♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Bertunang Achik Anna..


4 Syawal 1434
11 Ogos 2013

Ahad lalu..
termeterailah ikatan pertunangan
moga segala urusan dipermudahkan..
tabahlah menghadapi liku2
pahit manis suka duka
alam berdarah manis..

Selamat bertunang Achik Anna..


Monday, June 17, 2013

Aktiviti Hujung Minggu Kami

Sabtu aritu..

Takde plan yang confirm. Ada plan, tapi macam teragak2 nak buat. Plannya adalah mengurut. haha. Teragak2 sebab ada la sebabnya. Macam serba salah. Nak pergi macam taknak pergi. Taknak pergi macam nak pergi.

Last2 pergi jela. Tapi cakap dengan Ayah, janji terus jalan2 Mydin. haha. Kampung sungguh. Jalan Mydin pun menjadi satu keseronokan. Yela, tempat kami ni satu masa dulu ada ura2 nak buat Mydin tapi tak jadi atas sebab apa taktau.

Ipoh je paling dekat Mydin nya. Penang pun ada tapi nak melintas laut tu malas dengan jem apa semua. Kawasan dia pun sesak. Kat Ipoh ni nak parking senang, selesa, luas semua la. Maka marilah kita pergi mengurut dan terus shopping kat Mydin. hihi.

Ahad pulak..

Kekononnya pagi2 tu Ayah nak gi tengok tanah dengan kawan dia. Huh, tengok dalam mimpi je kot. Jenuh kejut payah beno nak bangun. Liat ya Rabbi nak bangun tido. Mama pun kadang2 liat jugak bangun tapi sebab anak2 riuh rendah huru hara di luar, baiklah bangun segera sebelum apa2 meletup. haha.

Pastu dalam kul 10.30 camtu kami gi kenduri pertunangan anak ofismate Ayah. Ofismate Ayah tu kira rapat jugak dengan kami. Tu yang kena pergi jugak tu. Kami sampai kira awal la jugak. Perut berkeroncong dah ni sebab sengaja tak makan berat2 pagi2 tu sebab tau rumah ofismate Ayah tu makan sedap2 semua. hihi. Buruk kelaku kan?


Eh, lama gila kot menunggu masa untuk makan. Menunggu rombongan lagi, menunggu perbincangan selesai lagi. Hadoi.. sabo jela.. Kadang2 orang buat tetamu makan dulu, rombongan bincang dulu. So takde la sesak kat situ kan.

Tapi alhamdulillah ok2 je situasi kat situ. Walaupun lapo tahap ketor2 dengan anak2 dah meragam sebab mengantuknya, tetap la jugak menunggu orang reda sikit baru la kami pulak ambik giliran untuk makan.

Balik kenduri terus balik rumah takde melencong ke mana2 dah. Anak2 pun tido dalam perjalanan balik. 

Selamat bertunang Nurul.. ;)


Saturday, June 15, 2013

Hari Graduasi Achik Anna

Awal cuti hari tu kami meraikan konvokesyen Achik Anna di PICC. Sebelum tu kami bercuti ke Melaka rumah abang Mama. Ada jugak pergi melawat2. Nanti kalau ada masa Mama buat entri lain.


Konvokesyen hari Selasa. Petang tu Mama demam dalam perjalanan balik dan melarat2 sampai dah habis cuti dah. Sebelum tu Abang yang mula2 demam.


Tahniah Achik Anna.
Sudah graduate. Pasni kerja dan kawen la pulak ye..
;)


Saturday, February 9, 2013

Marhaban

Malam tadi gi marhaban kat umah sepupu Ayah. Anak dia kawen. Ye, sepupu Ayah dah ada cucu bagai sebab Atok anak bongsu. Kelam kabut jugak bersiap sebab nak pergi lepas maghrib katanya. Tapi sampai2 rumah Nenek dorang belum siap pun lagi. pffff..

