♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Gelagat Iman. Show all posts
Showing posts with label Gelagat Iman. Show all posts

Friday, December 23, 2011

Si Abang Kesayangan Mama

Dah lama tak bercerita perihal si abang. Abang dah besar. Tahun depan masuk 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Segalanya tentang abang masih segar di ingatan Mama.

Mengandungkannya, menyusukannya, melayan kerenahnya... Abang dah semakin petah berbicara. Seronok bersembang dengannya. Macam sembang dengan orang tua. Kadang2 ada perkataan2 yang digunakan buat Mama kagum sebab abang pandai menyusun ayat seperti orang dewasa.

Namun abang tetap abang. Minatnya masih sama terhadap jentera2 berenjin (yang dipanggilnya BAJAK), lori dan kren. Pernah sekali abang ikut Opah pengasuhnya ke klinik untuk ambil gigi palsu, sepanjang perjalanan tak henti2 mulut abang bercakap tentang lori tanah, lori buang (lori yang sedang keluarkan muatannya, ala yang dia angkat belakang dia tu), bas, kereta, bajak pasti la tak lepas kan. Opah sangat kagum dengannya sebab masa tu usianya belum mencecah angka 2, adik Bunyamin pun belum lahir.

Di rumah Tok Abahnya, ada mesin pembancuh simen. Itulah bajak kegemarannya. Jika ada pembinaan di mana2, pasti abang akan cakap "macam bajak Tok Abah la" bila melihat mesin pembancuh simen. Pastu abang akan tanya "kren tu angkat apa, nak buat apa, lori tu buang apa, bajak tu bawak apa". Macam2 soalan yang kadang2 jenuh nak menjawabnya.




Bila Tok Abah mulakan operasi menyimen, paling suka adalah abang. Awal2 lagi dah pakai 'baju kerja'nya. Mula2 pakai baju kerja, eksaited sungguh. Berkali2 tayang pada Mama sambil cakap "ni baju kerja abang" sambil tepuk2 dada. Bangga sungguh sebab diberi 'kepercayaan' membantu Tok Abah.


Biasalah kanak2, lagi dilarang lagilah nak dibuatnya. Nak senang, layankan jela. Lama2 dia akan berhenti sendiri sebab jemu. Mungkin dalam fikirannya, "ala, apsal macam tak best je takde orang nak larang ni". hihi.

Tok Abah, Tok Mama dan Achik Ana rajin melayannya. Diberi peralatan berkaitan, mencangkunglah si abang buat 'kerja'. Lama2 dah jemu mula la nak sepah2kan simen tu. Bila abang dah jemu, abang dengan sendirinya akan rela hati dibawa mandi dan bersiap cantik2 dan bersih2. 


Biasanya lepas mandi abang akan mengantuk sebab letih 'bekerja keras' kan. Masih juga ada hati nak 'tengok aje' katanya. Lama2 dah penat, minta susu dan tidur. 

Kisah ini bukanlah untuk sehari saja. Banyak kali juga abang jadi pekerja cemerlang Tok Abah. Lama juga Mama nak buat entri tentang ini namun biasalah... ;)


Abang anak yang baik. Juga abang yang penyayang. Walau semua orang cakap abang buas, abang nakal, tapi Mama percaya abang aktif sebab abang bijak. Abang nak meneroka segala2nya. Sebab tu abang suka buat sesuatu yang abang tak tau sebenarnya ia membahayakan dirimu sayang.

Abang, Mama sayang sangat dengan abang. Bila Mama marah abang, itu tandanya Mama sayang abang. Mama tak mahu abang cedera, Mama tak mahu abang jatuh, Mama tak mahu abang terluka. Tapi abang masih kecil dan mungkin tak memahami erti kasih sayang Mama ini lalu abang tetap buat juga walau Mama larang.

Walau apa pun abang, Mama tetap sayang abang berjuta juta juta juta kali. Abang anak Mama, abang buah hati Mama, abang racun juga penawar Mama. Membesarlah menjadi anak soleh, insan berguna jua hambaNya yang taat ye abang..

Macam yang selalu Mama cakapkan pada abang, "abang DOKTOR kan?"... Doktor tentulah lebih bijak daripada orang biasa. Mama nak abang jadi doktor Mama ye sayang...

