♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Tempoh Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Tempoh Berpantang. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Anak-Anak

Malam pertama di rumah selepas habis sesi berpantang di rumah Tok Mama.
Sudah ada 2 buai di rumah... ;)




Wednesday, June 22, 2011

2 Hero Di Hati Mama

Setelah 12 hari, barulah Mama berkesempatan membuat pengumuman rasmi ini disebabkan beberapa masalah yang melanda. Mama telah selamat melahirkan seorang lagi hero pada 11.06.2011 jam 11.25 pagi Sabtu lalu.

Membuatkan Mama menjadi satu-satunya wanita tunggal dalam keluarga. Hehe.. Yang akan menjadi kesayangan 3 lelaki dan pastinya dirindui kalau takde di depan mata.

Memperkenalkan putera kedua Mama,
Ahmad Iman Bunyamin bin Mohd Khairul Amin...

Seperti Abang Iman dulu, kali ini sekali lagi Mama terpaksa berada di wad agak lama (11 hari) disebabkan adik ada G6PD. Apa itu G6PD? Mama akan ceritakan secara detail pada entri2 akan datang bila keadaan dah kembali normal dan tenang. ;)


Inilah 2 hero di hati Mama
Ahmad Iman Bukhari & Ahmad Iman Bunyamin

Banyak gambar dan cerita untuk dikongsikan termasuklah kronologi kelahiran Bunyamin, breastfedding journey yang baru bermula, pengalaman baru mempunyai anak dengan G6PD dan banyak lagi. Tunggu kesihatan Mama dah kembali normal, jaundis adik dah kurang, nanti Mama update lagi ye.. ;)


Thursday, April 7, 2011

Jom Sauna!

Teringat tahun lepas cikgu2 sekolah Mama sibuk mengorder set sauna daripada seorang guru ni. Murah katanya. Mama tau tapi macam tak berminat la pulak. Lagipun mungkin poket tak berapa mengizinkan kot. Hehe...


Sejak mengandung ni tiba2 Mama terasa nak bersauna lak pas bersalin nanti. Tapi bila ditanya2 katanya dah habis dah offer aritu. Ala...


Sampai la hari ni Mama ternampak iklan salah seorang GHMB kat fb yang menjual sauna ni. Harganya pun boleh tahan dan lebih kurang sama dengan yang kawan2 Mama beli tahun lepas tu. Godek2 la blog Kak Darna ni. 


Tapi banyak sangat setnya bikin Mama fenin kepala. Terus bertanya kepada tuan empunya blog. Minta pendapat dan pandangan beliau. Kak Darna suggest sama ada set amber atau set diamon sebab memang harganya bajet la.


set amber

set diamon

Tapi Mama macam minat jugak dengan set ruby ni. Harga dia pun macam tengah2 antara semua set yang ada. Macam ok je tengok. Ada remote control pulak tu. Ada 3 warna; merah, pink dan silver. Mama macam minat warna merah... Rasa2 berkenan la... ;)

set ruby yang Mama berkenan

Mama belum konpem lagi nak ambil. Masih dalam perancangan la. Memang berminat sangat2 terutama nak berpantang ni kan. Berpantang kali ni memang banyak target. Nak buat stok ebm banyak2 la, nak kuruskan badan la, nak fully bf la.. Moga2 Allah permudahkan segala urusan Mama...

Bukannya apa, Mama risau nanti tak terpakai sebab ada si hero kecik tu kan. Buatnya Mama tengah best2 bersauna diangkatnya si adik, kan naya.. Isk, risiko.. risiko.. Jawabnya kena la bersauna masa ada orang boleh tengokkan Iman...

Insya-Allah jika ada rezeki lebih nak cuba dapatkan la. Tempat nak beli dah tau senang la kan. Herba yang nak dimasukkan dalam tu pun kalau habis dah ada tempat kat sini boleh dapatkan. Tinggal nak beli dan guna jela lagi kan..