Lebih kurang jam 8.30 malam kami bertolak. Isi minyak dan solat dulu baru ke rumah kenduri. Sampai2 duduk2, salam2 dulu baru bermarhaban. Eh, Mama tak pandai marhaban, ikut je. hihi..

Nenek : Na kena belajar marhaban la na.
Mama : Taknak la mak. Tak pandai.
Nenek : Belajar la. Sebab lama nak berkecimpung ni.
Mama : Ye mak...

Adeh, mak mertua ku suh belajar marhaban. Oh no.. suara macam katak panggil ujan ni nak bermarhaban? Tang chorus boleh la ku slow2 ikut tapi kata nak solo tu aduhai.. boleh pengsan berkali2.. Tapi takpela, jaga hati ngaku jela kan.. ;)





Sebelum marhaban ni Mama suapkan nasik kat Abang dan Adik dulu. Bagi dorang kenyang2 senang sikit. Teringat masa Iman kecik2 dulu, Bunyamin takde lagi, pernah marhaban kat sini jugak, dah last2 tu Iman buat show, tumpahkan air. huhu.. Anak sape la tu.. Habis sejag air tumpah.

Kali ni lebih hati2. Hati2 dengan Bunyamin pulak sebab dia je yang asek ke hulu ke hilir seronok sangat. Bunyamin tak eran Mama pun. Buat hal dia je. Abang pulak yang asyik atas riba Mama. Mata dah layu, ngantuk. Akhirnya Abang terlena jugak.




Alhamdulillah malam tadi takde kejadian tak diingini. hihi. Takde la sejarah yang berulang. Duk jaga je air sejag tu takut tumpah.


Selesai marhaban, sesi menjamu selera pulak. Tapi Mama tak makan dah sebab tadi dah cubit sket2 masa suap anak2. Sebelum keluar tadi pun sempat makan dah. Abang terus lena je sampai pagi. Bunyamin tidur atas Cik Fiq. Amboi dia tu..


Tapi Bunyamin tak berapa selesa tidur. Kejap2 bangun kejap2 bangun. Mungkin sebab selsema dan batuk menyebabkan dia tak berapa selesa. Masa entri ni ditulis pagi ni, Bunyamin dah tidur lena dalam buai sebab malam tadi tak berapa lena. Boleh la Mama update blog kan..

Cuti panjang ni jalan mana? Kami gi kenduri je kot. Tengah2 bulan ni faham2 jela. huhu..

Sunday, February 3, 2013

Cerita HUJUNG NINGGU..

Hari minggu. Takde apa2 plan dalam kepala. Penat berjalan sakan minggu lepas pun belum hilang lagi kot. Huhu..

Malam tadi macam biasa Ayah takde gi ngaji. Abang pulak tidur awal, lebih kurang jam 8.00 camtu. Penangan ubat batuk agaknya.

Si adik tu sebenarnya memang dah ngantuk tapi sengaja Mama biarkan sampai dia sendiri mintak nak tido. Sementara tu Mama buat la kerja2 tang tak pernah habis tu.

Last2 adik mengalah juga. Susukan dia, kejap je dah lena. Sangat lega bila anak2 dah tidur sebab Mama boleh teryskan buat kerja2 rumah. Malam minggu kan, tidur lewat pun tak kisah sangat.

Maka malam tadi jalankan projek melipat kain yang membukit tu. Dah lama nak lipat tapi asyik terlena bersama anak2. Cane tu? Nak salahkan saoe ty? Nasib baiklah dapat suami jenis memahami dan tak kisah. Syukur..

Start melipat jam 10.00 malam, siap jam 2.00 pagi. Hihi. Sila jangan bayangkan setinggi mana gunung yang Mama kikis semalam. Hihi.. Ngam2 selesai projek, Ayah pun balik. Ayah pun eran Mama tak tido lagi.

Eh, selama 4 jam projek uruskan hal kain tu bukan la melipat semata2. Sebenarnya termasuk menyusun atur semula almari baju anak2. Baju Bunyamin yang dah sendat tu Mama asingkan simpan dalam kotak. 