Wednesday, October 5, 2011

Beli Kereta Baru

Sabtu lalu, Abang Iman tak lekat di rumah. Pakcik2nya bawa ke rumah Nenek. Bawa jalan2 Tesco, makan kenduri dan main2 sakan di rumah Nenek. Juga tak lupa asyik2 makan sebab seronok ramai yang melayan.


Sempat Mama pesan kat Achik Adam Iman tolong belikan Mama mouse sebab yang sedia ada dah mula nak mengundurkan diri walaupun rasanya masih baru digunakan. Mama pesan beli yang murah dan tak kisah macamana pun rupanya.


Malam itu Mama, Ayah dan Bunyamin ke rumah Nenek menjemput Abang balik. Achik Adam bagi kat Mama mouse yang dibeli siang tadi. Mama tengok.. oloh, kiutnye.. 



Tapi dalam hati ada prejudis sikit mengenangkan jangka hayat mouse itu. Yela, tengok la designnya macamana. Bentuk kereta ok. Pasti ada 'peminat'nya dan tentu dah dapat agak siapa peminat itu kan. hihi.

Namun begitu setakat hari ini alhamdulillah Abang 'menerima' dengan baik kehadiran mouse kereta ini. Diterangkan kepadanya bahawa benda ini bukan mainan. Kalo Abang main nanti camne nak tengok bajak, keretapi, lori sampah, upin ipin dalam komputer lagi. Abang good boy dan Abang faham lalu Abang buat tak reti je kat mouse kereta ni.

Mama lega.. ;)

Sunday, October 2, 2011

Breastfeed Baby Will Breastfeed

Buat pertama kalinya sejak dapat Adik, Abang buat sesuatu yang buat Mama terharu dan hampir menitiskan airmata. Mungkin bagi sesetengah orang ianya perkara remeh, tapi bagi Mama besar maknanya. 

Situasinya camni. Sedang bergolek2 bersama anak2 malam itu, tiba2 Abang selak baju nak bagi Adik nenen. Beria2 Abang suakan nenen kat Adik. Yang si Adik pun beria2 jugak nak nenen. Hihi.

Abang nak bagi nenen Adik
so sweet...

Memang kelakar habis Mama rasa. Dan Mama juga rasa ianya sangat comel. Abang nak susukan Adik. Mesti Abang teringin sangat nak buat macam Mama selalu buat kat Adik; nenenkan Adik. Sebab tu tiba2 je Abang selak baju nak bagi nenen.


Itulah kan, anak2 ni belajar daripada perlakuan ibu bapanya. Sebab tulah sebagai ibu bapa kita kena berkelakuan baik sentiasa. Nak gaduh pun jangan gaduh depan anak2 kan. Tapi Mama ni adakalanya terlajak juga terbegaduh depan Abang. hihi. Kena ubah sikap ni.


Mama sangat terharu dan sedikit terkejut dengan perlakuan Abang tu. Tak sangka selama ni Abang memerhati apa yang Mama buat dan pandai pulak meniru. Terselit rasa bangga di situ sebab secara tak langsung Mama dah terapkan dalam diri Abang kebaikan dan kepentingan susu ibu.


Walaupun mungkin Abang masih kecil, tapi itu adalah permulaan yang baik sebagai bekalan untuk dirinya bila besar nanti. Betullah bila ada yang menyatakan :


"breastfeed baby will breastfeed"


Tapi satu jela pesanan Mama bila nampak Abang selak baju camtu, Mama cakap, "Abang tu boy, nanti bila Abang dah besar biar isteri Abang yang nenen baby ye.."


Dalam diam ku bersyukur...

Saturday, August 20, 2011

Anak-Anak

Malam pertama di rumah selepas habis sesi berpantang di rumah Tok Mama.
Sudah ada 2 buai di rumah... ;)




Saturday, August 13, 2011

Kasih Seorang Abang


Kasih seorang Abang yang berusia 2 tahun 2 bulan kepada Adiknya yang berusia sebulan lebih... ;)

Wednesday, July 20, 2011

Check Up Sama-Sama

Isnin lalu Iman Bukhari & Iman Bunyamin ada check up di Klinik Pakar Peadiatrik Hospital Taiping. Abang dengan check up ASDnya manakala Adik dengan follow up jaundisnya. Sebenarnya appointment Abang adalah Khamis minggu lalu namun Mama minta sekalikan dengan Adik untuk memudahkan urusan cuti Ayah.

