♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Cerita Mama. Show all posts
Showing posts with label Cerita Mama. Show all posts

Wednesday, May 11, 2016

Setalah Sekian Lama.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ya Allah lamanya Mama tidak menulis di ruangan ini.
Alasan biasa.. kekangan masa.
Terasa ingin menulis semula di celah2 masa yang ada.
Kerana ada satu kepuasan dapat mencoret di sini.
Walau sebenarnya berbicara sendiri.
Mungkin tiada lagi yang menjengah ruangan ini.
Setelah sekian lama menyepi.

Membaca coretan terakhir adalah berkaitan kondisi semasa mengandung anakanda ketiga.
Dag besar dah pun si Ahmad Iman Baihaqi.
Mama tidak mencoretkan pengalaman melahirkannya di sini.
Adalah tidak adil begitu.
Kerana pengalaman melahirkan abang-abangnya Mama catatkan di sini.

Sudah setahun berlalu.
Masih ingatkah momen2 itu?
In sha Allah.. Mama akan cuba mencari masa untuk mencatatkan pengalaman itu.
Pengalaman berharga seorang Mama.
Takkan mudah dilupakan sampai bila2.

Banyak kerja menanti.
Mama undur diri dulu.
In sha Allah jika berkesempatan Mama jengah lagi bersama cerita2 baru ya.

In sha Allah.....

Tuesday, May 27, 2014

Setelah Sekian Lama

Kali terakhir menyulam kata kata Februari lalu. Itulah satu-satunya entri untuk tahun 2014. Sabo jela. haha..

Terasa ingin menulis semula. Mungkin tak sekerap dulu. Sebab Mama tiada passion. Takde baby baru kan. hihi.

Tapi in sha Allah sekarang sedang TTC (trying to conceive). Sedang mencuba mengandung semula. Dah setahun ye merancang untuk mengandung tapi belum ada rezeki nampaknya.

In sha Allah Mama akan kongsikan serba sedikit antara usaha yang Mama jalankan untuk mengandung semula ni. Setakat ni belum berhasil lagi. Tapi nama pun ikhtiar kan. Cuba jaya. Cuba sampai berjaya. hihi..

Doa-doakan lah Mama ye. Moga ada rezeki dapat baby baru. Kalau dapat girl, tu kira bonus double triple la tu. ;)



 

Monday, August 26, 2013

FIKIR Apa?




Tak tau apa dalam fikiran
kelam kabut macam nak naik bot
sampai pakai name tag pun terbalik..
dari pagi sampai balik sekolah..
sape pun tak perasan
tuan badan lagi la tak perasan..
isk isk isk..


Sunday, July 21, 2013

Ramadhan..

PUASA

Ini kisah pasal Ramadhan tahun ni. Dah berapa tahun ek Mama puasa penuh. Dah tak ingat. Tapi Ramadhan tahun ni ditakdirkan kena tinggal.

Tiba2 je kuar peod. Sangat cun tumingnya pada bulan pose. Hihi.. Tapi peod pun sikit2 je. Harap2 cepat habis. Tak sanggup mengganti banyak2. Huhu..

TARAWIKH

Macam tahun2 lepas, Mama tak boleh konsisten bertarawikh. Bukan nak jadikan alasan anak kecik ke apa. Nak solat Isyak pun terkejar2.

Kena pulak peod. Lagi la tak solat kan. Tahun depan kalau ada anak kecik pulak memang takde la lagi jawabnya..

BUKA PUASA

Bagus betul makcik ni. Orang gedebuk gedebak upload juadah berbuka kan, Mama ni masih beli lagi.

Mana taknya, selain tak larat, kalau masak selalu berlebih. Akhirnya buang je. Biasanya kalau beli pun kami beli juadah utama, kuih dan air je. Selesai makan habis semua. Senang.

Ingat nak masak jugak nanti. Bosan jugak hari2 beli kan. Kalau hari cuti bolehlah masak..

DEMAM

Pun sempat menyelit jugak. Hihi. Biasa la.. Ramadhan kan panas melampau. Mula2 Bunyamin demam pastu jangkit kat Mama pulak. Syukurlah Ayah dan Abang sihat2 saja.

CUTI

Pasal cuti lak.. syukurlah Isnin Selasa minggu sebelum raya tu dapat cuti berganti. Dan yang paling best tu hari yang kena ganti tu Mama kena jadi hakim Ihtifal jQAF.

Maknanya kalau ikut plan asal, Mama jela sekolah sorang2. Bila kena ganti cuti raya, means semua kena sekolah la. Hihi.. Jahat btol tak puas ati sekolah sorang2.. hihi..

Ok tu je citer Ramadhan setakat puasa day 12 ni. Ada masa Mama update lagi.. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, June 15, 2013

DOA Mama


Setelah 4 tahun bergelar Mama, kini saya akui benarlah 'kata2 ibu itu suatu doa'.
Belum cakap lagi, baru terdetik di hati, jadi terus.
Taklah semua perkara, tapi kebanyakannya begitu.
Contoh; terdetik di hati syukurlah anak2 dah lama tak demam.
Tup2 malam tu atau esok pasti salah seorangnya demam.
Baru2 ni terdetik di hati, camne la nak cerai susu dengan si kecil ni.
Kalau kena kursus bermalam 2,3 hari mungkin lebih mudah kot.
Padahal masa fikir tu memang tau dah agak mustahil la kena kursus bermalam di luar sebab selalunya cikgu kecik macam saya ni kursus dekat2 saja.
Tup2 semalam dapat surat arahan kursus di Kedah 3 hari 2 malam.
Urut dada sat.
Bukan sebab kena pergi kursus, tapi sebab betapa cepatnya ia berlaku.
Allahu Rabbi..
Terus ingatkan diri sila jangan cakap bukan2 ye selepas ini.
Susahnya nak kawal mulut kan.
Tapi usaha la demi kebaikan keluarga.
Ok, mula berfikir yang indah2 dan baik2.
Kita mulakan dengan baby girl 2014..