Kita reserved untuk next baby. Cewah macam ada je. Hihi. Bukan apa, baju Bunyamin banyak sangat kot. Kan mewarisi baju2 abangnya. Rimas Mama sampai tak muat drawer. Simpan separuh baru sedap sikit mata menengoknya. Lagipun dah sendat kesian pulak nak bagi pakai lagi. Dah la baju warisan. Hihi. Tapi tu pun masih banyak jugak lagi baju2nya.

Pas setel melabel drawer (senang orang kain nak ambik), mata masih belum boleh lelap. Online kejap. Tak lama pun sebab Bunyamin dah merengek nak susu. Terus off lappy dan tidur dengan Bunyamin.

Pagi tadi Ayah ada urusan luar. Menguruskan sesuatu yang dah lama kami nantikan. Moga dipermudahkan semuanya. Abang ikut Ayah. Tinggal Mama dan adik saja. Basuh kain, sarapan berdua, mandi, pastu adik dah merengek ngantuk. Tidokan dia dengan Mama2 sekali zzz...

Dah mula kerja ni mata memang mudah je tlelap. Kalo ari kerja tu memang susah nak dapat buat extra kerja. Maknanya cuma sempat buat yang wajib2 je. Konon nak lipat kain la nak kemas rumah la ape la sume kelaut sebab biasanya mesti akan tido sekali dengan anak2.

Tadi pun sedar2 Ayah dan abang dah balik. Mama bangun, si kecik tu pun ikut sama bangun la jawabnya. Sidai kain yang basuh tadi, lunch, solat. Pastu tidokan abang pulak. Adik memang baru bangun je.

Pastu wat projek iron baju kerja Mama Ayah dan baju sekolah abang untuk seminggu. Sekarang ni memang Mama iron baju untuk seminggu sebab bila ari kerja tak perlu fikir pasal baju dah. Dulu2 ada jugak iron banyak2 tapi ikut mood je. Kalau rajin dan anak2 pun ok, iron la banyak2. Kalo tak, iron untuk 2, 3 ari je dulu.

Dah lama sket kawen, anak pun dah 2, semakin biasa la dengan rutin harian kan. Petang ni plan nak gi tengok sesuatu tapi Ayah dan adik tido. Nampak macam tak jadi je. Huhu. Takpela esok masih ada, insya-Allah..

Itulah cerita hari minggu kami.. ;)

 

MANDY Lagi..

Aritu dah pekena nasik arab berdua dengan Ayah je kat Ipoh. Amboi.. hihi.. Kali ni bawak anak2 pulak pekena lagi sekali.

Tapi kali ni dah takde tourist guide so pepandai sendiri la order kan. Dah la dari tauke, waiter, chef sampai ke tukang basuh pinggan adalah orang arab. Maka sila la cakap arab, kata guru bahasa arab. hihi.

Perut memang lapo la masa tu kan. Servis memang cepat tapi yang cepat tu nasik mandy dan kambing hanees Ayah je. Ayam grill Mama lambat ya rabbi.


Mula2 Ayah tunggu jugak tapi lama2 Ayah makan dulu la senang. Anak2 pun dah menyanyi, sentuh2, kuis2 nasik tu. Mama suap nasik je kat anak2 sebab nasik saja pun dah sedap dan mengenyangkan.

Try jugak letak daging kambing sket, geleng kepala laju2 je dua2. hihi. Turun Mama la tu tak suka kambing. Kalo Ayah memang hantu kambing kot. haha.

Lama menunggu, sampai Ayah pun dah habis makan, baru la sampai ayam Mama. Muka Mama ni taktau nak cakap muncung sampai dah boleh sangkut hanger kot. Memang angin je rasanya sebab kalo lambat bagitau la kata lambat ni bila kita tengok2 dia (waiter yang amik order tadi) dia wat taktau dan wat tak paham je. Mencik..