Hari itu kami berempat serba biru. Rasanya inilah kali pertama kami sekeluarga keluar berempat sahaja tanpa ditemani ahli keluarga yang lain. 

Masa kami sampai memang ramai yang sedang menunggu giliran jumpa doktor. Dah memang dapat agak sebab biasanya pun begitu. Sebelum ni Mama pernah buat entri follow up Iman, sekarang ni follow up Iman & Bunyamin pula.

orang sangat ramai
belum campur yang di luar dan di sebelah sana lagi

Mata memang sangat mengantuk. Malam tadi Mama kurang tidur ke apa Mama pun tak pasti. Biasa la bila dah ada anak kecil, istilah 'cukup tidur' tu memang dah hilang dalam kamus hidup sementara nak tunggu anak besar sedikit. Giliran pula lambat lagi.

Iman dah mula tak sabar menanti. Aktif ke sana sini. Mula2 Ayah layan, lama2 Ayah yang keletihan menguruskan kenduri Pak Long serah pada Mama pula. Mama bagi buku kenderaan pada Iman. Iman memang suka buku tu. Mama sengaja bawa sebab dah agak tentu lama menanti giliran.

muka mengantuk Abang dan muka terbaru Mama ;)

Abang sedang baca buku kesayangan Abang

Sementara Mama melayan Iman, toleh ke kanan tengok2 Ayah dah terlena dengan Adik di ribaan. Mama risau tengok kedudukan Adik. Macam nak tergolek jatuh tapi Ayah cakap Ayah jaga Adik tak bagi jatuh. Alhamdulillah takde apa2 kejadian buruk berlaku. Bukan apa, Ayah kan kepenatan. Risau juga tak sedar Adik tergolek ke apa nanti.


Ayah dan Adik yang lena

Akhirnya setelah lama menanti sampai juga giliran kami. Doktor cuma memantau perkembangan Iman. Manakala si Adik kena ambil darah lagi hari ini sebab bacaan untuk hati agak tinggi daripada normal. Ya Allah, janganlah ada apa2 pada hati Adik.

Selesai semua, kami pulang ke rumah. Sebelah petang datang semula tanpa Abang untuk ambil darah Adik. Abang dijaga oleh Tok Abah dan Tok Mama. Kesian betul Mama terpaksa tengok doktor cucuk tangan comel Adik untuk kesekian kalinya. Doa Mama biarlah ini yang terakhir kalinya tangan montel Adik disakiti. Dah tak sanggup Mama melihat Adik menangis kesakitan.

Minggu depan ada temujanji sekali lagi untuk review keputusan darah itu. Moga segalanya normal. Amin.. Amin.. Ya rabbal a'lamin..


Thursday, July 7, 2011

Anak Siber

Hobi Abang Iman adalah tengok bajak, lori, keretapi kat laptop. Pantang la Mama nak mengadap laptop kejap, mesti Abang Iman duduk atas riba Mama mintak nak tengok feveret2 dia tu.

Biasanya bila Abang Iman dah mintak2 camtu, Mama tau dah memang takleh teruskan apa2 kerja dah kat laptop. Kena 'serahkan' laptop tu kat Abang Iman la. Ops.. dah tentu la dengan pemantauan Mama atau Ayah kan.

Bebudak zaman sekarang dah makin bijak. Hanya dengan memerhati atau mendengar saja, mereka dah boleh aplikasi. Mungkin Abang Iman selalu tengok Mama atau Ayah mengadap laptop, lama2 dia pun nak mengadap laptop jugak. Pastu tangannya pandai pulak main2 cursor dan keyboard tu. Cumelll je tengok jari Abang Iman.. ;)

Abang Iman yang khusyuk mengadap laptop




Wednesday, July 6, 2011

Iman Bukhari & Aisyah Aqilah

Malam Sabtu lepas sepupu Iman, Kak Aisyah balik rumah Tok Abah. Saja2 balik kampung bercuti. Lama dah diorang tak balik. Kak Aisyah ni pun adalah anak susuan Mama... ;)

Hari ini Kak Aisyah dah nak balik Melaka. Pagi tadi sempat la dua beradik ni main motor sama2. Kalau tak asyiklah bergaduh saja. Mana taknya, Kak Aisyah manja, Iman pulak suka menyakat. Memang dah kena la sangat kan.

