Bunyamin nak buat. Apa Abang pegang semua Bunyamin nak pegang. Pastu bila Abang marah, mula cebek2 pastu tengok kat Mama atau terus merangkak pergi kat Mama. Ngadu la tu kononnya.

Masih dengan tabiat lama, pantang Mama bangun mula la nak melalak. Tak boleh lekang langsung dengan Mama. Dah la walker rosak pulak, memang susah Mama nak mandi dengan tenang. hihi. 

Manja, sangat manja. Walaupun sudah setahun usianya, Mama rasa Bunyamin masih macam baby lagi. Mudah cebek bila naik sket suara. Biasanya bila cakap 'aaaap' bila dia nak ambik apa2, pastu mula la cebek terus. hihi. Tapi jap je, eksyen je, pastu elok je balik.

Takde rasa nak menambah anak lagi buat masa sekarang. *tiba-tiba* hihi. Huru hara dengan 2 hero di rumah. Mama jadi tarzan sesaja. Tapi merekalah pengubat duka lara Mama. Bila sedih, tengok muka anak2. Pasti sejuk rasa hati.


Bunyamin, moga adik panjang umur, dimurahkan rezeki sepanjang usia, jadi anak soleh, bijaksana dunia akhirat, taat Mama Ayah, sentiasa manis di hati Mama. Kamu anak Mama yang manis. ;)


Friday, May 4, 2012

Bunyamin Sekolah

Dari semalam duk pening kepala, taktau nak buat macamana. Hanya berserah kepada Allah. Syukur Alhamdulillah, hari ini segalanya dipermudahkan. 


Alkisahnya begini. Petang semalam Opah pengasuh Bunyamin telefon, minta cuti hari ini sebab nak keluar membeli barang2 keperluan untuk persiapan kenduri pertunangan anaknya esok. Takkanlah Mama tak bagi pulak, bukannya selalu Opah minta cuti. Lagipun ini kenduri anak bongsunya, kesian pulak. Lagipun Mama fikir takpela ada Nenek boleh minta tolong jagakan Bunyamin.


Alih2 dalam jam 4.00 petang camtu, datang Achik Fiq hantar Abang Iman yang memang Mama tinggalkan di rumah Nenek sejak pagi, tak hantar taska sebab Abang Iman tak berapa sihat. Achik Fiq khabarkan Nenek dan adik2 ipar Mama akan balik Johor petang tu sebab nak ziarah besan Nenek yang kritikal di hospital.


Adeh, tergaru2 kepala jadinya Mama. Memikirkan nak hantar kat siapa la Bunyamin esok ni. Nak bercuti, segam pulak sebab haritu Mama dah cuti panjang masa sakit telinga tu. Malu alah pulak rasanya nak cuti lagi. Dah la Jumaat, nanti orang cakap sengaja nak sambung cuti. Memanglah kalau nak fikir cakap orang, susahlah hidup. Tapi segan jugak kan.


Fikir punya fikir punya fikir, Mama buat keputusan bawa Bunyamin ke sekolah. Sesuatu yang tak pernah Mama lakukan masa Abang Iman kecik2 dulu, hihi. Takpela dik, nak buat macamana, tanggungjawab perlu ditunaikan.



Sampai2 sekolah pagi tadi, warga sekolah sedang dalam program bacaan Yasin mingguan. Jadi Mama tunggu dalam kereta sahaja. Sementara itu sempatlah snap gambar Bunyamin. 

Oh ye, pagi tadi Mama tak mandikan Bunyamin sebab Bunyamin batuk. Cuma lap2 badan dan pakaikan baju bersih. Siap jaket. hihi.

Hari ini Mama tak banyak kelas, tapi tetap ada kerja nak buat. Masa entri ini ditaip, kerja sudah selesai tapi Bunyamin entah ke mana. Rakan sekerja bawa Bunyamin jalan2 sebab dah bosan agaknya memerap dalam bilik j-QAF ni. 




Saturday, March 17, 2012

Luar Ke Dalam Ke Semua Pun Geram

Cuti2 ni sesekali Abang Iman kena 'kidnap' dengan makcik2 dan pakcik2 dia. Siang jela. Kalau malam Mama tak berapa harap sebab Abang Iman kan kerap mengigau malam. Biasanya mesti cari Mama, menangis2, lama baru sambung tidur semula. Pernah 2,3 kali je bermalam dengan makcik2nya. Mama berat hati tapi diorang beria2 so relakan sajalah.