BUNGA Mama

Rumah kami ni rumah sewa saja. Mula2 masuk dulu, kawasan rumput yang sempit di hadapan rumah kami ni hanya ada rumput padang saja. Berniat nak tanam pokok. Sampai la mengandung Bunyamin 6 bulan, baru berkesempatan bersihkan halaman depan dan tanam pokok bunga raya. Ada Mama buat entri dulu tapi malas nak cari link dia. hihi..

Pastu lama pulak simpan azam nak tanam pokok bunga menjalar pulak. Mama suka bunga yang batang lembut dan menjalar tu. Kurang suka dengan bunga batang keras dan tinggi2. Tapi depan rumah tanam pokok bunga raya kan. hihi. Haa tu sebab bunga tu senang hidup, senang jaga dan senang tanam. Tu sebab utama. hihi..


Duk fikir2 jugak kat mana nak cari bunga ni, dengan pasu panjang camni harganya mahal jugak. Sekali kat kedai Eco yang baru bukak kat sini ada pulak jual pasu panjang ni. RM2 sahaja ye. Murah gile kot. 

Kebetulan sorang cikgu kat sekolah tu bermurah hati mengindahkan sekolah dengan menanam pokok2 bunga dan tanaman herba. Eh herba tu tak minat kot. Sebab tak guna kot. Kecuali pokok lidah buaya tu je. Bukan tanam sendiri, ambik dari rumah Tok Abah je. hihi. Gunanya bila anak2 demam untuk jelum kepala dorang.


Cikgu tu cakap pokok bunga kembang 10 ni senang tanam. Cucuk je batang dia dalam tanah, duk kat cahaya matahari, jaga air dia, buh baja bunga bagi bunga banyak, ok la dia. Seronok Mama dengar. Maka cuti sekolah aritu buat projek beli pasu panjang tu 5 buah, gi sekolah ambik bunga, ambik tanah di rumah Tok Abah, terus tanam. 

Fuh, puas hati tengok hasil tangan sendiri. Ayah memang tak amik tau pun sebab tak minat menanam. Eh, taktau la minat ke tak sebab tak pernah tengok tanam apa2 pun kat rumah ni. Nak kata bersihkan kawasan depan tu pun takde. Tak minat la kot.

Actually Mama pun tak minat jugak. Bila tak minat, takde bakat, maka tak reti la menanam kan. Pernah dulu bela pokok kaktus, boleh mati. haha. Padahal tak susah mana kot bela kaktus. Tu tandanya memang buta menanam pokok tau tak. Tak reti langsung.

Tapi bila duduk rumah sendiri, walaupun sewa, nak jugak nampak ada tumbuhan menenagkan jiwa kat rumah ni kan. Gersanggg je mood pun tak best. Bila tanam pokok bunga raya dulu, puas hati betul tengok sekarang ni dah sampai ke bumbung dah. Tapi sempat tanam je, takde masa nak belai2, nak bersihkan kawasan sekeliling dia.

Niat tu ada tapi kekangan masa dengan anak2 kecil lagi. Kalau Mama buat, mesti panglima berdua tu ikut sama buat. Bahaya jugak kot Mama ralit main pokok anak2 main kat jalan. Ni bunga kembang 10 ni Mama tanam dalam pasu sebab kalau nak pindah nanti senang angkut je sekali. Sayang oo nak tinggal.. ;)

Ada lagi 1 jenis pokok bunga menjalar yang Mama teringin nak tanam. Di sekolah ada benihnya tapi baru tanam. Tunggu la dia besar sikit Mama nak tanam di rumah pulak. Tambah lagi pasu RM2. hihi..


Tuesday, May 7, 2013

Lebih KEMAS

Cuti hujung minggu yang lalu, Ayah kerja malam. Bertugas stand by nak pilihanraya. *nampak sangat update macam siput, hihi*

Mama dan anak2 stay rumah Tok Abah. Siangnya Mama tinggalkan anak2 rumah Tok Abah kejap. Mama balik rumah nak mengemas rumah yang tunggang langgang tu. Haih, memang dasyat kot rumah kami. Baju banyakkkk tak berlipat, nak sapu dan mop lantai, kemas dapur, kemas bilik2, sapu sawang.

Alhamdulillah bila anak2 takde cepat sikit kerja siap. Memang macam lipas kudung buat kerja sebab kesian anak2 tinggal lama di sana walaupun sebenarnya dorang seronok je duk rumah Tok Abah tu. Lebih kesiankan si kecil tu la sebab dia masih menyusu badan. Tambah susu Mama pun dah bengkak sikit sebab lama dia tak menyusu.

Buat itu buat ini yang penting2, baru setelkan yang tak berapa penting tapi pending dah beberapa lama. huhu. iaitu...




Laa.. apa kebenda pulak dah ni? Haa.. ni la namanya penyidai tudung awning. hihi. Memang bersyukur berjumpa dengannya di internet. Sangat praktikal dan rumah lebih kemas. Tak caya? Ok baca sampai habis.. hihi..



Ok, gambar di atas zoom in sket. Sekeping ni boleh sidai 17 helai tudung. Klip dia homei2 je tapi sangat ketat ok. Yakin la nak sidai tudung berat2 tu, in shaa Allah...



Tengok tu. Tu gambar sebelumnya. Cara yang sama jugak Mama sidai cuma yang tu Mama guna hanger biasa dan sepit dengan sepit biasa. Berapa banyak hanger kena guna daa.. hihi.. Pastu sepit tu ada yang tak ketat menyebabkan kadang2 tudung jatuh ke bawah.