Nanti taktau bila pulak nak riuh rendah camni lagi. Bingit telinga, bising jugak dengan suara2 terjerit sana sini melarang itu dan ini, tapi itulah kemanisannya dalam keluarga kan. 

Pasti dirindui.

gelagat dua beradik main sama2
Ahmad Iman Bukhari & Aisyah Aqilah

ops.. sila abaikan tilam bantal orang dalam pantang itu ye ;)



hero Malaya bawak aweks ;)


Tuesday, July 5, 2011

Check Up Terakhir

Ok, sebelum berlarutan dengan post2 terbaru, baiklah Mama publish draft yang dah terperuk lama ni ye. Bukan sebab apa yang boleh terpekasamkan entri ni, sebabnya adalah Mama masuk wad terrrrrrlalu lama daripada sebelum bersalin sampai dah bersalin dan disambung pulak dengan macam2 hal lagi berkaitan Adik Bunyamin.

Blog pun dah terbiar lama tak update2. Update pun adalah dengan berita2 penting saja ye. Hehe.. Oleh sebab Mama nak post banyak entri baru berkaitan Adik Bunyamin, breastfeeding journey, gelagat Abang Iman bersama adiknya dan macam2 lagi perkara baru dalam hidup Mama setelah bergelar 'Mama dengan 2 hero' ni kan, so haruslah dipublish siap2 entri lama ini.

Ini adalah check up mengandung Mama yang terakhir sebelum bersalin. Masa ni mesti la Mama tak tau bahawasanya ini adalah check up terakhir kan. Masa ni dah start cuti sekolah, so Mama pergi bersama Iman dan Achik Ana. Sementelahan Achik Ana cuti sem kan, so kita gunakanlah kederat dia habis-habisan kan. Jangan mere.. Hehe..

Masa Mama tunggu turn jumpa nurse, Achik Ana la yang layan Iman. Main la, jalan2 la, nak susu la. Macam2 kerenah Iman.

anak Mama yang ensem

Pas selesai check up, ingat nak balik rumah terus sebab pertu dah kruk krek kelaparan. Tapi Achik Ana anak ke Tesco sebab nak daftar pemilih di Pejabat Pos kat Tesco tu kan. Mama ok je, tapi haruslah mencari makan dulu sebelum buat apa2 urusan disebabkan kelaparan dah tahap maksima.

Mula fikir2 nak makan di Kenny Roger's memandangkan Mama memang sukeeee dengan KR kan. Tapi memikirkan nak menapak ke Taiping Sentral (walaupun sebelah Tesco je kan) dengan keadaan perut yang kelaparan dan tangan dah terketar2 menahan lapar kan, tidaklah ku sanggup.

So, ke KFC jela kita ye. Mama punya lapar tahap gaban sampai dah tak boleh berdiri dah. Masuk2 je KFC terus melilau cari port best2 (kat hujung restoran), terus duduk dan tunggu saja Achik Ana bawa rejeki untuk dimakan bersama Iman... ;)

sementara tunggu Achik Ana sempat jugak posing dulu


Pas perut kenyang, alhamdulillah... Baru la dapat berfikir dengan waras dan meneruskan aktiviti lain. Haha.. Pastu singgah Tesco jap beli pampers Iman memandangkan Iman ber_ _ dan pampers tinggal dalam kereta dan Mama malas nak menapak ke kereta ambik pampers semata2. Haha.. Lagipun memang pampers Iman kat rumah pun dah nak habis.

