♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Celebration of 2 Years Breastfeeding Journey

11 Jun 2014 lalu Bunyamin genap 2 tahun. Alhamdulillah misi tercapai akhirnya. Misi menyusukan Bunyamin sepenuhnya dengan susu Mama. Setelah pelbagai ujian dan cabaran ditempuhi, akhirnya Mama tiba ke titik kemuncaknya.

Walaupun begitu ia masih belum berakhir. Kadang rasa nak wean off dah sebab kadang tak larat Bunyamin nak bergantung je terutama masa dia demam. Tapi fikir2 balik kesian la pulak. Tambah2 sekarang ni tiba2 je makin kuat menyusu.


Untuk meraikan 2 tahun penyusuan penuh susu Mama ni *amboi beria*, kami makan2 di Kenny's Rogers petang semalam. Kalau ikutkan plan asal, nak celebrate on the day la kan. Baru besh.. Tapi atas kekangan tertentu, takpe la pospon jela.

Gambo makanan takde. Sengaja tak ambik sebab malas. Boleh gitu? hihi..

Anak2 macam biasa, memang suka je makan kat sini. Hepi je. Bunyamin dah makan nasik di rumah Nenek, pun makan macam lapo gile je. Abang jela makan makaroni tu separuh, pastu separuh lagi adik makan. Tak habis, last2 Mama la habiskan. pfff...

Alhamdulillah, syukur ya Allah. Akhirnya berjaya jugak selesaikan misi ni. Sekarang plan untuk baby girl pulak. In shaa Allah 2014 nak tambah ahli keluarga dan mulakan misi yang sama dengan baby baru pulak.. ;)


Thursday, April 25, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin : Menyusu Ketika Demam

Banyak jugak entri Mama bercerita alkisah anak2 demam, batuk, selsema, penat. Alhamdulillah budak2 berdua sudah semakin sihat dan jarang2 demam. Mama amalkan meal shake dan omega daripada Shaklee. Alhamdulillah serasi..

Bercerita pasal demam anak2, sepanjang perjalanan menyusukan Bunyamin ni, Mama pun selalu diduga dengan kesihatan yang merudum.

Demam la, sakit telinga la, sakit kaki la. Macam2.. namun kena la hadapi ujian dan dugaan ini dengan tabah dan sabar. Baru sikit ujiannya. Takde la sampai perlu menggadai nyawa macam rakyat Palestin kan.

Kali ni bukan nak bercerita pasal anak2 demam. Nak cerita sikit pasal Mama dorang yang demam. Eh, selalu pulak Mama demam sekarang ni. Bila demam je, mula la timbul spekulasi mengatakan ada 'orang baru' la.. ada 'isi' la.. haha...

Yang pastinya buat masa ni belum ada apa2 hepi news lagi untk dikongsi. Belum ada rezeki lagi. Lagipun misi menyusukan Bunyamin sampai 2 tahun masih belum lengkap. Ada lebih kurang sebulan lebih je lagi sebelum selesai menunaikan haknya. Moga Allah permudahkan baki perjalanan yang masih bersisa ini.


Aritu sebelum cuti sekolah bulan Mac, tiba2 Mama diserang bengkak susu sampai demam menggeletar kesejukan. Suhu tinggi sangat tapi Mama rasa sejukkk sangat. Ini kali kedua Mama kena.

Plan asal tu nak cuti rehat sebab nak uruskan rumah yang 'sangat kemas' itu. Last2 terbaring je. Gi klinik doktor bagi mc 2 hari. Kensel cuti rehat.

Sakit sungguh bengkak susu ni. Berketul. Pam memang tak jalan la. Suh Bunyamin isap pun kurang berkesan sebab dia dah besar. Minum sikit je pastu kalut nak main dengan Abang. 

Maka terpaksa la telan ubat. Telan jugak kalsium Shaklee. Alhamdulillah semakin kurang kurang dan kurang. 

Boleh ke menyusu bila Mama demam?

Oh, sangatlah boleh ye.. Sebab anakanda akan membina antibodinya sendiri bila si ibu demam..

So jangan risau2 bila kita demam ye..


Breastfeeding Journey With Bunyamin : KIM

KIM.
Kumpulan Ibu Menyusukan.

Itu grup feveret Mama di facebook. Macam2 info berkaitan penyusuan susu ibu insya-Allah ada dalam grup tu. Cuma kena rajin gali dan cari jela.