Haa.. tengok gambar selepasnya. Lebih kemas dan tersusun kan? Mama hanger ikut warna tudung. Suka sangat2 sebab lepas ni Mama punya lebih ruang untuk hanger baju yang lain. Paling utama dah tak nampak serabut sangat.

Harganya RM35 untuk sekeping hanger. Mama beli 3 keping dengan harga RM100 termasuk pos. Murah ke tak, Mama taktau sebab ni pertama kali jumpa dan beli hanger jenis ni. Yang penting praktikal sangat2.

Kalau nak beli jugak boleh beli dengan :

0134565712
the_niey91@yahoo.com

Monday, April 22, 2013

Hujung Minggu Tanpa Ayah

Amboi tajuk.. macam tak biasa je berhujung minggu tanpa Ayah kennn...

Nak PRU13 ni kan.. Ayah kena standby kat ofis 12 jam. Rehat 24 jam - keje 12 jam. Gitu la jadualnya sampai la PRU13 nanti. Start minggu lepas lagi.

Ini bermakna tak kira la langgar Sabtu Ahad ke cuti umu ke apa, tetap la kena kerja 12 jam gitu. Selang2 malam dan siang.

Ahad aritu Ayah kerja siang dari jam 8.00 pagi sampai 8.00 malam. Ayah suruh kami gi rumah Tok Abah saja. Duk rumah melengung je watpe kan. huhu.

Ahad, rutin Tok Abah dan Tok Mama gi mana lagi selain gi kebun kan? Tapi Achik Anna tak gi pulak minggu ni. Diberi cuti sebab baru baik demam. huhu.

Cuti gi kebun, tapi kami ajak Achik Anna jalan2. huhu. Kami jalan sana sini. Hujan pun tak kira redah saja. huhu.


Mula2 gi makan dulu sebab kami tak sempat sarapan pagi tadi. Amboi, sarapan di Kenny's Rogers gitu. Takleh selalu.. rabak Mama korang nanti..



Macam biasa, anak2 memang tak boleh duduk diam terutamanya si sulung Mama. Lari sana sini sementara tunggu makanan sampai. Nasib baiklah takde orang lain selain kami. huhu.



Elok makanan tiba, anak2 la paling eksaited. Lupa nak minum kali ini. Biasanya air la dulu yang dorang terpa. Dah separuh gelas baru ingat nak makan. Tapi ni lapo sangat kot, makan makan dan makan je. Last2 baru minum. huhu. Bagus bagus..


Lepas makan kami jalan2 TS tu. Naik turun saja suka2. Anak2 suka la naik eskulator tu. Jumpa pulak kawan sekolah. Sempat sembang macam 10 tahun tak jumpa. Padahal esok kan jumpa lagi. huhu. Jumpa memang la jumpa tapi kat sekolah bukan ada masa nak sembang sangat, huhu.

Takde agenda yang khusus. Saja jalan2 saja. Tapi dalam pada jalan2 tu beli la jugak sket2. huhu. Dasar kan..


Wednesday, April 3, 2013

Dulu & Kini

DULU..

Masa bujang rasa banyak sangat kerja
rasa 24 jam macam tak cukup
terutama masa zaman belajar dulu..

Tapi rupanya masa tu la zaman yang punya
banyakkkk masa.. 
dah kawen..
dah jadi Mama..
baru la rasa masa tu banyaknya masa terluang
tapi asyik la rasa tak cukup masa..
dasarrr kan.. huhu..

Walau rasa macam tak cukup masa
tapi dah nama fomfuan kan
tetap la punya masa untuk diri sendiri..

Mama ni jenis suka benda2 cantik
benda2 cute
tu yang jadi berlambak2 benda kecik2 tu
sampai taktau nak buat apa
nak buang sayang
nak simpan macam menyemak.. huhu..

Mama suka beli blouse
atau t shirt muslimah..
atau tempah baju untuk pakai kerja
suka beli tudung..
dah ada anak suka beli baju anak2..
baju suami pun suka beli sebab suami jenis tak suka beli baju..
kontra!

Pendek kata..
u just LOVE shopping very much!
kan dah cakap tadi..
dasar fomfuan kan..
hihi..

Tak semua fomfuan cam Mama
tapi rasanya kebanyakannya cam Mama kot..
hihi..

Dulu2 masa zaman bujang Mama suka tudung akel
suka sangat kot..
zaman study kat U dulu memang tu jela tren tudung Mama..
semua warna pun ada kot.. huhu..
biar la design sama pun janji semua warna ada..
ala.. warna apa je pun baju Mama..
biru *feveret
pink
kuning
hijau
tu je kot.. huhu..

Bila dah bekerja
jatuh chenta dengan bawal pulak
bawal bidang besar la..
harga boleh tahan mahal jugak kot..
dalam rm30 - rm35
ada yang rm40
tapi beli sikit2 la kan..

Slow2 berhijrah dari tudung akel *bidang kecik sket tapi still labuh jugak*
ke tudung bawal..
suka sangat bawal sama macam suka sangat akel
sebab mudah dibentuk
senang nak basuh..
tahan lasak jugak
pin sana sini pun still ok..
tapi pakai gi kerja saja kot
kalau kat luar masih tetap akel di hatiku.. huhu..

jap nak tunjuk gambo..
asyik cerita je kan..

eii.. huhu..

Gambar atas tu masa hari last exam di UM..
actually atas 20 06 tu ada tulis Universiti Malaya
tapi alkisahnya kawan yang snap pic tu tak reti amik gambo
makanya takde la UM tu..
redha jela..
gambo dia lawa je Mama snap.. huhu
*masuk bakul angkat sendiri sebab takde sape nak angkat*

Ok, berbalik cerita tadi kan..
lama jugak Mama setia dengan bawal tu
sampai Iman dah lahir pun Mama still berbawal.. eh.. huhu..
masa orang dah kecoh2 tudung ekspress tu pun
Mama masih berbawal..
sebab Mama rasa tudung lycra tu tak sesuai
dengan orang muka bulat macam Mama
nanti lagiiii bertambah boolat..
lagipun belum jumpa yang labuh..