Biasanya bila Abang Iman takde, Adik pun berpeluang la main segala mak nenek lori la bas la bomba la kepunyaan Abang Iman. Dan Adik sekarang punya satu tempat feveret dia. Hari2 pun nak masuk situ. 

 

Biasanya bila dah masuk bawah meja tv ni Adik pandai turun sendiri. Tapi haritu mentang2 Abang takde, Adik pun ala2 manja terlebih la pulak. Dah tak reti pulak nak turun sendiri makanya huk hek huk hek mintak tolong Mama. hihi.

Sebelum keluarkan Adik, snap gambar dulu. Upload masuk fb. 2,3 minit kendian tiba2 ada notification, Mama ditag. Klik2 tengok2 gini citernya ha..


Kelakar kan? Sampai dalam pc pun ada yang nak cium Bunyamin. Kalau kat luar... sila bayangkan... ;)

Saturday, February 4, 2012

My Bambam Breastfeed Baby

7 bulan 3 minggu


Wednesday, December 14, 2011

Bunyamin & 1st Solid Food

Baby Bunyamin sudah 6 bulan usianya. Bermakna lengkap sudah penyusuan eksklusif Mama buat Bunyamin selama 6 bulan ini. Hanya susu Mama menjadi makanan dan minuman yang mengenyangkan Bunyamin. 

Mama gembira dan berbangga kerana berjaya sampai ke tahap ini. Kegagalan menyusukan Abang Iman secara eksklusif di awal 6 bulan usianya dulu, rasa tertebus dengan kejayaan bersama Bunyamin ini.

Adik dah boleh mula makan makanan pejal. Walaupun Adik takde menunjukkan tanda2 nak makan, tapi Mama saja cuba bagi Adik makan bubur nasi kosong yang dikisar halus.

bubur nasi kosong bersama air dan kepala lori Abang sebagai hiasan ;)

Adik tidur lama hari ini. Kebetulan ada Achik Ana, bila Adik merengek terus Achik Ana dodoikan Adik kembali, maka lamalah juga Adik tidur hari ini. Bila Adik bangun, Mama dah sedia nak suapkan Adik bubur.

Bunyamin 6 bulan

Seperti yang dah Mama duga, Adik tutup mulut rapat2 bila Mama suapkan bubur. Mama dah jangka Adik belum sedia nak makan. Menyusu pun sikit2 sahaja, ini kan pula nak makan. Tak macam Abang dulu, menyusu kuat, makan pun kuat. Kali pertama suap makanan dah pandai nganga luas2 dan kunyah2 walaupun muka sedikit pelik sebab tak pernah rasa selain susu.

tutup mulut rapat2

Mama cuba 2,3 kali suapkan Adik. Namun Adik tetap menolak. Mulutnya sentiasa tertutup rapat. Ada juga Mama bukakan mulut Adik nak bagi Adik rasa kot2 pas rasa dia suka. Tapi Adik tetap taknak. Buat muka pelik dan macam nak termuntah. 

Adik belum sedia nak makan

Akhirnya Mama buat kesimpulan bahawa Adik belum sedia nak makan. Adik hanya nak menyusu sahaja. Pas Adik dah tenang semula, Mama offer nenen. Laju je Adik menyusu sebab memang dah lapar. Maklumlah tidur lama kan.

Adik belum tau bahawa makan bubur juga mengenyangkan. Pada Adik, nak kenyang adalah dengan menyusu. Mama tak kecewa, jauh sekali sedih atau hampa. Malah Mama gembira sebab walaupun Adik dah 6 bulan, namun hanya dengan susu Mama sahaja boleh mengenyangkan Adik tanpa perlu tambah dengan makanan tambahan lain.

Esok Mama cadang nak cuba lagi sekali. Kali ni nak tambah susu Mama dalam bubur nasi tu. Kalau Adik masih menolak, Mama takkan paksa Adik. Mama sayang Adik...

Friday, December 9, 2011

Adik..

Ada anak kecil
saat membahagiakan
tiap hari Mama tersenyum keranamu
boleh ganti bantal peluk Mama
sayang Adik..