Ok, kalau anda nak tengok2 kebaikan dan harganya bolehlah visit blog Kak Darna kat sini ye... http://saunamilikmu.blogspot.com

Nota Mama : Semua gambar kredit kepada blog Kak Darna... ;)


Thursday, October 14, 2010

Trip Hantar Aqil & Aisyah

Salam sejahtera...

Isk..isk..bersawang sana sini dah blog Mama nie. Mana taknya, Mama sangatlah busy minggu ini sebab menguruskan perancangan untuk perkhemahan kat sekolah hujung minggu ini. Ditambah lagi dengan kesukaran bukak blogger taktau la masalah apa yang melanda, lagilah Mama menambahkan sawang di blog Mama ni.

Alhamdulillah hari ini berkesempatan update blog. Kebetulan dah boleh bukak blogger kat sek.. Mama nak cerita pasal trip menghantar Aqil dan Aisyah ke Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu lalu.

Ahmad Aqil yang dah molat bam bam...

kasih Abang pada Adik
Abang Iman nak sayang Adik Aqil
tapi Adik Aqil lapo nak mamam idung Abang
hehe..

Adik Aqil dan lepas tempoh berpantang. Umminya ada lagi cuti seminggu. Oleh sebab itu, mereka ingin menghabiskan cuti di kampung keluarga Ummi pulak di Kelantan. Masa Aisyah habis pantang dulu pun camtu. Kami sekeluarga turut menghantar mereka ke Kelantan. Tapi masa hantar Kakak Aisyah dulu, Iman masih dalam perut Mama. Ayah pun tak dapat ikut masa tuh ada urusan kerja. Sambil2 tu boleh la gi shopping mopping yer...Haha..

Abang Iman dan Adik Aqil
budak tecit 2 org ni paling awal siap
seawal jam 6.30 pagi..


Tok Abah pegang Aqil
Tok Mama dukung Aisyah
bersama Ummi dengan 3 botol Aisyah..hehe..


Tok Abah dukung Aqil
pasni mesti Tok Abah yang paling Aqil rindu
sebab duk bagi mandi tetiap pagi..
mungkin Tok Abah juga turut menyimpan rindu dalam hati...


Iman dah tunggu dalam kereta
sementara orang lain sibuk bersiap itu ini..


Ayah riba Aqil yang lena aje sepanjang perjalanan
sampai Ayah pun dah jangkit sama
hehe...


Iman nak duk depan dengan Tok Mama
sebab nak tengok bajak, lori dan kereta..


berhenti rehat di kemuncak Banjaran Titiwangsa
sejukkkk....


Iman & Kakak Aisyah
in action...


Tok Mama bersama dua cucu
yang banyak kerenah..


hep..hep..
Iman boboy laaa...


sampai tertonggek2 tengok bunga
isk..isk..peminat bunga sedari kecil...


Tok Abah & Tok Mama bersama Aqil yang masih lena...


Tok Mama posing dengan Aqil
tapi Aqil still de same..
hehe..


Ayah dan Iman yang dah boring
nak cecepat nek keta
nak tengok bajak lagi

Kami sampai memang ngam2 time lunch. Lunch pun dah ready. So kami makan dengan berselera sekali. Pastu duduk sembang2. Tok Mama dengan Tok Abah macam berat jerk nak lepaskan Aisyah dan Aqil. Gayanya macam nak balik dah tapi still dok dukung erat2 si Aqil gedebot tuh. Hehe.. Mama memahaminya... 

Pastu kami solat jamak Zohor dan Asar di masjid depan rumah Ummi. Masa kat masjid tue Tok Mama luahkan perasaan sedihnya melepaskan dua cucunya itu. Sambil meluahkan, ada genangan air di kelopak matanya. Hingga akhirnya terpaksa jua diseka untuk menghalangnya bercucuran jatuh ke pipi. Memang la sedih. Dah dekat 2 bulan diorang duk rumah Tok Abah dan Tok Mama. Hari2 main, hari2 bagi mandi, hari2 suap makan... Bila takde, tentulah rasa sunyi...