Sementara tunggu Achik Ana daftar pemilih, Mama dan Iman tunggu di luar. Iman main mainan yang ada di situ. Ala, mainan jenis bila masuk duit dia gerak2. Tapi Iman ni penakut main benda alah tu bila dia bergerak. Biasanya dia hanya akan naik saja tanpa bergerak. Kalau nak bagi dia turun, acah2 je nak masukkan duit, serta merta Iman akan turun. Kadang2 melompat terus atas dukung. Senang cerita.. Hehe..

nak main tapi takuit.. ;)

Pas dah basuh ber_ _ Iman, kami pun gerak balik rumah. Oleh kerana baju Iman dah bau asyem, dan baju spare adalah di dalam kereta, so terpaksa la Iman 'seksi' sementara nak sampai kereta. Dalam kereta baru pakai baju lain... ;)

aktiviti basuh membasuh ;)


Iman 'seksi'



Thursday, June 2, 2011

Chef Iman Part 2

Anak teruna Mama sorang ni memang sangat suka menemani Mama memasak. Walaupun adakalanya hanya goreng kentang saja, tetap nak tengok.

Biasanya bila Mama di dapur, sibuklah Iman nak tutum (dukung) sebab nak tengok apa yang Mama masak. Pastu mulut pot pet bertanya Mama masak apa, api panas dan macam2 lagi. Api panas tu tau sebut aje tapi taktau panas tu camne. Asyik nak pegang aje.


kejap aje nak berdiri atas kerusi
dah nak turun dah

Mama adalah sangat risau bila nak memasak sebab Iman suka berada hampir dengan kuali atau periuk panas. Dia berani walau bahang panas tu konpem terasa la kat mukanya kan. Mungkin Mama kena buat sesuatu seperti meninggikan dapur supaya Iman tak dapat capai apa2 yang berada di atas dapur.

Buat masa ni memang Iman tak pernah capai lagi tapi Mama risau sebab memang tangannya sampai. Pastu Iman suka tiup api dapur. Aduhai..bila la nak siap memasak dengan kerenah anak terunaku itu ya.. Kerja setengah jam boleh jadi sejam atau lebih.

Iman ni pulak bila Mama letak kerusi suruh berdiri dan tengok saja Mama masak, dia taknak. Nak Mama tutum jugak. Dah la dengan perut beso ni, sebelah tangan dukung anak 2 tahun, sebelah lagi memasak. Wah, kalah chef profesional la camni. Haha.. Pastu pulak bila dah Mama letak kerusi jauh2 sikit daripada api, Iman turun pastu tolak kerusi tu rapaaaaat sangat dengan kuali panas tu. Last2 Mama dukung jugak la...

Mama ingat lagi dulu2 masa Iman kecil2, pun lebih kurang camni dan mungkin teruk lagi sebab Iman taknak ditinggalkan sendirian. Jenuh la Mama memasak sambil dukung Iman. Sampai ke tahap buat kain batik jadi sling baby tu. Haha.. Macam amah indon ke rupanya dah. Tapi rasanya Mama tak pernah cerita dengan Ayah dan Ayah tak pernah tau pun Mama kerap memasak dengan mendukung Iman sebelah tangan.

Takpe la masa tu Iman tak la seberat sekarang. 12kg tu. Mungkin lebih lagi. Sekarang ni bila dukung Iman sama macam bawa 2 orang budak tecit. Mana nak larat dukung dua2 sekali. Haha..

Itulah Iman buah hati Mama. Nanti besar Iman tolong Mama masak ye. Atau mungkin Iman boleh tolong jaga adik sebab dah ada kawan. Sekarang ni mungkin Iman takde kawan nak main sebab tu mana2 Mama pergi asyik nak membontot aje... ;)


Saturday, May 21, 2011

Ahmad Iman.... Koyie

Saja nak update cerita anak teruna Mama. Dah pandai sebut nama sendiri. Kalau Mama sebut 'Ahmad Iman....' Iman akan sambung 'Koyie...'

Yela, Iman tak pandai la nak sebut Bukhari tu kan. Tapi dia tau la nama dia dan menyebutnya on his own way yang Mama faham. Mulut memang pot pet. Sebijik macam Mama dia la.. ;)

Koyie Mama...


Monday, May 16, 2011

Iman Kreatif ;)

Sila tengok gambar yang pertama ini. Ini adalah kerusi meow Iman Bukhari.



Dan sila tengok pula gambar seterusnya ini. Ini juga adalah kerusi yang sama tapi err.. err.. apsal nampak lain macam je kerusi ni ek...



Kelihatan tempat duduknya senget kan. Tak betul2 melekat antara kedua-duanya.