Mama tak kisah kualiti
tak kira bawal gred apa pun
janji labuh dan tak jarang..
dan paling utama ianya selesa..

Sampai la satu ari jalan2 pasar malam dengan Mak Njang..
ingat lagi..
tengok2 ada plak jual yang labuh..
dan murah..
rm16 je masa tu..
kira murah dah la tu..
Mama beli 3 ke 4 helai tak ingat..
biasa la.. trademark.. suka sangat beli banyak2 sekali..

Try2..
eh, takde la muka jadi bulat..
ok je..
selesa..
terussss.. jatuh chenta pulak..
masa tu belum banyak koleksi
maka pakai selang2 la dengan bawal..

Beli sikit sikit sikit..
lama2 terus simpan bawal buat koleksi je
huhu..



DAN KINI..

setelah 2,3 tahun bertudung ekpress ni..
tiba2 rasa nak pakai akel balik..
atau bawal..

Sebab tengok bawal dan akel trend sekarang
bertone2 warnanya..
tak lagi 1 tone je macam dulu2..
adeh.. memang menggamit hatiku yang suka shopping ini..

Slow2 cari kat tenet..
i just love online shopping..
sebab dah ada 2 anak ni
memang kem salam la nak berlama-lamaan shopping di luar
nak belek nak telek..
online senang..
walau tak dapat nak pegang nak belek nak telek..
tapi mudah dan menjimatkan masa tenaga
anak2 pun selamat takde nak terdedah dengan
cuaca panas hujan, orang ramai, habuk, kuman..

Takpe la bayar pos sikit pun..
asal senang koje ku.. huhu..

Jumpa la blog fabrik pantai timur ni..
cantik2 tudungnya..
asalnya Mama cari bawal..
jumpa akel pun ok jugak la..

Sebab dah tau kualiti akel camne..
dan ex-lover akel kan..
maka beli la kita pelbagai warna..
kan dah kata trademark tadi kan..


Maka hari pertama selepas buka sekolah aritu..
berakel la kita ye..
semua pun pandang semacam..
tapi still tak tegur.. hihi..

Dah la Mama pakai baju lama yang jaranggg sangat pakai
lagi la nampak lain kan.. huhu..
tapi akhirnya ada jugak yang tegur tudung Mama..
nampak comey pakai tudung camni..
amboi, puji tak hengat..
mak anak 2 dah oii.. takde maknanya comey haih..
tak kembang pun.. sebab tau nak amek ati tu.. huhu..


Dan ini hari kedua Mama..
amboi, semua baju yang jarang pakai haa..
bukan sebab apa jarang pakai..
takde tudung yang sesuai..
kalau ada pun tudung tu dah lusuh sebab lanyak teruk sangat.. huhu..

Bawal lama?
ada.. ada..
aritu bagi Mak Njang pakai..
tapi dia pulangkan balik sebab dah banyak dah kot koleksi tudung dia..
masa Mama bagi tu dia baru kerja..
atau dia pun dah beralih angin pakai lycra kot.. huhu..

Dan bawal2 lama itu bakal di selongkar semula..
dan akan dipakai semula
mana2 yang masih berkeadaan baik..
insya-Allah..


Friday, March 1, 2013

C.U.T.I

Ceaa.. tajuk main titik titik je sekarang keennn...

Dua minggu berturut2 Mama ada program hari Sabtu. Syukurlah minggu ini free. Sebenarnya bukan la kerap sangat ada program hari Sabtu. Tapi bila berturut2 ni, terasa la jugak penatnya. Nak2 lagi kalau ada yang mula mempertikaikan kerja Mama.

Mama rasa, Mama ni takde la workaholic pun kot. Bekerja hanya pada waktunya. Jarang sangat bawak kerja balik rumah sebab tau dah mesti takkan buat nyer. Lagipun buat masa ni menetap di rumah sewa takde tempat khas untuk buat kerja. Insya-Allah kalau ada rumah sendiri nak buat sedikit ruang bekerja yang khusus supaya anak2 takde la mudah nak kacau masa nak buat kerja. Itu pun mungkin kerja2 yang memerlukan kejar due date je kot. huhu.


Rumah memang macam tongkang meletup dah kot. Balik rumah memang tak sempat nak mengemas. Nak2 pulak seminggu dua ni Bunyamin memerap sangat. Taktau la kenapa. Mak mertua cakap mungkin sebab Mak Njang mengandung tu tapi sejak tau Mak Njang ngandung takde jumpa2 lagi Mak Njang. Petuanya kena suruh Mak Njang mandikan Bunyamin nak hilangkan merapnya tu. Taktau la..

Insya-Allah cuti Sabtu Ahad ni nak mengemas rumah apa yang patut. Kain nak lipat, nak mop lantai dan nak sapu sawang kat dalam bilik mandi. Teruk sangat dah rupanya sawang dalam bilik mandi tu. Nak cuci lantai bilik mandi jugak. Sakit mata tengok serba serbi tak terurus tapi badan tak upaya nak uruskan. Harap2 cuti ni berkesempatan nak buat itu semua. Tanak target banyak2, mana yang serabut sangat je kita uruskan dulu. huhu.

Ok la, nak sambung buat kerja.. ;)

Sunday, February 24, 2013

Medical Check Up

Ahad aritu Ayah cakap ada medical check up kat tempat pengajian dia. Mama pun teruja la sebab selalu nak buat medical check up yang free ni kan tapi asyik la tak jumpa mana tempatnya. Nak gi klinik memang la boleh tapi satu hal pulak nak tunggu giliran apa semua. Leceh.

