♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Entri Khas Untuk Achik Anna

Salam sejahtera...

Ini entri bergambar. 
yang rindukan telatah si comel Iman dan Aisyah.
Layan jerk Achik Anna yer...


Iman sibuk nak main lappy

suka bagi pose cenggini laks skarang nih..

aksi ala2 putera raja men pedang la kengkunun..

pose istimewa anak raja nampak gigi tak cukup korum lagik

nak paksu dukung bila tengok tok abah layan adik Aqil

susah woo nak snap pose menarik iman cenggini..

ni pulak pose istimewa kakak Aisyah..pun susah nak snap..

ni pun susah nak snap..setelah berkali2 try ni la yg paling cun..

last2 tok mama pegang la senang sket,.hehe..

pose istimewa kakak Aisyah untuk Achik Anna...


Nota Mama : Macam dok obersea laks dah Achik Anna nie..haha..


Monday, July 26, 2010

Kenduri Lenggang Perut

Salam sejahtera...

malam minggu yang lalu
umah nenek ada kenduri
bukan la kenduri besar pun
kenduri lenggang perut achik asmak iman jer
since dia dah dekat 8 bulan preggy
nenek adakan kenduri sket la
panggil bidan datang tengok2 urut2 perut achik asmak
alhamdulillah semuanya ok
kepala baby pun dah kat bawah dah
due nya 1 syawal
maybe awal lagi maybe lewat sket
moga selamat la semuanya
bawah ni pic2 yang sempat disnap
suasana sekitar kenduri...


cik yat dengan semangatnya tolong masak...


budak2 mengaji di umah nenek


budak mengaji lagi


ayah interframe..



Wednesday, July 14, 2010

Impian

Salam semua..

hari ini Mama free pagi
rasanya nak sembang2 kosong jela kat sini
rasanya Mama nak share impian MamaOnion Icons dengan rakan2 semua

sebenarnya ada banyak impian dalam hidup Mama
biasa la.. semua orang ada impian sendiri kan
rasanya impian Mama ni takdela mencapai tahap sukar untuk digapai
takde maknanya Mama nak bermimpi kawen anak raja haih...Onion Icons

boleh dikatakan dalam usia 26++ tahun ni
kebanyakan impian Mama telah tercapai

masa di alam persekolahan dulu
impian Mama ialah untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang tertinggi

selepas UPSR... keputusan takyah citer la yer..huhu..
Onion Emoticons
Mama masuk Kelas Aliran Agama je
di sekolah harian biasa
tapi Mama tinggal di asrama
walaupun impian ke SMKA tak tercapai
tapi Mama menyimpan impian
agar dapat menyambung pengajian di SMKA
selepas PMR pula

alhamdulillah Mama berjaya mencapai impian tersebut
keputusan nak tau ker?Onion Emoticons
takyah la erk... hehe..
masa ni Mama menanam impian nak melanjutkan pengajian ke UM
wahh.. state terus U mana tu..
memang Mama minat nak sambung di UM
isi borang UPU zaman dulu semua manual..takde online2 cam skarang
1st, 2nd, 3rd choice is UM
punya la nak UM
dulu2 ada 5 choices jer
tak macam skarang ada 8 choices

Mama dapat offer jugak
tapi tak dapat ke UM seperti yang diimpikan
Mama dapat UiTM dalam jurusan banking
di terengganu
fuyyoo.... banking tuhh...
mampu kah Mama?

masa tu Tok Mama & Tok Abah tak izinkan Mama furture study ke sana
Tok Abah suruh Mama masuk form 6
wahh.. masa tu memang sedih dan tak teruja langsung nak masuk form 6
dah la semua orang dah start belajar
MSN Onion Emoticons malu nak masuk kelas baru
tapi alhamdulillah la classmate semua adalah schoolmate sek lama
rasa macam duk sekolah lama la pulak
sampai adik2 junior sekolah baru sakit ati dan bengkek jerMSN Onion Emoticon nengok kami
wat-muka-x-malu-macam-dah-lama-jer-sekolah-situ
wahahaha....

tapi Mama sekolah situ tak lama
dalam sebulan ajer..
psstt... dalam sebulan tu la titik tolak permulaan hubungan Mama & Ayah..
boleh baca ENTRI ni...