Jom tengok dari tepi pulak. Kelihatan kakinya senget benget kan. 
  

Dari sudut pandangan lain lebih jelas kelihatan kaki kerusi ini adalah senget dan tempat duduknya adalah tak melekat antara keduanya.

Inilah hasil kreativiti Iman. 

Satu hari, Iman senyap je kat dapur. Mama pulak sibuk buat kerja rumah dan tak perasan apa yang Iman buat. Bila Mama pergi dapur, Mama tengok kerusi ni dah camni gayanya. 

Mama tanya Ayah siapa yang buat. Takkanlah Iman pandai buat camni kan. Ayah cakap Iman la yang buat.

Laa... yeke.. Kreatifnya Iman. Dia boleh bagi kerusi tu tegak camtu. Hehe.. Memang kelakar tapi kreatif kan. Terus Mama snap gambar untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan bila Iman dah dewasa kelak... ;)

Sekarang Mama dah letak kerusi ni kat atas almari tinggi2 tak bagi Iman main dah. Bukan sebab apa, Iman suka hempas kerusi ni ke lantai bagi bercerai semua part kerusi ni.

Pastu dia seronok dan biarkan bahagian2 kerusi ni berterabur merata2. Kesian betul Mama tengok kerusi meow Iman jadi cacat camtu. Baik Mama simpan untuk adik2 Iman pulak. Atau mungkin boleh digunakan semula bila Iman dah besar sikit dan dah faham erti sayangkan barang2 kan... ;)



Iman Demam Part 2

Ini adalah entri saja2 nak tempek gambar Iman demam baru2 ini. Sekarang Iman dah besar, nak jadi abang dah.. Mama lekatkan cool fever pun Iman tak cabut buang dah. 

Kalau dulu masa Iman kecik2 memang pantang la ada mendalah ni kat dahi mula la nak tarik buang... ;)

kesian anak Mama demam

Pastu sekarang kan vocab dah banyak. Mulutnya sangatlah pot petnya. Ni 100% ikut Mama ni... ;) Kalau ikut Ayah memang susah la nak dengar suara. Pandai pulak cakap "abang demam ni.."

Cute je dengar si kecil Iman yang berusia 1 tahun 11 bulan ni berbicara macam orang dewasa.. ;)


Monday, May 9, 2011

Iman Demam

Hari ini Mama cuti. Iman demam. Malam tadi panas betul badannya. Ayah takde, keluar gi ngaji. Masa Ayah keluar tuh Iman baru tidur dan badannya taklah panas sangat.


Mama check suhu 37.7. Okla jugak walaupun dah kira tinggi. Standard la Iman kalau demam gitu jela suhunya. Mama jelum dengan ais. Mama nak jelum kepalanya saja tapi disebabkan Iman dah bangun duduk (tak selesa la sebab sejuk kot), terpaksa la lap2 badan sekali.


Tak lama, kejap je sebab Iman dah menggeletar kesejukan. Tak sampai 10 minit pun. Pastu Mama tukarkan pampers, bagi susu yang dicampur dengan performance drink Shaklee (untuk recover tenaga Iman yang hilang sebab kepanasan badannya), tidurkan dalam buaian.


Walaupun Iman dah tidur, tapi Iman tak selesa. Meracau2 sebut nama Tok Abah la, Nenek la, nak minum la.. Bila Mama tengok matanya tertutup dan tak lama pastu tidur semula.


Sampai la jam 1.00 pagi Iman tiba2 menangis kuat. Mama angkat Iman daripada buaian dan cuba pujuk2 Iman. Kalau dulu masa Iman masih menyusu badan, nenen jela ubatnya pun. Bila merengek2 sua ke nenen mesti Iman akan tertidur sampai pagi.


Mama check suhunya dah naik ke 38.1. Uih.. tinggi tu. Iman tak pernah mencecah 38 pun sebenarnya kalo demam. Mama terus kol Ayah suruh balik sebab Iman duk merengek2 nak Ayah.


Tak lama Ayah pun sampai. Iman tiba2 je ok dan elok je main2 dengan Ayahnya. Ayah la yang melayan Iman sampai kul berapa pun Mama taktau sebab Mama dah tak larat dah. Dengan pinggang dah mula sakit (tadi dukung Iman masa dia menangis2 tu), mata dah ngantuk.. Mama tertidur dalam bilik sementara Iman dan Ayah tengok tv di luar.