Mama ambik kesempatan bertanya...

Mama : Aritu masa Mama ngan Abah hantar Na ngan Iman balik rumah, sedih tak?
Tok Mama : Sedih la..
Mama : Tapi kami dekat.. Dah hantar pun, nanti kami balik lagi..
Tok Mama : A'a..kalau Mama rindu Mama boleh datang tengok Iman.. Ni jauh..takleh la datang selalu...

Erm..ada kelebihan jugak duk dekat dengan family nih. Mama tak dapat bayangkan kalau Mama terpaksa duk jauh jauh jauh dengan family. Hanya kami bertiga saja di tempat orang..camne erk? Tapi...alah biasa tegal biasa kan...

Jom kita enjoy pulak picca perjalanan pulang kami setelah penat kaki dan badan pusing2 Rantau Panjang...Oh ye..Iman dapat jugak bajak sendiri akhirnya... Cerita tentang bajak feveret Iman, akan Mama ceritakan pada entri akan datang...


dalam perjalanan balik Perak
dapat jugak bajak akhirnya
punya la main sampai terjuih2 bibir...


Iman dan bajak barunya...


Ayah dah zzzz kepenatan
jadik baby sitter Iman
hehe..


Iman yang tak reti duduk diam
dalam kereta..

Monday, June 14, 2010

Peraduan Pengalaman Berpantang

Sebenarnya lama jugak dah Mama rasa nak join contest ni.
Sebab Mama rasa pengalaman berpantang Mama agak menarik untuk dikongsikan bersama.
Namun memandangkan inya memerlukan Mama mencurahkan seluruh tumpuan dan perhatian,
maka Mama tangguhkan dulu sehingga hari ini.
Kalau tak menang pun takpe.
Mama sekadar ingin berkongsi pengalaman Mama bersama teman-teman sahaja.
Jika anda berminat nak join
boleh dapatkan maklumat di sini.

Mama nak join kedua-dua kategori.

Buku2


Nama : Nurul Husna binti Abdul Manaf
Email : nurz.na@gmail.com
Blog : http://www.mamasayangiman.blogspot.com
Kategori : A & B
Buku pilihan : Buku 2

****************************************************************

Aku bukanlah ingin menumpukan kisahku ini kepada cara penjagaan dalam pantang dari segi pemakanan, rutin ketika berpantang mahupun pantang larang yang telah aku lalui. Aku ingin berkongsi pengalamanku yang sangat beremosi pada hari-hari awal kelahiran permata hatiku, Ahmad Iman Bukhari bin Mohd Khairul Amin.

Biarlah kuceritakan daripada awal untuk lebih jelas jalan ceritaku ini. Aku dijangka bersalin pada 19 Mei 2009. Kebetulan tarikh jangkaan bersalinku jatuh pada hari persekolahan di mana tiada sesiapa di rumah ibuku yang dapat menjagaku memandangkan ibuku seorang guru. Oleh yang demikian, aku bersetuju untuk berpantang di rumah ibu mertuaku sementara menanti cuti persekolahan tiba 2 minggu selepas tarikh aku dijangkakan bersalin.

Tiba hari yang dinanti, aku masih tiada tanda-tanda untuk melahirkan. 10 hari kemudian aku dimasukkan ke wad walaupun tiada tanda bersalin untuk pemeriksaan lebih terperinci. 4 hari di wad, aku dibenarkan pulang kerana jalan masih belum terbuka.

Aku masih ingat pada hari aku discaj wad, aku masih sempat singgah makan kenduri kahwin sahabatku. Tika itu, cuti persekolahan telah bermula. Pagi 3 Jun 2009, aku dapati ada darah meluncur keluar dengan laju. Kutahu masanya telah tiba. Pagi itu juga aku dimasukkan ke wad. Keesokan harinya, tepat jam 12.40 tengahari, 4 Jun 2009, hari Khamis, aku selamat melahirkan puteraku yang sangat comel. Seluruh ahli keluarga berkampung di hospital meraikan kelahiran puteraku.