Ibu2 menyusu tu silalah join grup ni ye. Tapi sebelum nak post tanya apa2, cari dulu kat file tu. Kalo takde or tak jumpa baru post soalan ye. 

Sebab nak elakkan soalan berulang. Kadang tu orang ambik kesempatan meniaga. Bukan apa, kesian ibu2 yang nak cari info pasal penyusuan ni. 

Tapi sekarang ni soalan pun kena tapis dengan admin dulu. Kalau tanya sekarang, mungkin malam atau esok baru post kita float. Bergantung pada masa lapang admin la nak baca post kita. Kalau nasib baik admin tengah online, ok la. Float terus post kita. Tu pun kalau soalan tu mematuhi etika KIM ni.

Tu sebab better cari dulu info kat file dulu ye. Eh lupa pulak.. nak join klik sini ye..

https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

Mama mula kenal KIM ni masa dalam pantang Bunyamin. Sekitar bulan Jun 2011. Sampai sekarang masih suka tengok gambar2 ebm kawan2 di sana. Tapi masa agak terhad nak tengok semua.. macam dulu hari2 bukak.. sekarang ni jarang dah bukak..




Memang KIM ada wat sticker kereta. Tapi masa tu Mama tak beli pun. Sampai la baru2 ni ada new design. Lawa pulak Mama tengok. Lalu 'terbeli' la pulak. huhu.



Murah je. Sekeping RM10. Mama beli 2 keping. Cadangnya nak hadiahkan kat Mak Njang yang insya-Allah akan join d club Oktober ni. Jarang jumpa dia sejak dia kawen. Tambah2 dah peknen lagi la jarang coz dia masih dalam fasa alahan.

RM10 sahaja


Belum tampal kat kereta lagi. Sibuk apa tah taktau la. huhu. Nanti dah tampal Mama show off.. huhu..

Kalau berminat boleh contact Kak Syim ye..

Wednesday, April 3, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 40 ~ Perjuangan Belum Selesai



Amboi.. tajuk entri macam tajuk sajak pulak.. hihi..
entri dimulai dengan gambar deep freezer Mama
yang semakin lengang..
huhu..

Anakanda Bunyamin sudah 1 tahun 10 bulan usianya
sudah semakin menghampiri kemuncak misi
amboi, misi tu.. hihi..

Deep freezer pun dah tak lama nak bertugas
hanya menunggu masa nak bagi dia berehat..
adeh sedih la pulak..

Bukan sedih sebab stok ebm yang semakin menyusut..
Mama belum putus asa lagi..
belum give up..
masih terus berusaha menyusukan anakanda Bunyamin..
insya-Allah hingga ke titisan yang terakhir..


Masih mengepam di sekolah..
walau hasilnya sudah tidak semeriah dulu..
kadang2 2 oz saja..
kadang2 3 oz..
ada masa2nya rezeki lebih dapat la 4 oz..
campur2 hasil mengepam sehari kadang2 banyak kadang2 sikit..

Masih tetap Mama syukuri
walau sikit..
walau banyak..
semuanya rezeki buat anakanda Bunyamin..

Ikut kiraan Mama..
berbaki lebih kurang 33 hari saja lagi..
oh, ini hari bekerja ye..
sebab Mama kena struggle sediakan ebm Bunyamin
masa di rumah Opah pengasuh..

33 hari tu
adalah sampai cuti pertengahan tahun ni..
bukak sekolah cuma ada sehari sahaja
sebelum Bunyamin genap 2 tahun..

eii.. tak sabar..
tak sabar..
tak sabar..
*gaya Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang, hihi*


Sunday, February 24, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin : Another 58 Work Days Left

Ye, memang dah LAMA Mama tak update pasal breastfeeding journey with my bambam Bunyamin tomey2. Eh, lama sangat kot. Memang la RINDU bangat nak cerita pasal passion Mama ni kan tapi kemalasan melanda nak snap pic.

Entri tanpa pic ibarat pohon tanpa buah. Ecewah, pepandai je tukar perumpamaan ye. Yela, Mama memang tak suka update blog tanpa pic cuma kadang2 tu rasa kena update jugak walau takde pic. huhu, paham tak?

Ok, aritu ada sedikit kerajinan, maka Mama susun semula EBM dalam deep freezer yang dah berterabur tu. Yang betulnya bukan sebab rajin pun, tapi sebab masa nak guna tu susah nak ambik ebm yang terdahulu dek kerana dah berterabur kan, maka paksa diri untuk rajin la.