Makanan kat sini memang la sedap tapi masalah komunikasi tu kadang2 buat kita tensen tau. Masa mula2 order tadi, kami nak order nasik 1kg sebab lapo katanya kan. Memang la 1kg tu banyak tapi Ayah saja dah 1/2kg kot. Kena dengan kambing feveret lak kan, mesti lebih kot.

Tapi ada ke patut waiter tu cakap untuk 2 orang makan kena order 1/2kg je. Sukati kami la kan nak order banyak mana. Mungkin dia ingat kami baru 1st time makan sini kot. Mungkin la..

Ok, takpe la, lepas bertekak sikit kami order 1/2kg je dulu. Kalo tak cukup nanti tambah lagi. Kebanyakan kat situ memang order nasik mandy. Jadi Mama syak dorang dah masak nasik mandy banyak2 kot sebab lepas je order terus sampai nasik dengan kambing Ayah.


Dah ayam Mama lambat gile kan, mana nak ada mood nak makan banyak2 lagi dah. Makan sekadar nak lapik perut jela. Memang dah takde mood dah. Tapi masa tu anak2 dah kenyang Mama suap nasik tadi maka Mama takdela kena tumpu kat dorang je kan. Boleh la makan cepat2 nak bagi habis je.

Rasanya memang sedap. Kalau nak servis best kena bawak orang yang fasih berbahasa arab. Tips ni kawan kitorang yang jadi tourist guide aritu yang bagitau. Pastu dapat harga special sket kalau pandai cakap arab.

Mama memang la ngajar bahasa arab, cuba jugak nak speaking arab dengan dia tapi dia speaking english lak dengan kami maka kami pun english jela senang. Arab ni kena pikir2 lak dulu sebelum cakap sebab jarang berkomunikasi dalam bahasa arab kecuali dalam kelas je kan. hihi..

Lepas makan kami jenjalan Mydin. Beli2 sket pastu gerak balik.. 

Thursday, January 24, 2013

SAYANG Mama Abah




 

Wednesday, January 23, 2013

ABAh

Ada seorang LELAKI
Sangat ku kagumi
Sangat ku hormati

Semangat dan peribadinya
Buat semua rasa bahagia

Jelas kini kedutan di wajah tuanya
Tanda sudah berabad menahan duka lara
Juga pahit manis jatuh bangunnya dia

Di hati ini terselit kasihnya
Tersimpan rasa cintanya
Jauh ke dasar hati terkesannya ia

Pelukan kasih ciuman sayangnya
Hingga kini masih ku terasa
Betapa agung kasihnya

Memikirkan masa depan tanpanya
Bisa buat ku serba tak kena
Bagaimana nantinya
Namun ku harus sentiasa bersedia

Walau kini sudah ada hati lain di hatiku
Namun hatinya tetap ku simpan selalu
Lantaran dialah ABAH kesayanganku...


Moga Abah sentiasa sihat sejahtera selalu
Sentiasa dapat melimpahkan kasih buat kami
Belum bersedia rasanya kehilanganmu

Sayang ABAH selalu...


Sunday, January 13, 2013

Zoo Taiping & Night Safari

Eceh, tajuk macam orang luar je kan. Padahalll... haha.. Takpe la, jenjalan tempat sendiri apa salahnya kan. Walaupun orang Taiping tapi Zoo Taiping adalah tempat wajib dilawati setiap tahun.

Tambah2 dah ada anak ni kan. Lagi la jadi acara wajib kot. Bawa anak2 tengok haiwan di sana. Kami pergi ni masa cuti sekolah aritu. Masa ni umah Tok Abah belum kenduri lagi. 



Best sangat kot gi zoo. Iman sangat teruja. Bunyamin belum tahu apa2. huhu. Macam biasa, dua2 nak naik stroller. Dah la stroller tu gelong tayarnya. huhu.



Zoo Taiping ni besar sangat la. Mama memang tak suka jalan. Lebih suka naik tren. Tapi Ayah lak tak suka naik tren. Nak tengok haiwan bebetul kononnya. Padahal haiwan kecik2 tu budak2 ni bukan nampak pun. Tensen mak.