Walaupun cuti persekolahan telah bermula, namun aku tak sampai hati menghampakan ibu mertuaku yang telah menyiapkan tempat khas untuk aku berpantang di rumahnya. Dengan hati yang berbelah bagi, aku lapangkan dada melangkah ke rumah ibu mertuaku. Pada ibuku, kukhabarkan bahawa aku mesti menunaikan janji. Lagipun tak lama, dalam 2 minggu aku berjanji akan pulang berpantang di rumah ibuku pula. Untuk pengetahuan semua, rumah ibu dan ibu mertuaku adalah dalam qariah yang sama.

Petang Jumaat aku dan bayiku dibenarkan pulang. Pada masa itu, aku sudah merasakan sakit di ari-ariku. Orang kata ianya rengat. Jenuh jugak aku sms kawan-kawanku yang pernah melahirkan anak bertanyakan inikah sakit selepas bersalin. Mereka menyatakan memang akan sakit juga sikit-sikit.

Malam itu, tinggal aku, suami dan bayiku sahaja di rumah ibu mertuaku kerana ibu dan bapa mertuaku menghadiri kenduri tahlil. Sakitku makin menjadi-jadi hingga aku tidak boleh langsung berbaring. Terasa rahimku bagai hendak pecah. Aku menangis dan terus menangis. Teringat ibuku. Walaupun begitu aku tetap berusaha menyusukan bayiku dalam keadaanku yang sangat sakit. Kesian anakku, aku tidak dapat meletakkannya di atas ribaku. Aku terpaksa menjauhkan badannya daripadaku kerana rahimku tidak boleh langsung terkena apa-apa.

Aku masih ingat lagi, rahimku sangat sakit hinggakan aku hendak melangkah setapak pun sangatlah seksa. Belakang tapak tanganku merah akibat menahan badan apabila hendak melangkah. Sangatlah seksa.

Yang aku sedihkan, aku bersendirian. Aku ajak suami temankan aku mandi kerana aku sakit, suami minta aku mandi sendiri, apa-apa hal dia ada di luar bilik mandi. Sedih sungguh hatiku kala itu. Malam itu hanya aku sahaja yang menjaga bayiku sendirian. Bayiku tiba-tiba meragam. Aku yang baru 2 hari menjadi ibu kelam kabut juga. Kupanggil suami tetap tidak didengari. Ibu mertuaku yang tidur bersama juga tidak terjaga. Mungkin terlalu letih dan mengantuk kerana telah beberapa hari berjaga kerana menungguku bersalin. Lebih kurang jam 5.30 pagi, barulah suami dan ibu mertuaku terjaga. Rupanya anakku buang air besar.

Hari Sabtu, sekali lagi aku, suami dan bayiku ditinggalkan ibu dan bapa mertuaku. Sedih sungguh hatiku. Kalaulah ibuku sendiri, takkan tergamak meninggalkan aku sendirian terutama dalam keadaan aku pantang anak sulung. Mungkin kerana tekanan emosi, aku tidak dapat membuang air kecil. Susuku juga tiba-tiba kering walhal sejak hari pertama lagi susuku memang ada.

Kerana tak tahan lagi, petang itu aku minta suami membelikan ubat lawas kencing, namun suami hanya berpesan kepada bapanya yang kebetulan ingin keluar. Bapa mertuaku tersilap, dibelinya ubat lawas air besar. Untuk menjaga hati, kutelan jualah ubat tersebut. Namun aku masih belum dapat membuang air kecil. Sakitnya memang macam nak pecah pundi kencing dan rahimku.