Lagipun ebm yang tinggal pun dah tak banyak. Tengok la pic atas tu ha. Dah nampak dasar deep freezer dah pun kan. Harap2 cukup la hingga Jun ini ya Allah..

Setakat harini duk ada 60 keping je lagi ebm tu. Lagi 58 hari bekerja yang memerlukan ebm sebagai bekalan di rumah Opah. Oh, kalau ikutkan ebm yang tinggal, kena bekalkan sekeping jela sehari, means 3 oz sehari. Cukup ke?

Bunyamin minum 6 oz sepanjang Mama bekerja dari jam 7.30 pagi sampai 2.00 petang. Kadang2 lebih. Kalau Mama kena mesyuarat ke kursus, Mama bekalkan 9 oz. Kadang2 tak cukup tapi sebab Bunyamin dah besar, maka Opah beri dia minum dan makan dulu sementara tunggu Mama.

si kecil yang sentiasa omey di mata Mama

Mama yakin insya-Allah mencukupi. Sekarang ni memang malas betul mengepam di rumah. Tuntutan kerja seharian memang memenatkan Mama untuk serajin dulu. Dulu pun banyak kerja cuma dulu mungkin sebab Bunyamin masih kecil, perjalanan masih panjang maka semangat tu tinggi.

Sekarang ni bukanlah nak give up, belum lagi nak give up cuma buat setakat mampu. Ha, tu jela boleh bagitau. Setakat mana Mama terdaya Mama buat. Kalau rasa dah penat sangat dan tak terdaya dah, ok thats it. Jom la kita tidur. Ha camtu je.

Berdoa banyak2 kepada Allah moga dipermudahkan lagi baki perjalanan yang tinggal sedikit je lagi ni. Moga susu Mama untuk Bunyamin sentiasa cukup sampai dia genap 2 tahun bulan Jun ini.

Ya Allah, permudahkanlah.. permudahkanlah.. permudahkanlah..

Tuesday, January 22, 2013

Menyuntik SEMANGAT

Entah kenapa, sejak akhir2 ini semakin malas mengepam terutamanya di rumah. Malas betul2 malas. Tak patut perkara begini berlaku sebab perjalanan penyusuan bersama Bunyamin masih berbaki 5 bulan lagi..

5 bulan! Bukan satu jangka masa yang singkat rasanya. Macam2 boleh berlaku sepanjang tempoh itu. Mama berdoa hari2 moga sentiasa murah rezeki susu buat si kecil bambam Mama itu.


Hari ini di sekolah Mama mengepam dua kali. Amboi, macam banyak sangat je dua kali sesi tu ye. Sepatutnya Mama perlu mengepam 3 kali kot kat sekolah, di rumah pula at least 2 kali (sebelum dan selepas tido).

Tapi virus M yang melanda ditambah lagi dengan kesibukan di sekolah dan kepenatan di rumah menyebabkan Mama skip mengepam di rumah. Di sekolah pun sempat sekali je.

Tu yang bila dapat mengepam dua kali terus teruja macam hape ke lagi. Biasanya dapat la 1-2 oz je sehari. Sangat sedey tapi takleh nak salahkan sesiapa sebab sendiri yang malas dan cuai mengepam. 

Tapi harini dapat 3 oz pun dah rasa seronok dan mula naik kembali semangat. Kamon la Mama, ada lagi 5 bulan je nak struggle pun. Jangan la malas2 camni kesian kat adik.

Insya-Allah mulai harini nak semangat kembali macam zaman kegemilangan dulu. ecewah.. Sekurang2nya sehingga genap anakanda Bunyamin 2 tahun..

Doakan Mama ye..

Tuesday, January 15, 2013

EBM Bersama Tuan Empunyanya

Mencuri sedikit masa sebelum pulang ke rumah ketemu anak2, update blog kesayangan yang dah lama juga bersawang sana sini. huhu..


Anakanda Bunyamin.. memang pantang Mama masuk stor ambik ebm untuk dicairkan buat bekalan ke rumah pengasuh keesokan harinya, pasti dia pun turut sama terkedek2 mengekori dan terhegeh2 memanjat deep freezer nak kuis2 ais yang menebal di sudut dinding freezer.

Semalam Mama sengaja angkat Bunyamin dan snap gambar bersama ebm miliknya. Rasanya Mama belum pernah snap gambar ebm ni bersama tuan empunyanya ini.