Adik sudah 6 bulan
tercapai sudah misi Mama
menyusukan Adik sepenuhnya dengan susu Mama

6 bulan
terasa pantas masa berlari
meninggalkan titik2 momen indah
dalam diari hidup seorang Mama

insya-Allah akan Mama terus susukan Adik
selama mana yang Mama mampu
juga selama mana Allah ingin mengurniakan rezeki susu buat kita dik

Mama sayang Adik...


Wednesday, December 7, 2011

Bertugas Masa Cuti

Hari ini Mama perlu ke sekolah menyelesaikan beberapa tugasan yang tertangguh. Menyambung kerja semalam yang masih berbaki. Semalam anak2 Mama hantar ke rumah Tok Abah sebab Achik Ana boleh tolong jaga. Tapi hari ini Achik Ana ada urusan. Terpaksalah Mama hantar anak2 ke rumah Opah pengasuh mereka.

Seperti semalam, rancang nak keluar awal tapi menguruskan anak dan rumah saja dah sampai jam 11.00 pagi. Siap2 keluar rumah dah hampir jam 12.00 tengahari. Anak2 mengantuk. Takpela, tidur di rumah Opah ye sayang.

Hari ini Mama pakaikan mereka dengan baju jalan. Yela, berjalan ke rumah Opah kan. Mama dah siap2 mandikan anak2. Cuma minta Opah tolong jagakan sahaja. Bekalan baju, pampers dan susu juga Mama bawa macam nak jalan2. Sebab di rumah Opah dah tak ada bekalan mereka sebab bercuti panjang kan.

Bekalan Bunyamin tentulah Mama tak lupa. Hari ini sengaja Mama bekalkan 6 botol X 2.5 oz untuk Bunyamin. Sekarang Bunyamin minum 2.5 oz sahaja. Itu pun bukan sekali minum. Berkali2 kena offer baru habis. 


Mama balik jam 3.00 petang. Sebab gi lewat, balik lewatlah. Habis 3 botol sahaja.. 


Wednesday, November 30, 2011

Bunyamin Batuk + Demam + Selsema @ 5 Bulan Usianya

Dalam usia 5 bulan, Bunyamin sekali lagi tak sihat. Mula2 demam malam selama 2 malam berturut2. Ada batuk sikit2. Masuk hari ketiga, batuk semakin kuat dan dah mula demam waktu siang juga. Selsema juga sikit. Yang banyaknya adalah batuk.


Bunyamin demam dan batuk pada hari Ahad pula. Mencari2 klinik yang buka lantaran klinik kebiasaan keluarga adalah tutup pada hari Ahad. Dalam hujan lebat, bersyukur ada juga klinik yang buka. Doktor maklumkan bahawa Bunyamin batuk biasa sahaja. Paru2 juga ok. Doktor bagi ubat demam dan muntah sahaja memandangkan Bunyamin masih kecil dan tak sesuai diberi ubat batuk. Doktor sarankan diberi madu sedikit sahaja.

Balik rumah Mama berikan Bunyamin ubat tahan muntah dahulu. Sebab nak elakkan Bunyamin muntahkan semula susu yang diminumnya. Dah la tak berapa selera nak menyusu, muntah pula. Malam baru Mama beri Bunyamin madu dan ubat demam.


Malam itu Bunyamin tidur tak lena. Kejap2 merengek. Menyusu sikit2 sahaja. Sampai basah lenjun toto terkena susu Mama. Nak bangun mengepam malas. Haih, kenapalah malas sangat sekarang ni ye? Semangat mengepam, datanglah dikau!!!


Keesokan harinya batuk Bunyamin tambah teruk. Mama post kat group 'perkembangan anak anda' di fb Mama berkaitan masalah Bunyamin ni, minta pandangan dan mungkin perkongsian pengalaman. Mereka cadangkan jerslin oil. Ianya tak memudaratkan baby g6pd dan tak panas. Hari itu juga Mama keluar mencarinya bersama anak2 dan Achik Ana. Mencari juga ubat homepathy. Sejak ada anak g6pd, Mama lebih suka menggunakan produk homeopathy sebab ianya natural berbanding ubat sintetik kan.