Maghrib hari yang sama, aku memang sudah tak dapat mengawal emosiku. Aku menangis semahu-mahunya hingga semua orang panik. Aku sedih kerana diperlakukan begini dalam keadaan aku baru beberapa hari melahirkan. Aku juga sedih kerana anakku lapar akibat aku kekeringan susu walaupun aku tak henti-henti menyuakan susuku.

Atas nasihat jiran yang juga merupakan staff nurse, aku dibawa ke hospital. Tika itu aku sudah tidak dapat mengangkat kakiku lagi. Suami dan adik iparkulah yang terpaksa mengangkatku dari dalam rumah ke kereta. Aku sedih lagi kerana tak sempat mencium anakku kerana kutahu aku mesti akan dimasukkan ke wad.

Di wad kecemasan, salur tiub dimasukkan ke pundi kencingku untuk mengeluarkan air kecing yang tersimpan sejak hari Khamis lalu. Ketika itu, hilang semua rasa sakitku. Terasa sangat lega hingga aku tertidur keletihan memandangkan aku memang tak cukup tidur sejak hari Rabu lalu.

Tiba-tiba...BUPP!! Beg yang menakung air kencingku terjatuh ke lantai kerana terlalu penuh. Jururawat bertugas terkejut melihat air kencingku yang sangat banyak tersimpan di dalam pundi kencing. Setelah dikira lebih kurang 2.5 liter air tersimpan dalam pundi kencingku. Doktor menyatakan nasib baik aku cepat dibawa ke hospital kerana pundi kencingku telah hampir pecah dek kerana menampung kandungan air yang terlalu banyak. Mana tidaknya, air yang kuminum sejak Khamis lalu masih belum keluar walau setitik pun.

Seperti kujangkakan, aku ditahan di wad. Dengan hati yang sangat sedih, aku terpaksa menuruti. Aku sedih memikirkan bayiku. Kesian dia terpaksa minum susu lembu. Aku juga risaukan tahap jaundisnya kerana tika aku meninggalkannya, aku lihat wajahnya sudah hampir kuning semua. Namun suami taknak bawa ke klinik walau puas kupujuk.

Ahad, waktu melawat hanya suami dan keluargaku sahaja yang datang. Anakku di rumah. Tidak dibenarkan dibawa keluar melawatku kerana pantang ibu mertuaku bayi dalam pantang tak boleh keluar rumah. Aku sedih lagi. Namun aku telah berpesan kepada suami untuk membawa baju yang telah dipakai oleh anakku untuk mengubat rinduku. Setibanya suami dengan membawa pakaian anakku, kucium berulang kali dan kupeluk erat-erat. Rindunya aku padanya. Mengenangkan detik ini, pasti ada airmata yang mengiringi. Inilah detik rindu yang paling perit dalam hidupku.

Setiap kali doktor datang memeriksaku, aku merayu dibenarkan pulang. Namun kata doktor aku tidak dibenarkan pulang lagi memandangkan pundi kencingku terlalu kembang dek kerana 2.5 liter air terpaksa ditampung tempohari. Hatiku diruntun pilu mengenangkan anakku. Malam itu di wad, aku mengalami bengkak susu. Hanya Allah yang tahu. Semalaman aku tidak lena tidur menahan sakit.

Isnin, pagi-pagi lagi aku sms suami memaksanya membawa anakku kerana aku sangat merinduinya. Aku juga ingin menyusukannya. Waktu melawat adalah dari jam 12.30 - 2.00 petang. Kutunggu dari pagi. Tidak kunjung tiba. Akhirnya pada jam 1.30 tengahari barulah muncul bayiku, suami dan adik-adiknya.

Kupeluk, kucium anakku sepuas-puasnya. Kususukan dia sambil mata tak lepas memandang raut wajahnya yang seiras diriku. Kulihat jaundis sudah merebak ke seluruh tubuhnya. Sepanjang anakku berada di situ, bibirku tak lepas-lepas tersenyum. Hatiku berbunga riang. Walaupun pertemuan kami seketika cuma, cukuplah sekadar aku dapat menatap wajah dan memeluk dirinya. Selepas menziarahiku, suami terus membawa bayiku ke klinik untuk memeriksa tahap jaundisnya.