Pas Zohor tu gi la kami ni berempat. Sampai2 tengok takde pun van klinik kesihatan ke apa kan. Orang ramai2 jela ada. Tu pun orang kampung tu jela. 


Rupanya bukan medical check up yang cek jantung, kencing manis, darah tinggi semua tu. Ni rawatan alternatif. Yang ada kat situ rawatan terapi ion yang rendam kaki nak kuarkan toksin tu dan rawatan darussyifa'.


Alahai kalau rawatan camtu tak terfikir dek akal la kan. Malu la pulak nak mencuba. haha. Tah pape je. Yang rendam kaki tu kena bayar. RM10. Rawatan darussyifa' tu free tapi kena ada air kosong.

Mama tak buat apa2 rawatan pun. Tengok orang je. Saja meramaikan majlis. huhu. Mama ngan Bunyamin je masuk dalam tu. Ayah ngan Iman tunggu di luar. Mula2 teringin jugak nak try rendam kaki tu tapi 1st round 5 orang dulu, sekali buat setengah jam, oh malas nak tunggu lama2.



Sebenarnya tempat rawatan tu PASTI. Ada la colour pencil dengan kertas kosong. Mama bagi Bunyamin main sebab masa tu dia dah mula bosan.

Mula2 tu ok la, lama2 dia tuang habis semua pensel tu dengan habuk2 sekali. Adoi, kena la Mama sapu pulak. 

Bila dah tak terkawal camtu Mama ajak Ayah balik. Ayah suruh try tapi camne nak try 1st round pun belum habis, anak dah meragam. huhu. Tapi kat luar tu ada bihun goreng, makan dulu la sebelum balik.

Pastu balik rumah tidokan anak2. huhu. Best jugak la aktiviti arini dapat tengok orang buat rawatan kan. Walau sendiri tak sempat buat.. huhu..

 

Friday, February 15, 2013

Bila Kita HEPI

Seronok rasanya bila hubby tegur, 'eh, ayg dah kurus sket la'. Rasa nak lompat bintang tp buruk beno rupanya dah tua2 gini nak lompat bintang kan. Maka kita senyum sepanjang hari jela sesuai.. ;)


Saturday, February 9, 2013

PULUT Tersilap

Tersilap tapi menjadi.. ;)

Oleh kerana aritu tersilap beli beras pulut walaupun asalnya nak beli beras wangi, kena la belajar masak pulut kan. Kol Tok Mama tanya resepi. Senang je masak pulut rupanya.. Nampak sangat 'selalu' masak.. hihi.

Pagi tu sarapan pulut dengan sambal ikan bilis dan ikan bilis goreng. Kalau ada ikan kedera masam atau pekasam lagi best. Tapi dah habis maka ikan bilis pun ok.

pulut + sambal ikan bilis + ikan bilis goreng

Memang best lah. Eh, bukan best sebab sendiri masak sendiri puji. Tapi sebab rasa pulut susu sangatlah sedap ok. Lembut je pulutnya. Tak rugi jugak la tersilap beli pun kan.. ;)

Anak2 makan banyakkk sangat. Abang makan dengan ikan bilis la, letak sambal sket. Adik makan pulut sahaja. Lain macam sket Adik punya selera. Dia makan nasik sahaja, pulut sahaja, tanak lauk. Kalau letak lauk dia luah balik habis kotor baju. ish ish ish..

Petang tu Mama masak lagi. Alhamdulillah menjadi.. Dah pandai masak pulut, yeay.. ;)

Sebenarnya...

Buat masa ni Mama segan nak cerita. Tunggu hasilnya menjadi baru Mama story ek. Sebenarnya Mama ada satu misi sekarang ni. Tapi segan nak update di blog buat masa ni.

Mama ni bukan boleh ada misi atau target. Mama akan buat bersungguh2 selagi mampu. Tak tido malam, tak makan, penat camne pun Mama akan cuba selesaikan. Misi ni macam breastfeeding journey with Bunyamin jugak, misi jangka panjang.

Takde target masa cuma akan cuba selagi boleh. Apakah misi itu? Tunggu sebulan dari sekarang baru Mama akan mula bercerita. Oh, sebenarnya sudah Mama coretkan cuma tak publish je lagi. hihi. *pipi merah*

Antara usaha merealisasikan misi itu, Mama beli ebook yang sangat super duper best daripada Kak Pija ni. Ebook ni buku masakan tapi lain dari yang lain sebab ia memberi panduan memasak secara islamik.



Mama nak belajar masak, sekaligus merealisasikan misi Mama tu. Sekarang ni secara amnya Mama boleh katakan misi Mama tu adalah untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang lebih baik. Serupa takyah bagitau kalau itu misinya kan. hihi.

Insya-Allah, nanti akan ada entri auto-publish sebulan dari sekarang. Oh, pasal ebook tu, berikut detail yang Mama copy dari wall Kak Pija. Berminat bleh la order ye..