Pagi tadi, Mama bawa Bunyamin ke klinik pakar kanak2 pula. Sebab nafasnya berbunyi dan dia macam sesak nafas. Risau. Tapi kerisauan hilang bila doktor cakap Bunyamin lelah sikit disebabkan batuknya dan akan beransur hilang. Paru2nya juga berkeadaan baik. Alhamdulillah. Ubat bertambah lagi.

sebelum ke klinik kali kedua


Ketika entri ini ditulis, Bunyamin masih batuk dan demam sikit. Walaupun ubat berderet (dibeli di farmasi dan ubat klinik), namun sekarang ni Mama hanya bagi Bunyamin makan ubat batuk dan demam homeopathy dan sapu jerslin oil sahaja. Nampak macam dah berkurangan batuknya.

Ada Mama terbaca blog seorang ibu pasal kebaikan anak2 flu dan batuk. Menurut doktor yang merawatnya (Doktor Nadir Khan dari klinik di Wangsa Maju - katanya glemer juga doktor ni sebab sopan, ramah dan memberi layanan yang super best), kalau anak batuk, biarkan dia batuk sebab kalau kita stopkan batuk itu dengan ubat, ia tak habis dan terlekat di dinding tekak. (betulkan jika salah ye)

Cara terbaik merawat batuk kanak2 adalah dengan neubulizer. Kat tempat Mama ni, tak pasti kat mana nak cari klinik yang sediakan rawatan camtu. Tapi Mama tertarik dengan satu kaedah yang boleh dilakukan di rumah iaitu dengan beri baby sedut wap panas.

Bila sedut wap tu, kahak akan keluar dan insya-Allah anak akan selesa. Mama belum cuba sebab kesiankan Bunyamin yang sedang lena. Walaupun sebenarnya lebih kesian dengan kahak yang tidak selesa di tekaknya itu. Takpela dik, esok Mama buat rawatan itu kat adik ye sayang.

Apa2 perkembangan Bunyamin akan Mama update lagi, insya-Allah... Doakan Bunyamin cepat sihat ye..


Sunday, October 2, 2011

Breastfeed Baby Will Breastfeed

Buat pertama kalinya sejak dapat Adik, Abang buat sesuatu yang buat Mama terharu dan hampir menitiskan airmata. Mungkin bagi sesetengah orang ianya perkara remeh, tapi bagi Mama besar maknanya. 

Situasinya camni. Sedang bergolek2 bersama anak2 malam itu, tiba2 Abang selak baju nak bagi Adik nenen. Beria2 Abang suakan nenen kat Adik. Yang si Adik pun beria2 jugak nak nenen. Hihi.

Abang nak bagi nenen Adik
so sweet...

Memang kelakar habis Mama rasa. Dan Mama juga rasa ianya sangat comel. Abang nak susukan Adik. Mesti Abang teringin sangat nak buat macam Mama selalu buat kat Adik; nenenkan Adik. Sebab tu tiba2 je Abang selak baju nak bagi nenen.


Itulah kan, anak2 ni belajar daripada perlakuan ibu bapanya. Sebab tulah sebagai ibu bapa kita kena berkelakuan baik sentiasa. Nak gaduh pun jangan gaduh depan anak2 kan. Tapi Mama ni adakalanya terlajak juga terbegaduh depan Abang. hihi. Kena ubah sikap ni.


Mama sangat terharu dan sedikit terkejut dengan perlakuan Abang tu. Tak sangka selama ni Abang memerhati apa yang Mama buat dan pandai pulak meniru. Terselit rasa bangga di situ sebab secara tak langsung Mama dah terapkan dalam diri Abang kebaikan dan kepentingan susu ibu.


Walaupun mungkin Abang masih kecil, tapi itu adalah permulaan yang baik sebagai bekalan untuk dirinya bila besar nanti. Betullah bila ada yang menyatakan :


"breastfeed baby will breastfeed"


Tapi satu jela pesanan Mama bila nampak Abang selak baju camtu, Mama cakap, "Abang tu boy, nanti bila Abang dah besar biar isteri Abang yang nenen baby ye.."


Dalam diam ku bersyukur...

Tuesday, September 27, 2011

Photo Of The Day

Oleh kerana dah-lama-blog-bersawang-malas-nak-taip-entri-tapi-nak-jugak-ada-entri-baru, so Mama pun nak letak photo-of-the-day jugak la ye..

Inilah dia gambar untuk entri pendek pelengkap-jangan-takde-entri-baru-sudah..

si kecil Bunyamin di ribaan Ayah
dalam perjalanan beraya di kampung Tok Abah


Monday, September 19, 2011

Kisah Bunyamin

Mempunyai anak dengan kekurangan enzim g6pd bukanlah semudah yang disangka. Banyak perkara perlu dititikberatkan terutamanya dari segi pemakanan, persekitaran dan orang sekeliling.