Walaupun hari tu cuti lama tapi Mama tak berkesempatan mengira stok terkini ebm Mama. Rasanya dah semakin menyusut. Tengok sajalah dalam gambar tu, dah nampak dasarnya. huhu. Ada sebelah bahagian je lagi sebelum nampak keseluruahn dasar freezer.

Ada rasa gundah di hati sebab perjalanan berbaki 5 bulan lagi. Memandang ebm yang ada rasa dup dap dup dap di dada. Tapi Mama yakinkan diri bahawa susu Mama sentiasa cukup buat si comel Bunyamin.

Moga rezeki untuknya sentiasa melimpah ruah. Amin.. ;)

Saturday, January 12, 2013

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 39 ~ Sudah 19 Bulan. Yeay!

Alhamdulillah.. Sudah 19 bulan perjalanan penyusuan bersama Bunyamin. Banyak suka duka sepanjang tempoh ini. 19 bulan yang menyaksikan jatuh bangunnya Mama dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu sepenuhnya.

Mama masih mengepam di sekolah. Tuntutan masa di sekolah membuatkan Mama hanya sempat mengepam sekali je. Di rumah sudah tidak mengepam. Sepatutnya ini tidak boleh dilakukan sebab masih ada 5 bulan lagi sebelum mencecah misi 24 bulan penyusuan penuh susu ibu.


Sudah cuba komited dengan jadual mengepam di sekolah dan di rumah tapi tak konsisten ikut jadual itu. Mujurlah ada stok dalam deep freezer. Stok itulah harapan Mama. Harapnya mencukupi hingga tamatnya perjalanan ini.

Sejak 1 tahun 6 bulan, style Bunyamin menyusu semakin advance. hihi. Ini pengalaman pertama Mama sebab Iman dulu menyusu sampai 1 tahun 4 bulan sahaja sebab Mama peknenkan Bunyamin.

Dulu Bunyamin suka pegang jari Mama bila menyusu. Sekarang ni sampai tertonggek2 menyusu. Kadang sampai bertenggek atas muka Mama. Amboi dia tuuu.. Sabo jela. Pernah jugak Bunyamin sampai tertidur atas Mama. hihi.

Tapi Mama suka je Bunyamin menyusu camtu sebab lebih selesa bila berbaring telentang daripada mengiring. Mula2 dulu rasa sakit jugak terpulas2 camtu tapi lama2 Bunyamin pun dah tau kedudukan camne yang selesa untuknya dan untuk Mamanya. hihi.

Doa Mama moga perjalanan penyusuan ini berjaya sampai ke penghujungnya. Lepas wean off boleh la Mama berusaha untuk baby girl pulak.. hihi..


Sunday, October 7, 2012

Kes Lupa Bawa Botol

Sepanjang perjalanan penyusuan anakanda tersayang, pasti banyak ranjau dan cabaran harus dilalui. Namun ada juga manisnya di sebalik dugaan2 itu. Ia mengajar erti kedewasaan. Juga dapat dikongsikan bersama teman seperjuangan.

Cabaran paling besar pastilah kemeruduman susu. Sampai sekarang pun hasil tenusu sudah tidak semeriah dulu. Namun tetap kental meneruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 8 bulan lagi.

Selain daripada itu, ada juga beberapa kali berlaku tertinggal corong pam, tertinggal pam, tertinggal botol. Kalau takde salah satu part memang takleh mengepam. Biasanya bila berlaku camtu, memang tak best.


Sebenarnya sebelum tu memang la Mama dah sediakan storage bag dalam beg pam tu sebagai back up. Siap dengan getah nak ikat pe semua. Tapi yela, kan cam renyah jugak nak ikat2 la ape la. Pastu masa mengepam nak kena hati2 sebab kadang2 getah tu terlucut dan susu nyaris2 tumpah.

Macam gambar kat atas Mama ikat storage bag dengan getah kat corong freestyle. Getah dia asyik2 nak terlucut saja. 


Gambar kat atas tu pulak Mama ikat storage bag guna getah jugak pada corong swing. Masa ni Mama guna swing kawan sebab freestyle hantar servis. Guna swing ni senang sikit sebab getahnya tak mudah terlucut.

Gitu la pengalaman Mama bila tertinggal botol. Buat masa ni pernah dua kali berlaku. Masa akan datang belum tau lagi la kan. Tapi dalam cooler bag tu memang sentiasa ready storage bag dan getah.

Sejak dua kes ini, Mama ready botol jugak dalam laci meja kerja. Ready juga pam manual selepas kes tertinggal pam dan terpaksa bermarmet (perah guna tangan). Hasil marmet tu ada dalam entri INI. 