berkat ikut cakap Tok Abah & Tok Mama
alhamdulillah Mama dipanggil masuk ke UM
walaupun 2nd in take
tapi Mama bersyukur sebab impian tercapai

masa di UM impian Mama nak cepat2 habiskan studyOnion Icon
nak apply KPLI
nak jadik cikgu
huhu...

alhamdulillah Mama berjaya tamatkan pengajian
dalam menggenggam segulung ijazah dalam tangan
sangat lega MSN Onion Emoticon dan berbangga Onion Icon
sebab berjaya menggembirakan hati Tok Abah & Tok Mama
Mama ingat lagi
di hari konvokesyen Mama
Tok Abah & Tok Mama menangis dan memeluk Mama
ketika Mama keluar dari dewan selepas tamat istiadat konvokesyen
air mata gembira... Onion Emoticons
itulah hadiah paling bermakna dalam hidup Mama
kegembiraan Tok Abah & Tok Mama...

selepas tamat study
Mama apply KPLI
wahh.. memang nak warisi kuturunan chekgu chekgi nih..

alhamdulillah dapat
agaknya Mama ni memang jenis apply-yang-lain-dapat-yang-lain kot
kali ni Mama dapat KPLI j-QAF walaupun Mama apply KPLI Pendidikan Islam
takpela.. itu adalah jaaaauh lebih baik daripada tak dapat langsung kan

yang best lagi Mama dapat sekolah yang dekat dengan rumah
confirm dok dengan Tok Abah & Tok Mama laa
takyah pening2 kepala cari umah sewa bagai...

masa ni baru la boleh dapat green light nak bertunang
pastu kawen..Onion Icon
dah kawen impian nak ada baby lak
lama jugak Mama nak get pregnant tuh
pas 5 bulan kawen baru la pregnant
alhamdulillah... akhirnya Mama dikurniakan juga zuriat...MSN Onion Icon

setakat ni banyak dah impian Mama tercapai
MSN Onion Icons
hidup Mama pun dah terasa serba lengkap
Mama ni bukanlah jenis high teste sangat
tapi tak la nak kata simple sangat
sedang2 saja...

pas dah ada baby boy tentu la nak baby girl lak
insya-Allah ada rezeki nanti Mama mesti update
hehe...

sekarang impian Mama
nak abeskan utang piutang ku yang keliling badan pinggang
nak kumpul duit dalam tabung haji nak gi haji
kalo boleh nak gi dengan Tok Abah, Tok Mama, Atok & Nenek
nak biz betul2 skarang ni main2 kah?
pastu nak beli rumah sebijik

nak jadik isteri solehah...
Mama yang penyayang, penyabar, bijak..
guru yang berdisiplin dan berdedikasi...
hamba Allah yang bertaqwa...

itu sajalah impian Mama sekarang
apa yang ada dalam hidup Mama sekarang dah cukup membahagiakan Mama

alhamdulillah...
syukur pada-Mu ya Allah...
MSN Onion Emoticon


Thursday, July 8, 2010

Perkembangan Bayi 10-12 Bulan

Salam semua...

arini Mama nak share info sikit ni
hope berguna untuk mommies semua kat luar sana
juga untuk future mommies jugak ye...