Ha bejalan la kita. Sampai semput2. Di hujung2 tu Iman ngamuk nak tengok gajah padahal gajah tu last sekali. Mula la jalan laju2 je nak cepat sampai.


Kali kedua gi Night Safari pulak. Kalau yang taktau tu, night safari ni masuk zoo waktu malam. Mama pernah masuk sekali je 6 tahun lepas kot. Masa belum kawen lagi.

Kami masuk ni bersama pengantin baru. Saja seronok2 sementara adik beradik masih bercuti ni kan. Plan asal nak naik tren la kononnya. Sebab aritu penat gila berjalan kan. Tapi barisan panjang gile kot.

Nak menunggu pun dah bisa buat budak2 mengamuk. Maka sila la berjalan lagi sekali. Dan lagi sekali tensen mak. Kalau ikut Mama tunggu jela tren tu. Lambat pun lama2 sampai jugak turn. Tapi dah semua nak jalan maka redha jela.

Tapi Mama dah cakap awal2 takkan dukung anak2 sebab Mama memang tak larat. Maka sila la bergilir2 dukung anak hamba sebab siapa suruh tanak tunggu tren. Kijamnya.. haha..

Tak la, kebetulan masa tu ramai hero2 malaya katanya sebab tu Mama tak dukung anak2. Ada Pak Su ada Pak Njang baru. hihi..

Malam tu best jugak. Habis pusing zoo, balik rumah dan tidur dalam senyuman *tipu*. hihi..

Saturday, January 12, 2013

Hari Ke 12 Di Tahun 2013

Sudah 12 hari berada dalam tahun 2013, tapi baru arini berkesempatan update entri di tahun baru. hihi. Sebenarnya banyak kali jugak dah bukak blogger nak update blog tapi belum sempat nak update ada2 je halangan. Selain perihal anak2, halangan yang lain adalah malas atau takde mood atau takde idea.

Banyak benda nak cerita. Kita mula satu2 ek. Seperti biasa, awal tahun bermakna sesi persekolahan sudah bermula. Tahun ini lebih bersemangat memulakan sesi persekolahan dengan banyak yang serba baru di sekolah. Antaranya pengusaha kantin baru yang super best. hihi. Gemuk lagi la jawabnya sebab banyak sangat pilihan makanan. Pastu Mama rasa lebih bersedia sebab masa tugas dalam cuti aritu ada jugak buat persediaan awal tahun sikit2. Maka bila masuk sekolah tak perlu tumpu persediaan tu je, boleh beri tumpuan lebih untuk mengajar anak2 didik dengan lebih bersungguh2.

Tahun ini juga Mama dan Ayah hantar Iman ke tadika dekat dengan rumah. Oleh sebab itu, pagi Mama tenang sikit la sebab Iman akan diuruskan oleh Ayah. Tapi segala persiapan Iman seperti pakaian dan beg sekolah Mama dah siapkan awal2. Ayah tinggal nak ambik je.

Hari pertama Iman di tadika, Mama dan Ayah hantar daftar. Takut2 je Iman sebab suasana baru kan. Tapi Mama tau Iman teruja sebab baju sama dengan kawan2. Cikgu pun pujuk2. Macam hari pertama di taska aritu, Iman pegang baju Mama tak lepas jugak. Tapi akhirnya Mama tinggalkan Iman dengan cikgu dan kawan2nya. Biar berdikari dan merasa sendiri pengalaman bersosial. Meraung jugak la mula2 tu. Hari kedua pun nangis sikit2 Ayah cakap. Tapi sehingga ke hari ini dah ok, alhamdulillah.

Balik tadika Iman transit rumah Nenek dulu. Mama balik sekolah, ambik Bunyamin di rumah pengasuhnya, ambik Iman di rumah Nenek, kemudian barulah balik rumah. 