Tiba-tiba aku menerima sms daripada adikku menyatakan bahawa anakku terpaksa dimasukkan ke wad kerana jaundisnya telah mencapai 24.7 sb. Hairannya tika itu, aku tidak sedih malah aku gembira kerana aku tahu anakku selamat di bawah jagaan jururawat dan doktor yang mempunyai kepakaran merawat jaundis beserta peralatan yang sesuai. Aku lega dan terus lega. Doaku semoga bayiku cepat sembuh.

Kebetulan sebelah katilku adalah jururawat di wad jaundis yang dimasukkan ke wad kerana mengalami keguguran. Oleh sebab itu, aku dapat mengetahui keputusan ujian darah anakku melaluinya.

Walaupun aku terpaksa menghadapai tempoh berpantang di wad, aku tetap menjaga diriku. Aku akan memastikan lukaku sentiasa kering. Aku juga hanya makan nasi dan ikan bilis goreng bawang yang dibawa oleh suamiku sahaja. Setiap masa aku berbengkung. Walaupun semuanya kulakukan sendiri, aku redha kerana mungkin ini bahagianku. Aku juga berasa lega kerana anakku mendapat rawatan yang sewajarnya.

Selasa, aku memohon untuk pulang lagi. Masih tidak dibenarkan. Tapi doktor memberi kebenaran untuk aku melawat anakku di wadnya. Aku dihantar oleh suami. Tersentuh hatiku melihat dirinya di bawah 4 lapis lampu biru dengan mata ditutup tanpa seurat benang pun. Menurut jururawat, anakku terpaksa dibogelkan kerana tahap jaundisnya yang sangat tinggi. Aku terus menyusukan anakku dengan penuh rasa rindu dan kasih sayang.

Rabu petang akhirnya aku dibenarkan pulang. Aku terus ke wad anakku. Hari ini merupakan hari ke-7 aku berpantang. Aku dan suami mengisytiharkan nama bayi kami, Ahmad Iman Bukhari. Malam itu, Iman taknak menyusu badan. 3 hari minum susu lembu dengan puting panjang membuatkan Iman terlupa cara menyusu dengan Mamanya. Namun aku tak putus harapan. Kucuba dan kucuba. Akhirnya Iman mula menerima susu badan hingga taknak pula berbaring di bawah lampu biru.

Khamis, bacaan darah Iman turun lagi. Namun masih belum dibenarkan pulang. Aku bermalam lagi semalam. Walaupun salur tiub telah dibuka daripada pundi kencingku, namun kencingku masih belum begitu lawas. Aku asyik berulang-alik ke tandas hingga kakiku bengkak. Namun aku bersyukur kerana luka jahitanku semakin sembuh tanpa sebarang komplikasi.

Jumaat petang aku dan Iman dibenarkan pulang. Malam itu keluarga mertua mengadakan kenduri kesyukuran. Keesokan harinya barulah aku betul-betul berpantang. Ibu mertua masakkan air daun untuk mandianku. Memang menyegarkan badan. Aku berbengkung seperti biasa dan hanya makan nasi panas bersama ikan bilis goreng berbawang.

Walaupun Iman dah discaj wad, namun aku dan suami diminta menjaga tahap jaundisnya. Aku dan suami akan memastikan Iman disusukan setiap 2 jam.

Ahad, aku pulang berpantang di rumah ibuku dengan dihantar suami. Sebelum pulang, aku memohon ampun maaf daripada ibu dan bapa mertuaku seandainya mereka ada tersinggung dengan sikapku. Kami dihantar dengan linangan airmata ibu mertuaku.