10 bulan
  • suka mendesak. dia tahu apa yang diinginginya dan dia sedaya upaya mahu anda tahu apa kehendaknya. ( iman masa 10 bulan ni dah pandai geleng2 kepala kalo Mama tunjuk botolnya kot2 dia nak minum. pastu marah kalo Mama tak paham apa dia nak )
  • gemar meniru perlakuan dan tingkah laku orang di sekitarnya ( hah, memang pon. orang tunjuk dia tunjuk. orang babai dia babai.. )
  • mampu membaling bola ke arah anda tanpa disuruh. ( bukan bola jer dia baling... )
  • boleh bermain dengan kanak2 lain tapi dalam dunianya sendiri. ( iman suka berada di antara sepupu2nya yang tengah lain.. tapi dia wat hal sendiri... )
  • takutkan bunyi yang kuat. ( patut la iman tiba2 takut bunyi telefon umah yang sebelum ni dia ok ajer... )
  • faham apabila anda mengatakan "tidak" tapi lebih suka tidak mengendahkannya. ( betul.. betul.. betul.. )
11 bulan
  • pandai menunjukkan sesuatu dengan telunjuknya ( time ni iman suka tunjuk mana dia nak pegi masa orang dukung dia.. ada ka patut?... )
  • boleh memberi anda mainannya tetapi akan mengambilnya semula. ( cuuuteee sangat iman wat camni... )
  • cuba untuk makan sendiri menggunakan sudu. ( nak ambik nugget pon pakai sudu gak si iman ni... )
  • dia suka dibelai dan dimanja. ( iman suka ngendeng2 kat Mama terutama masa Mama baring2... )
12 bulan
  • mungkin sudah boleh berjalan tapi memerlukan masa untuk benar2 mantap berjalan ( ngee..iman belum boleh jalan sendiri lagi time ni... tak berani nak melangkah walaupun dah berdiri tegap dah... )
  • suka menggamit seseorang, menunjuk dan mengulang kata jika ingin sesuatu objek. ( iman memang dah pandai cakap... jalan je belum... )
  • sudah boleh memegang pensel, mengambil makanan kecil seperti kekacang menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya. ( bukan setakat pensel ngan kacang, semua benda la dipegangnya.. semut pon takut tgk iman... )
ok, dah habis serba sedikit perkembangan baby 10-12 bulan..
nanti insya-Allah Mama update lagi perkembangan baby newborn hingga 9 bulan...
saja Mama update bout baby 10-12 dulu sebab iman kan dah 13 bulan..
most related dengan iman sekarang ni..

moga bermanfaat untuk semua ya...


Thursday, July 1, 2010

Dah Lama Tak Menangis...



dah lama tak menangis
bila menangis semula
baru tersedar
rupanya dah lama kelopak mata ini
tidak ditakungi airmata

baru kusedar
airmata ini hanya akan bertamu
hanya kerana dia

tabahlah wahai hati
inilah suratan hidupmu
akan selamanya begini...





Monday, June 14, 2010

Tag Cinta

Arini Mama terasa nak buat tag la
terjumpa tag ni kat blog mamaaerish
jom kita terjah apa soalan2 nya ya...

.: soalan 1 :.
1st time jumpe ur hubby bila n kat mana?
erm...1st time jumpa pada tahun 1999
kat smka kerian
(ooo..schoolmate ghupenye..hehe..)
kalo nak tau kisah lanjut leh baca kat entri ni...

.: soalan 2 :.
Love at first sight?
erm..tak kot..

.: soalan 3 :.
Who is he when the first time you met him?
student form 4 smka kerian

.: soalan 4 :.
How long it takes for him to ask you out for a date?
erm..lebih 2 tahun..hehe..

.: soalan 5 :.
First place dating?
erm..sri larut..

.: soalan 6 :.
How he proposed?
erm..Ayah ni jenis straight aje..
bukan jenis jiwang..
takdela nak melutut berbunga2 bagai..
direct je bincang terus pasal kawen...

.: soalan 7 :.
Special date with your hubby?
of course la...
15 july 2003 - declare as a couple
23 jun 2007 - engagement day
09 mei 2008 - nikah day
4 jun 2010 - a day with title 'Mama & Ayah' aka birhtday iman la...

.: soalan 8 :.
Changes that he asked you to do?
jangan degil boleh tak?
hehe...

.: soalan 9 :.
What is about him that you love so much?
bertanggungjawab
penyayang (walaupun jarang bgtau dengan mulut tapi meluahkan dgn sikap)
pandai layan iman
suara sedap..... (tak eran la jadik solo nasyid time skolah dulu..sampai peringkat negeri gitu...)

.: soalan 10 :.
What is about him that you wish he would change?
stop smoking please... (dah lama benti, baru2 ni start balik..hadoiii)
pas solat tolong lipat sejadah boleh x?

.: soalan 11 :.
You will lose your mind and crack your head when he..
basuh kain..haha..
Ayah memang TAKKAN basuh kain apatah lagi jemur kain bila Mama ada di rumah
time Mama pantang dulu jela kot the last day Ayah basuh kain...