Minggu2 awal persekolahan ni agak sibuk dengan macam2 urusan. Tambah2 sekolah Mama ni kecik je, cikgu pun tak ramai, maka kena pegang banyak tanggungjawab la. Rasa macam semua benda nak buat serentak nak bagi siap cepat2 tapi bila siap yang ni yang tu menanti. Selalunya belum sempat siap yang ni, datang dah tugasan yang tu. Camtu la bila dah mula kerja ni.

Balik rumah urusan rumah pulak. Mujurlah anak2 sudah besar sikit, dah faham bahasa la jugak sikit2. Dua2 dah boleh main sendiri, boleh dengar dan faham cakap Mama. Masa Mama buat kerja kat dapur, dua beradik tu boleh main sendiri depan tv walau aksi2 gaduh tu lumrah la kan.

Minggu ni boleh kata hari2 balik lewat. Dengan mesyuaratnya, dengan kokurikulumnya lagi. Semalam (Jumaat) Mama sampai terpaksa datang petang sebab ada sedikit urusan belum selesai. Ni pun ada kerja bawak balik kena buat masa cuti ni sebab nak guna Isnin ni. Sok cadangnya nak minta tolong Achik Anna kot. Buat sorang lambat siap bila ada 2 hero menemani ni.


Menjadi wanita bekerjaya camni la..
Bila terpaksa bekerja bukan pada waktunya,
anak2 diangkut bersama..

Minggu depan Mama tugas pulak di sekolah. Kena datang awal hari2. Minggu ni alhamdulillah Mama dapat datang awal ke sekolah. Bangun kena awal la jugak. Plan minggu depan nak kuar lebih awal sebab nak pastikan sampai awal ke sekolah.

Arini cuti, rehat2 saja di rumah. Sebelah petang keluar makan kenny's rogers. Lama dah tak makan. Buat pertama kalinya kami makan habis licin. hihi. Lapo sangat semuanya sebab pagi tadi makan ala kadar saja.

Tiba2 rasa nak gi picnic. Dah lama rasanya tak picnic kat laut feveret family kami. Minggu ni tak dapat kot sebab ada kenduri kenalan rapat esok. Minggu depan kot. Tak sabar rasanya dan harap menjadi la plan..

Sunday, December 30, 2012

Even BESAR Family

Ada banyak stori to tell. Jadi kita ikut turutan la ye. Dimulakan dengan even family terbesar tahun ni iaitu majlis perkahwinan adinda Mama, Mak Njang anak2 Mama.

Bermula dengan majlis akad nikah di petang Jumaat 21.12.2012 selepas Asar. Agak kelam kabut jugak la masa tu sebab jam 3.00 pm Mama baru balik membeli barang2 nak guna masa kenduri, jam 4.15 pm dah kena gerak ke masjid untuk majlis. Dengan anak2 lagi kan. Kalo single senang la urus diri sendiri je kan.

Plan nak mekap beria adalah kelaut sebab semua orang dah keluar masa Mama baru hegeh2 nak pakai tudung. Ok fine. Tak la penting sangat mekap tu sebab ku bukan pengantin kan. Saja ngengada haha.




Ada 3 pasangan akan dinikahkan petang tu termasuklah adinda Mama. Dorang ni pasangan ketiga dinikahkan sebab wali sendiri yang nikahkan. Pasangan pertama dan kedua tu 2x lafaz tapi adinda Mama ni bukan pengantin yang 2x lafaz tapi wali yang 3x lafaz. Mana taknya, rupanya Tok Abah sakit tekak masa tu. Air lak takde. Aduhai kesian Tok Abah. 




Teringat masa Mama nikah, Tok Abah juga yang nikahkan sendiri anak daranya. Memang itu dah niat Tok Abah walau mula2 tu cuak2 jugak nak nikahkan anak sendiri. 

Selesai majlis nikah, semua pun balik rumah untuk acara sarung cincin dan penyerahan mas kawen seterusnya jamuan kecil. 






Selesai majlis ari Jumaat. Bersiap sedia fizikal dan mental untuk majlis kemuncak pada Sabtu pulak. Family Mama tak tido rumah Tok Abah. Kitorang balik tido rumah sendiri. Tapi dah malam baru balik rumah. Hari2 pun camtu. Bayangkan kepenatan berulang alik gitu. fuhhh..