Info berkenaan ebook ini :
- Isi kandungan :
BAB & TAJUK
PENDAHULUAN
1 KISAH BENAR ~DARI DAPUR KEDAI MENUJU DAPUR RUMAH SENDIRI~
2 KENAPA TIDAK MASAK?
3 KENAPA MESTI MASAK?
4 LANGKAH AWAL UNTUK MULA MEMASAK
Buku resepi
Kelengkapan dapur
Bahan masakan asas
5 PERLUKAH JADUAL MEMASAK?
6 KEPERLUAN DAPUR ~SEDIAKAN TO BUY LIST
7 CARA BELI BARANG DENGAN HARGA MURAH
8 CARA SIMPAN REMPAH DAN BAHAN DAPUR LAIN
9 BASUH PINGGAN
10 MASAK DAN MAKAN BERSAMA AHLI KELUARGA
11 MASAK DAN BERZIKIR
12 PEMAKANAN SIHAT
13 RAHSIA MASAKAN SEDAP
14 GUNA SEMULA LAUK
15 LAUK BEKU
16 TANAM SAYUR SENDIRI
14 JENIS MASAKAN LAUK (CAMPAK STYLE)
Perap dan bakar (ikan, ayam, udang, sotong, daging)
Perap dan bakar (ikan, ayam, ketam, udang, sotong)
Masak kurma (daging, ayam)
Masak lemak (udang, ayam, siput sedut, ikan, daging, ketam)
Lauk kerabu (sotong, daging, perut)
Asam pedas (tumis, rebus)
Masak merah (ayam, daging, udang, ikan)
Sup (ayam, daging, tulang, belut, ikan, ketam, ekor)
Kari (ayam, ikan, udang, sotong, daging)
Singgang (ikan, daging, ayam, sotong)
Tiga rasa (ikan)
Masak sambal (sotong, bilis, paru, lembu, udang, ayam, pedal ayam, ikan)
Masak hijau (ikan keli, ayam, daging)
Rendang (ayam, daging, kerang)
Masak kunyit (daging, ayam, sotong, ikan)
Percik (ikan, ayam)
Masak hitam/kicap (ayam, hati ayam, daging, ikan)
Masak kerutup (ayam, itik serati, daging)
Masak lada hitam (sotong, udang, ketam, lala, ikan, ayam, daging)
Masak putih (ikan, ayam)
Masak tempoyak (ikan)
Gulai tempoyak (ikan, ayam)
Ikan masin
Masak tomyam (ayam, putih, seafood, thai)
Masak bertelur (lala)
15 JENIS MASAKAN SAYUR
Sayur campur
Kobis
Terung
Kentang
Sawi
Nanas
Manga
Pucuk paku
Jantung pisang
Daun kayu
Pucuk ubi
Bayam
Sayur fucuk
Ulam raja
Brokoli
Kailan
Peria
Kerabu
Acar
Tomato
Kacang botol
Kacang panjang
Kangkung
Bendi
Kucai
Timun
Cendawan
Labu
Labu air
Petola
Petola ular
Kacang buncis
Batang keladi
Nangka muda
Taugeh
Rebung
Putik jagung
Asparagus
Betik muda
Lobak merah
Pisang muda
16 JENIS MASAKAN TEMPE/TOFU/TAUHU/TELUR
17 JENIS SAMBAL
18 NASI GORENG
19 JENIS MASAKAN NASI
20 JENIS MASAKAN MI
21 JENIS MASAKAN KUETIOW
22 JENIS MASAKAN SPAGETI
23 JENIS MASAKAN BIHUN
24 JENIS MASAKAN LAKSA
25 JENIS CUCUR
26 JENIS KUIH-MUIH
27 JENIS BUBUR DAN PENGAT
28 ANEKA JUS
29 PETUA DAPUR
30 PAUTAN RESEPI
Dengan membeli ebook di atas, anda akan mendapat ebook di bawah PERCUMA!
1. 10 resepi dagingku
2. Nasi Ayam Penyek
3. aneka Resepi (A-Z)
4. Rahsia 11 Resepi Biskut
5. 100 Resepi Kuih Muih Malaysia
6. Aneka Roti
7. Resepi Dalam Pantang
8. Resepi Siri 3 Kuih Melayu Sehebat Chef (siri_3-15)
9. Resepi Siri 4 Fiesta Aidilfitri Sehebat Chef (siri _4-09)
10. Makanan Pejal Pertama Untuk Bayi
11. Nutritionist's Choise Cookbook
*Ebook ini adalah sebanyak 121 ms bersaiz A4*
SEMUA DI ATAS ANDA AKAN DAPATI PADA HARGA RM 20.90
.terdapat juga belian dalam pakej seperti berikut:
- ebook by email RM 20.90
- ebook by CD (pos) RM 25.90
- hard copy ebook RM 30.90 (kos fotostat, binding dan pos termasuk sekali) *ebook percuma akan di email dan jika mahukan dlm btk CD ebook tambah RM 2 (tambahan utk kos CD)
Bayaran boleh dibuat ke :
Maybank 113042046831
CIMB 0805 000 1889 207
Bukti pembayaran boleh dilampirkan ke email masakdarihati@yahoo.com atau 0199515058 (sms/whatsapp/viber)
Selepas bayaran dilakukan, sila mesejkan nama, email dan nombor telefon anda ke email berkenaan atau anda boleh PM saya di akaun Facebook saya (https://www.facebook.com/sitisifir10). Anda akan menerima email dengan fail ebook Masak Dari Hati dan 11 ebook percuma lainnya dalam masa 2 hari dari hari bayaran.
Beberapa bahagian dari harga ebook berkenaan akan disumbangkan kepada mereka yang memelukan. Semoga dengan ebook ini, amal kita akan sama2 berpanjangan.

Camne? Best kan? Ok tu je cerita arini.. ;)

Wednesday, February 6, 2013

Pot Pet Arini

Penatnya seminggu dua ni. Seboleh mungkin Mama taknak merungut. Sebab semua ini ujian, dugaan, amanah dan anugerah daripada Allah buat Mama. Bukan semua orang dapat tahan dugaan sehebat ini.

Tidaklah dugaan sehebat mana, cuma rasa penat dengan kerja2 yang tak pernah berpenghujung. Kerja di rumah dan kerja di sekolah. Memang la takkan habis. Nak tunggu habis, tunggu mati jela kan. ;)

Minggu lepas kena gi taklimat. Penat terkejar2 sebab taklimat mula jam 2.00 petang. Mana la sempat nak ambik anak, balik rumah ambik keperluan, hantar anak2 rumah Tok Abah mintak tolong Achik Anna jaga, mandi, solat, berkejar ke tempat taklimat. Sume tu berlaku dalam masa sejam je. Sempat ke? Maka tiba lewat la sikit di tempat taklimat. Dah la Zohor masuk lambat. Tak sensitif langsung penganjur ni..