.: soalan 12 :.
You will smile through your eyes for the whole day when he..
bagi hadiah terutamanya bunga
sejak zaman bercinta haram la nak bagi bunga kat Mama
Ayah cakap 'bunga bukan boleh makan'
hadoiii....
seingat2 Mama ada sekali je Ayah bagi bunga kat Mama
tima Mama konvokesyen j-QAF

.: soalan 13 :.
Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
dah nama pun SUAMI
wajib la sayang sepenuh jiwa raga...



Hadiah Ulangtahun Perkahwinan


Mama nak join contest ni :

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan

dianjurkan oleh mama aqif
oleh kerana mama aqif tak state berapa keping gambar boleh letak
so Mama pandai2 sendiri jela letak beberapa keping gambar outdoor
perkahwinan Mama & Ayah
wow..kenangan indah terbayang2 di mata gitu...

-

-

-











erm..pastu Mama kena cerita detik awal pertemuan Mama & Ayah
alamak..nostalgia ni..hehe..

inilah kisahnya...

erm..sebenarnya Mama & Ayah ni schoolmate
walaupun demikian kami takde la bercinta time sekolah
hanya kenal setakat schoolmate jela
kelas pun lain2...

tapi ramai yang menganggap kami bercinta sejak zaman sekolah
sebab kami ni satu sekolah kan
sebenarnya tak pun...

lepas spm Mama & Ayah masuk form 6 di sekolah yang sama
rasa2nya time ni la kot bunga2 cinta dah berputik
huhu..ayat tak hengat..

ada la kawan2 cakap Ayah selalu usha Mama
terutamanya ketika Mama bangun menjawab soalan cikgu
Mama macam tak caye sebab Mama rasa Mama ni bukan taste Ayah
walaupun demikian hati gadis mana yang tak berbunga2
bila ada jejaka sedang menyimpan perasaan dalam diam kan
sungguhpun demikian tiada apa2 tindakan dilakukan
baik di pihak Ayah apatah lagi di pihak Mama...

tengah2 hot kisah kami tu
Mama dapat tawaran melanjutkan pengajian ke UM
Mama hanya berada di sekolah tersebut selama sebulan aje
jadinya terbantut dan terkandaslah kisah kami di situ aje...

mungkin jodoh dah tersurat
2 tahun kemudian Ayah melanjutkan pengajian di UKM
masa ni la kami mula berkenalan secara rasmi
dan semakian rapat...

akhirnya Ayah meluahkan perasaan
Mama terima dan bermulalah kisah percintaan kami
hinggalah akhirnya mengikat tali pertunangan pada 23 Jun 2007 selama hampir setahun
dan mengikat janji dalam ikatan pernikahan pada 9 Mei 2008
sekarang dah 2 tahun lebih melayari bahtera rumahtangga
dan lebih bahagia dengan kehadiran di kecil iman pada 4 Jun 2009

itulah kisah perkenalan, percintaan, pertunangan dan akhirnya pernikahan
Mama & Ayah iman...


Saturday, June 5, 2010

Hari Ini : Setahun Yang Lalu




Setahun sudah berlalu
Terasa pantasnya waktu berterbangan pergi
Masih terbayang2 di ruangan mata
Detik dan ketikanya kau hadir ke duniaku
Saat manis pertama kali menatap wajahmu
Indah dan mendamaikan
Tika itu semacam ada rasa tak percaya
Aku kini bergelar Mama
Berbeza sekali rasanya
Menyambut ulangtahun kelahiran diri
Dengan menyambut ulangtahun kelahiran permata hati
Bila tiba ulangtahun sendiri
Aku hanya menghitung hari dan waktu kelahiranku sahaja
Namun bila tiba ulangtahun kelahiran anakanda sendiri
Semua pengalaman dan kenangan
Sebelum, semasa dan sesudah kelahirannya
Hadir menjelma satu persatu
Ada rasa bahagia dan berbunga2 di situ
Terkadang timbul rasa sebak
Entah mengapa
Mungkin kerana aku kini adalah seorang
MAMA...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Pertama
Ahmad Iman Bukhari

~ birthday boy di pagi ulangtahun kelahirannya ~


Sayang 1000 Kali Sayang

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