Akhirnya Iman tidur juga dalam buaian didodoi Ayahnya. Tapi sama macam awal2 tadi, tak selesa dan sesekali merengek. Ayah la yang tunggu tepi buai Iman dodoikan dia semula bila dia merengek.


Pagi ni Mama rasa kepala Iman masih panas. Mama buat keputusan ambik cuti sebab nak bawa Iman ke klinik pagi ni. Moga Iman cepat2 sihat ye sayang... 

Saturday, May 7, 2011

Nyaris2 Jadi Tragedi

Hari tu Mama bawa Tok Mama beli kain tambahan untuk pembalut buku kain beliau. Nak tempah klik SINI. Kami bertiga, dengan Iman sekali.

Gi la nagoya. Tau kan? Rasanya seluruh negara ada kot nagoya ni. Nak beli kain cotton corak2 baru dan juga corak2 sedia ada yang customer request.

Tu la payahnya bawa si Iman ni. Bukannya apa, dia eksaited lebih. Lari sana, lari sini. Dengan perut macam Mama ni, agak sukar nak mengejarnya di celah2 kain tu. Tak sangka hari ini akan berlaku satu peristiwa yang bisa membuatkan darah Mama dan Tok Mama berderau.

Nauzubillahi min zalik...

Iman terlepas daripada tangan Mama dan terus berlari laju menuju ke pintu. Kebetulan lak pak guard yang selalunya duduk di muka pintu tu masuk ke dalam. So pintu tu memang kosong takde sape2.

Depan pintu tu pulak jalan raya. Mama berlari mengejar Iman di celah2 kain yang banyak tu. Walaupun Mama memang tak nampak langsung kelibat Iman sebab Iman kan rendah, tapi Mama tetap berkejar ke muka pintu.

Memang sah Iman dah keluar dah dari nagoya tu. Tapi nasib baik la Iman patah balik nak masuk ke dalam. Masa Iman nak patah balik tu Mama baru je sampai ke muka pintu. Iman nak lari semula sebab Iman ingat Mama nak main dengan dia tapi sempat Mama tangkap.

Apa lagi, kena la seketam dua kat peha kan. Merah juga la peha Iman kena ketam Mama ni. Iman menangis. Mama memang marah walaupun sebenarnya kesian juga tengok Iman nangis kuat camtu.

Mama marah sebab Iman degil taknak dengar cakap Mama. Bukannya best pun dapat lepas daripada Mama. Tapi tula, Iman tak mengerti apa2. Iman ingat nak seronok saja. 

minum susu atas timbunan kain

Iman sebenarnya dah mengantuk. Oleh kerana Mama pun dah penat berlari tadi, sampai terasa nak jatuh dah jantung ni tadi, dengan bawak adik dalam perut lagi... Mama angkat Iman atas timbunan kain dan offer susu yang dah siap2 bancuh sebelum keluar tadi.

Iman minum laju. Mungkin dahaga sebab dah penat berlari2. Dapat la rehat sekejap sementara Iman nak habiskan susunya itu. Dah la air cond kan. Mama rasa Iman selesa dalam keadaan camtu.

seronoknya Iman

Sambil2 Iman minum susu, Mama gosok2 peha Iman yang Mama ketamkan tadi. Memang merah dan ada bekas Mama cubit. Tapi Mama tak menyesal sebab Mama nak didik Iman supaya dengar cakap. Kalau Mama cubit maknanya Iman tak dengar cakap Mama. Bukan mudah mendidik anak rupanya ya...

Iman babai2 kamera

Anak kecil itu seputih dan sebersih kain putih. Taktau apa2 dan tak menanggung apa2. Walau dah kena marah dan ketam tadi, dalam sekejapan Iman dah ok semula. Dah tak ingat dan tak berdendam pun dengan Mama sebab marah dia tadi. Elok je babai2 bila Mama suruh babai.

Dah siap beli2, kami pun pulang ke rumah Tok Mama. Dalam kereta Iman dah mengamuk2 nak Mama sebab mengantuk sangat agaknya. Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku hari ini... ;)


♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