Bunyamin menyusu badan sepenuhnya. Oleh sebab itu Mama perlu berhati2 memilih makanan agar tidak memberi kesan negatif terhadapnya. Bila nak makan sesuatu, perkara pertama dalam fikiran Mama adalah 'Bunyamin boleh makan ke ni?'

Bukanlah bermakna nak bagi Bunyamin makan benda alah tu, tapi apa yang Mama makan turut menjadi makanan Bunyamin kan. Oleh sebab itu haruslah lebih selektif bila nak makan. Yang paling tak boleh makan adalah kacang parang atau ada jugak orang panggil kacang sepat. Lain2 kacang kalau boleh elak, elak la. Tapi kalo dah teghinginnya tahap terketar2 Mama try jugak sikit dan tengok kesannya pada Bunyamin.

Mama adalah hantu coklat vanhouten (hazel nuts). Mula2 makan sket dulu try2. Tengok Bunyamin ok2 saja. Matanya putih, kulitnya kemerahan tak kuning. So maknanya dia ok la dengan hazel nuts kan. Tapi kebanyakan kacang Mama tak makan la. Lebih baik mencegah kan. Cuma coklat tu je tak dapat elak kena try jugak sebab memang feveret.. ;)

si kecil Bunyamin yang comel

Selain pemakanan, Mama juga runsing bila Bunyamin kembung perut. Bunyamin tak boleh disapu dengan minyak2 panas atau berangin macam vicks atau minyak yu yee. Masa Abang Iman dulu minyak yu yee tu cukup serasi bila abang kembung. Sapu yu yee insya-Allah boleh la tidur.

Tapi si adik ni Mama taktau nak sapu minyak apa. Malam Jumaat lalu adalah kembung perut yang paling teruk. Meraung2 Bunyamin. Mama sapu juga minyak afiat dengan harapan takdela efek negatif terhadap adik. Pun tak jalan.

Akhirnya Mama diberi ilham oleh Allah bahawa baby g6pd tak alah dengan ubat2 homeopathy. Mama dah try makan masa dalam pantang aritu dan alhamdulillah berkesan. Mujur juga ada kat rumah ubat homepathy untuk kembung tu. Sekarang ni Bunyamin sedang mengalami cirit birit. Tah kenapa. Nak meniarap kot.

Dah 3,4 malam tak lena tidur. Uk ek uk ek. Ditambah lagi dengan si abang yang pot pet pot pet bercakap tak henti2. Gaya adik nak lelap dia pot pet, bangunlah si adik. Macam malam ni la. Jenuh Mama marah suh diam sampai akhirnya Mama yang diam. Akhirnya terlelap jua si abang. Bila abang lelap baru adik leh tidur dengan aman setelah cirit 2 kali.

Pasni dah tau daj ubat adik. Apa2 sakit adik (demam, selsema, batuk, sakit perut) leh cari ubat homepathy je... ;)

Wednesday, September 14, 2011

Bunyamin Demam

Di kala usianya menganjak ke 3 bulan 3 hari, Bunyamin demam. Taktau kenapa. Mungkin sebab cuaca. Memang musim demam, selsema dan batuk sekarang ni. Si abang dah kebah demamnya tapi masih ada selsema. Ayah juga kejap demam kejap kebah. Tinggal Mama saja masih bertahan.

Moga2 Mama terus bertahan hingga musim ini berakhir. Kalau Mama rebah, kesian anak2 tak terlayan. Kalau isi rumah lain yang demam, supermama ini insya-Allah masih boleh buat kerja2 rumah terutamanya melayan kerenah anak2.

sian tengok si comel ini demam
tapi cute pun sama bila tampal cool fever ni.. ;)

Bila dah jadi Mama, kena la kuat walau semua orang dalam rumah dah terbaring. Mama pastikan Mama minum banyak air, makan supplement, jaga pemakanan untuk mengelak Mama pun rebah sama. 

Allah, berikan hambaMu ini kesihatan yang baik untuk menunaikan perintah dan amanahMu dengan sebaik2nya..


Saturday, August 20, 2011

Anak-Anak

Malam pertama di rumah selepas habis sesi berpantang di rumah Tok Mama.
Sudah ada 2 buai di rumah... ;)




♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