Belum masuk ada program sekolah ari Selasa petang. Pun sama terkejar2. Ada plan nak hantar anak2 mintak Achik Anna jaga juga tapi bila fikir punya fikir, congak punya congak memang tak sempat nak sampai on time maka angkut jela dua2 anak teruna tu. Last2 kena duk mengawal anak2 jela kerja Mama..

Selalunya camtu la, bila minggu ni sibuk, fikir2 dan berharap2 agar minggu depan takde la sibuk sangat. Takde maknanya! Makin sibuk ada la. 

Semalam sepatutnya orang lain gi meeting, mama terpaksa gantikan sebab dia ada masalah peribadi. Tak plan dari awal maka Mama memang tak siapkan beg baju anak2. Maka berkejar2 la Mama dari sekolah - balik rumah ambik abang yang tak sekolah sebab batuk - ambik adik - hantar rumah Tok Abah - mandi - solat - terus keluar balik. 

Sampai tempat meeting jam 2.10 pm. Meeting sepatutnya jam 2.00 pm. Sekali lagi tah pape punya timing. Kelam kabut macam nak naik bot dibuatnya. Tapi last2 sekali tuan rumah bagitau dorang nak buat jam 3.00 pm tapi PPD yang wat surat jam 2.00 pm. pfff...sabo jela..

Tu cerita semalam. Arini lebih huru hara lagi ke sana ke sini Mama ni ha. Tu pun kensel gi pejabat pos, kalau tak tambah lagi 1 agenda. Dari sekolah singgah nak amik adik tapi panggil2 pengasuhnya tak nyahut2 pastu Mama balik rumah ambik baju dulu, ambik abang kemudian gi ambik adik semula. Rupanya pengasuhnya solat tadi.

Pastu hanta anak2 rumah Tok Abah, Mama mandi, dah solat siap2 di sekolah tadi, terus keluar balik ada 1Murid 1Sukan. Tadi terpaksa balik lewat sket sebab ada kerja perlu diselesaikan. Masa sekolah rasa padat gila dengan kerja. Meja kerja pun selerak dengan kerja2 yang belum selesai. Dalam masa yang sama kerja hakiki iaitu mengajo bebudak perlu diutamakan. Nak buat bahan bantu mengajar pun kena selit2 masa. pfff...

Bukan mengeluh. Sekadar coretan luahan isi hati. Bila dah luah rasa ringan sikit kepala ni. Ini tanggungjawab Mama. Sendiri yang pilih kerjaya ni kan. Kalau tanak terima cabaran dan dugaan, awal2 lagi jangan pilih jalan ni. Duk je rumah layan anak2. hihi.

Ok, tu je nak pot pet untuk arini...


 

REZEKI Allah


Alhamdulillah.. akhirnya hajat kesampaian. Lama Mama simpan hasrat mendapatkan ia akhirnya termakbul juga...
Special thanks to Ayah sebab mengizinkan Mama memilikinya..
Akan Mama jaga ia sebaik-baiknya..
;)


Thursday, January 17, 2013

Nasik ARAB

Orang lain dah lama merasa. Kami baru hegeh2 nak mencuba. hihi. Baru2 ni saja jalan2 ke Ipoh. Nak gi Mydin kononnya. Nak beli barang sikit sambil jalan2.

Ayah cakap area Mydin tu ada kedai nasik arab. Cari punya cari jumpa la jugak akhirnya. Takde la susah mana pun nak cari.

Restoran tu memang restoran makanan arab tapi taukenya melayu. Ni kira kali pertama la ni nak merasa makanan arab. Dan sudah ada kali keduanya. hihi. Tapi bukan kat restoran yang sama la. Yang kali kedua tu memang arab pure punya restoran. Arab Yaman.


Sampai hari ni bila tanya nak makan apa, Iman akan jawab nasik arab. amboi! hihi. Tapi sebab jauh kan, so save la bajet. huhu. Taklah, bukan sebab duit ke apa tapi sebab jauh dan memerlukan satu masa yang khas pulak kalo nak pergi.


Dah lupa apa nama nasik kami order ni. Yang Mama tau nasik mandi je. Sebab pernah tengok dalam tv rancangan Hidangan Barakah Chef Ammar tu masak nasik mandi. Masa tengok tu pun macam sedap je kan.

Tapi masa kami ke restoran melayu tu takde la pulak nasik tu. Pastu kami order yang lain. Apa tah namanya. Sangat lupa. hihi. Nanti kalu ingat Mama update.

Restoran melayu tu Mama rasa memang la sedap. Tapi macam takde kelainan sangat dengan nasik kenduri. hihi. Mama rasa macam makan kat rumah kenduri je. Tapi sebab lapo kan maka habis licin la.

Anak2 pun seronok makan. Tapi huru hara jangan cakap la ye. Kami pilih meja yang boleh duduk bersila, maka anak2 sangat seronok main panjat2 meja jepun yang comel itu.

Kali kedua tu Mama pergi berdua saja dengan Ayah. aww, romantik kot. haha. Takde maknanya. Kebetulan anak2 di rumah Tok Abah, Mama mesyuarat di sekolah (sekolah blom bukak lagi masa tu), Ayah nak gi kerja pastu nak makan. Masuk ofis kejap terus lajak ke restoran arab pure punya.

Memang sedap la kan. Ayah puji tak habis2. Ayah mesti la dengan kambing je tak sudah2. hihi. Mama tak lalu kambing maka order kebab ayam makan dengan nasik mandi.

Akhirnya merasa jugak nasik mandi. Memang A sangat kot. Nasik dia lembut je. Ayah suh try kambing dia tapi so sorry sebab memang takleh masuk kot daging kambing. Rasa camne tah.