Setibanya di rumah ibuku, bapaku telah sedia menanti cucunya. Wajahnya sangat ceria. Bermula daripada hari itu, aku berpantang cara ibuku pula. Sama seperti cara berpantang ibu-ibu yang lain. Berbengkung, makan jamu, bertungku. Aku hanya berselera makan nasi bersama ikan bilis campur bawang sahaja. Entah mengapa ikan darat tidak begitu menepati seleraku. Oleh yang demikian, sepanjang berpantang aku hanya makan nasik berlaukkan ikan bilis. Untuk minum petang pula aku makan roti cicah milo panas.

Walaupun iman dah discaj, namun ibuku masih berhati2 menjaga tahap jaundisnya. Aku beruntung kerana ibuku memang pandai melihat tanda2 jaundis di muka iman. Apa yang dapat kuperhatikan, jaundis iman akan naik kembali sekiranya aku menyusukannya selepas aku bertungku. Iman tak boleh panas langsung. Oleh sebab itu, aku hanya akan menyusukan iman sekurang2nya 2 jam selepas selesai bertungku. Aku juga tidak konsisten makan jami. Bergantung pada tahap jaundis iman. Seingat2 aku, aku betul2 konsisten mengambil jamu setelah iman berusia 30 hari.

Akhirnya kami temui cara menurnkan jaundis yang serasi dengan iman. Caranya ialah dengan merendam halwa kundur (yang telah dibasuh terlebih dahulu untung mengurangkan manisnya) dengan air panas ke dalam botol iman. Setelah dirasakan suam2 kuku, barulah diberi kepada iman. Alhamdulillah..keesokan harinya bacaan SB iman telah turun daripada 13 kepada 8 sahaj. Iman terus discaj dan tak perlu diambil darah lagi.

Aku pula meneruskan tempoh berpantangku dengan perasaan lega, gembira, bahagia dan teruja. Kisahku ini memang amat perit bagiku. Kini setahun telah berlalu. Melihat orang lain mengandung, adakalanya teringin juga. Namun memikirkan kisah2 sedih yang pernah kulalui, macam serik la pulak. Insya-Allah, tunggu iman besar sikit baru nak mencuba lagi. Harap2 nak girl pula...

Begitulah pengalaman berpantangku. Penuh suka duka dan tawa hiba. Semuanya mengajarku erti pengorbanan seorang Mama...


Inilah anakanda Iman
yang dah nampak jaundis di selurh tubuh
gambar2 ini sangat menyayat hati Mama
sebab tika ini Mama tiada di sisi Iman
kerana Mama dah dimasukkan ke dalam wad...


Iman di WAD B3 Hospital Taiping
wad ICU untuk bayi jaundis
tika ini bacaan SB Iman adalah 19.8



Tuesday, November 24, 2009

Iman Botak

20 JUN 2009

Hari ke-16 usia Iman, rambut Iman dicukur. Niat asal Mama nak cukur rambut Iman masa Iman umur 7 hari. Dapat sunat 7 hari. Tapi apa kan daya, kita hanya merancang, Allah SWT saja yang menentukan. Masa Iman 7 hari Iman ditahan di wad. Mama pun di wad. Cuma dapat la sunat menamakan Iman pada hari ke-7. Mama dan Ayah simpan rahsia nama Iman.

Iman anak Mama yang sangat baik. Masa bercukur Iman senyap je, tidur. Mama tak lepaskan peluang ambik gambar Iman. Pagi sebelum bercukur Mama ambik gambar Iman puas-puas. Sebelum rambut trojan Iman dikorbankan. Selepas bercukur Iman dimandikan dan dipakaikan bedak sejuk. Rambut Iman dikeringkan dan ditimbang di kedai emas. Nilainya akan disedekahkan. Rambut Iman banyak jugak. Bila timbang ada la dalam RM92 nilainya.

Mama bergambar sebelum Iman bercukur

Iman dah pandai senyum?

Iman tertidur sepanjang sesi bercukur

Iman dah botak

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