Kenduri pertama dulu Mama kan pengantin. So kepenatannya lain. Tak sama macam kenduri kedua ni. Memang penat melampau sebab persiapan rancak adalah 2 minggu sebelum kenduri di mana masa tu adik beradik yang lain belum balik. 

Hanya ada anak2 perempuan Tok Abah sahaja maka semua pun kita nak uruskan maka penatnya lain macam. Tok Mama dan Achik Anna sampai demam2. Mujurlah Mama sihat2 sahaja. Tiba hari kenduri pun dah semakin tak larat tapi gagahkan jugak untuk hari kemuncak ni kan.

Pada hari kenduri tu, seawal jam 10.00 pagi ada marhaban dan tahlil. Istimewa disampaikan oleh adik-beradik Ayah. hihi. Tapi ada la saguhatinya walaupun keluarga kan.

Mama hanta pengantin mekap kat kedai jam 9.00 pagi. Pastu balik rumah bersiap dan mekap. Amboi dia tuuu.. haha.. Ala bukan selalu pun kan nak bergaya sket apa salahnya. Yang lawaknya pada hari kenduri Mama pakai shawl. Ni semua gara2 hasutan adik2 perempuan Mama la, termasuk pengantin. 

Dorang cakap nanti dorang akan pakaikan kat Mama yang jahil bab2 shawl ni. Sudahnya dua2 gi mekap, maka pandai2 sendiri la ko pakai shawl ok. Nasib baik jugak aritu ada sekali tengok kat youtube cara pakai shawl dan nasib sangat2 la ingat jugak step2nya tu.

Maka sila hentam ikut sedap rasa jela ye. Tapi menjadi jugak kot. Lantak la bukan Mama yang nak kawen pun. Gambar adalah takde sebab sibuk. haha. Kesian. Tengok la nanti kalo gambar rasmi dah siap Mama cilok dari Mak Njang.

ni je satu2 gambar yang ada
tu pun dari fb adik ipar

Tema adalah merah hati dan pink. Pengantin sweet dalam persalinan pink. Dua2 sama cantik sama padan. Tinggi dan kurus dua2nya. Sebelah malamnya ada majlis potong kek dan bukak hadiah. Ni memang dah jadi acara wajib kot.

Iman yang malu2 duk atas riba Pak Njang

actually kek ni Tok Mama tempah khas
untuk celebrate besday anak2 perempuannya
tapi iols malu nak potong kek di khalayak ramai gitu haha..

maka kita ganti dengan budak2 yang ada jela..

ok ni hadiah from us
besarnya... apakah itu?

ok kipas berdiri.. hihi..
saja bagi kipas sebab tau memang ianya keperluan
cawan pinggan mangkuk blender bagai mesti ramai dah bagi kan.. 

tengok budak berdua depan Pak Njang
setia 'tolong' Pak Njang bukak hadiah

orang kuat kenduri
Tok Abah, Achik Anna & Tok Mama

tak ketinggalan Pak Su

turut serta, Tok Nek & sepupu2 Mama

Ayah, Abah & Ummi

ok berebut bukak hadiah dengan pengantin


Tengok gambar je senang kan. hihi. Dasarrr... Keesokan harinya majlis menyambut menantu pulak. Dekat je rumah mertua Mak Njang. 2 minit sampai dah kot. haha. Tema sebelah sana adalah hijau. Rombongan kami pakai coklat.



Gambar lain takde. So tempek gambar kami sekeluarga jela. Chup chup, bukan takde tapi tak cun. haha. Kamera season la katakan. huhu. Ni memang kena tukar kamera dah kot sebab semua gambar adalah blur. #ayat tersirat.


Buat pengantin baru, welcome to the club! Moga sejahtera melayari bahtera rumahtangga. Aman damai tenteram selalu di bawah rahmat dan kasih sayang Ilahi. Cepat2 dapat baby ok..

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