Nanti nak gi lagi dengan anak2. Tapi perlu mengumpul kekuatan dulu kot menghadapi huru hara yang bakal berlaku. hihihi..

Saturday, January 12, 2013

Ada Apa Dengan DURIAN Crepe?

Taktau sebutannya camne. CREPE tu sebut macam krep ke krip tah. Tak kisah la camne sebutannya yang penting camne rasanya.

Tiba2 macam kalut sangat kat fb dok cite pasal durian crepe ni kan. Sedap sangat ke tah. Macam Mama ni takde la sampai teringin nak try ke apa. Sebab Mama memang makan durian, dan memang hantu durian pun masa kecik2 dulu, tapi kalau durian tu dibuat eskrem ke apa ke Mama kurang sikit la.

Kalau kuah durian ok lagi. Sebab tu takde rasa teringin durian crepe ni. Tapi aritu tiba2 Ayah bawak balik. 2 pek pulak tu. Mula2 rasa macam nak muntah pun ada sebab krim dia tu macam penuh dalam mulut.


Tapi tah camne try 2,3 kali rasa sedap pulak. Sampai mintak Ayah order lagi. huhu. Sedap pulak rasanya. Ni duk cerita pun rasa terliur je. Untuk kudap2 boleh la. Kalau nak makan banyak2 sekaligus tu mungkin muak jugak.

Sape tak penah try, try la.. Mungkin memenuhi selera anda.. ;)

 

Tuesday, January 1, 2013

Coretan 2012 : Diri, Kerjaya & Keluarga

Tirai 2012 sudah pun melabuhkan tirainya dengan 1001 suka duka palitan memori. Bersama2nya tersingkap pula tabir 2013 yang bakal membawa 1001 kenangan juga nantinya, insya-Allah andai dipanjangkan usia.

Menyusuri kembali perjalanan 2012 ini, bagi diri Mama sendiri tersimpan pelbagai memori. Ada pahit, ada manis. Yang pastinya, yang pahit itu dijadikan tauladan dan sempadan, yang manis itu dijadikan ingatan dan kenangan.

Mula2 nak sentuh tentang kesihatan diri. Sebab tahun 2012 ni banyak menyaksikan kesihatan Mama yang tidak memuaskan. Antaranya sakit telinga (2 kali pulak tu), sakit peha sampai takleh jalan, sakit pergelangan kaki juga sampai takleh jalan. 

Demam takde, cuma sakit2 pelik yang tak penah kena tu, kena pada tahun 2012 ni. Sampai mc 3 hari pun ada. Banyak sungguh cabaran semasa perjalanan penyusuan Bunyamin ni. Masa Abang Iman dulu alhamdulillah Mama tak pernah sakit.

Tapi masa tu Mama rasa lagi berat kot ujian dan dugaan yang melanda. Sekarang ni walau diuji dengan kesakitan, alhamdulillah tak terasa berat sangat kerana ramai yang membantu terutamanya suami tersayang. Syukur juga kerana anak2 pun sangat memahami bila Mama sakit. Boleh main sendiri dan tak merap.

Dari segi kerjaya, alhamdulillah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Mungkin ada sedikit kekurangan macam tak dapat selesaikan tugasan on time, tak punctual dari segi masa, terlupa dan lain2 tapi Mama puas hati jugak la dengan pencapaian tahun ni.

Azam asal tu nak datang kerja awal. Awal2 tu memang boleh datang awal, tapi dah makin hujung tahun, kerja makin bertimbun maka badan mula kepenatan dan selalu jugak terlajak tidur. hihi. Berazam juga taknak habiskan cuti rehat tapi terpaksa sebab kes sakit kaki sampai takleh bangun aritu.

Bercerita pasal keluarga pulak, alhamdulillah adik Mama dah selamat jadi isteri orang. Persiapan kenduri selama setahun sebelum sudah berakhir. Boleh la berehat memikirkan perihal kenduri dah. 

2012, kami masih tinggal di rumah yang sama, tempat kerja yang sama. Anak2 pun hantar ke taska dan pengasuh yang sama. Cuma insya-Allah 2013 ni berhasrat nak beli rumah sendiri. Rumah murah2 saja, insya-Allah moga2 dimudahkan urusan. Abang pun akan dihantar ke tadika. Baju pun dah beli dan dah siap iron nak pakai esok, hari pertamanya di tadika. Tadika pun dekat je dengan rumah. Balik tadika transit kejap kat rumah Nenek.

Arini juga adalah hari terakhir Mama bercuti panjang. Esok bermulalah kembali perjuangan sebagai wanita bekerjaya. Tamatlah sudah episod unofficially fulltime housewife Mama.

Banyak perancangan masa cuti aritu sudah dilaksanakan. Ada juga yang tak sempat nak buat tapi Mama tetap puas hati dapat luangkan masa dengan anak2 teruna dan suami tersayang. 

Segala persiapan untuk hari pertama esok sudah ready. Tadi dah baring nak tidur tapi mata susah nak lelap memikirkan macam2. Fizikal dan mental kena ready dan biasakan balik dengan rutin bekerja. Kan cuti lama, maka kena fikir banyak2 kali apa kena bawak esok.

Sedih juga sebab tak dapat nak hantar Abang daftar tadika esok. Nak buat camne, esok hari pertama Mama kerja juga maka susah la sikit nak datang lewat. Macam2 Mama pesan kat Abang, terutamanya bila dia nak buang air sebab kan baru je 2 bulan diaperless. Dalam beg Abang ada Mama ready sepersalinan t shirt dan seluar track serta pampers takut2 apa2 berlaku, nak mudahkan cikgunya.

Kalau nak coret semuanya, tak muat ruang kot. Ni kira apa yang Mama terlintas sajalah ye. Secara keseluruhannya, alhamdulillah 2012 banyak membawa kenangan manis. Moga 2013 menjanjikan yang lebih manis lagi.. ;)

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