Thursday, September 13, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 38 ~ Botol Medela

Rasanya ramai je ibu2 yang mengepam di tempat kerja macam Mama ni hobinya mengumpul botol simpanan susu kan? Konpem punya lah. Sebenarnya bukanlah nak 'kumpul' tapi bagi Mama saja seronok mencuba pelbagai brand. Pakai brand itu pakai brand ini, akhirnya kita tau la kelebihan dan kekurangan setiap brand kan.

bahagian sukatan

branding

Mama dah pernah buat review pasal botol simpanan susu ni. Hari ni bukan nak cerita pasal macam2 brand lagi, cuma nak fokus pada brand Medela sahaja. Kenapa? Sebab Mama ada macam2 versi botol Medela. Jom kita tengok satu persatu ye.


Ok, gambar kat atas tu adalah botol Medela versi lama. Tahun 2009 punya. Dapat masa Mama beli pam Medela Freestyle sulung. Berapa ye ada? Lupa sudah. Mungkin 5 kot. Mama suka jenis ni sebab tulisannya jelas dan sukatannya oz nya mudah nak tengok ketepatannya sebab dia guna garisan kan. Cover dia bertutup penuh. Takleh masuk puting susu.


Yang ni pulak dapat masa Mama beli Medela Freestyle Bongsu. Dapat juga masa Mama beli Swing 2nd hand. Yang ni design baru. Tulisannya pun lain kan. Yang ni agak susah sikit nak tentukan ketepatan sukatan oz nya sebab senggatnya tu unik sangat. hihi. Pastu tulisannya pun blur sikit. Tapi tetap comel. Cover dia ada skru, boleh cabut2. Kiranya boleh la kalau nak ganti dengan puting susu.


Gambar kat atas ni pulak bahagian depan botol. Bahagian branding nya. Yang ni lama punya. Kira my very 1st botol Medela la. Memang dah lama. Kalau ikutkan dah takleh pakai dah tapi sebab sayang sangat dan masih berkondisi baik, maka kita guna jela dengan tawakal kepada Allah. ;)
  


Dua gambar di atas adalah bahagian branding botol Medela versi baru sikit. Tah la, rasanya mungkin sekarang punya botol pun dah lain sikit kot kan. Biasa la, ubah2 bagi pengguna tak jemu kan.

Walau bagaimana pun, yang berubah hanya design dan cover je, dari segi bentuk badan tetap domok2 dan tomei2. Mama sangat suka. Oleh kerana botol Medela dah banyak (sebab dapat setiap kali beli pam - ada new, ada preloved), maka Mama hanya mengepam menggunakan botol Medela sahaja.

Sebab Mama dah try beberapa brand, yang fit cuma Jingle Jungle dan Baby King sahaja. Adakalanya Mama guna botol JJ, adakalanya guna botol BK. Ikut mood masa tu. hihi.

Tapi memang best la guna botol Medela ni. Sebab ia cute sangat sangat sangat. Bagi Mama la. Orang lain mungkin berbeza pendapat. Tapi harganya MAHAL ok. Kalau semata2 nak beli botol saja memang tak la kan. hihi.

Ok, tu je review Mama untuk arini.. ;)

Tuesday, September 4, 2012

Breastfeeding Is Natural

Ibu kucing sedang menyusukan anak2nya
lokasi : atas kerusi kat meja kerja Mama


 

Wednesday, August 29, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 37 ~ Cooler Bag

Sudah lama berhajat di dalam hati nak buat entri pasal cooler bag ini. Namun ia tersimpan diam2 di dalam hati saja dek kerana kesibukan dan akhirnya langsung lupa. Tadi godek2 folder breastfeeding journey, terjumpa gambar ini baru la teringat kembali niat di hati. haha.

Saja nak sharing dan review sikit pasal cooler bag. Masa zaman menyusukan Abang Iman dulu, Mama hanya guna cooler bag dan icepack Medela, yang dapat sekali dengan pam tu. Masa tu dah perasan icepack nya tak tahan lama bekunya, juga cooler bagnya pun cam tak memuaskan hati jugak sebab kecik, hanya muat isi botol saja. Masa tu mana ada group ibu2 menyusukan cam sekarang ni. Ada 1stop centre if nak bertanya sebarang kemusykilan. Masa tu yang Mama tau forum susuibu.com saja. Memang banyak info dalam tu tapi memerlukan masa yang banyak untuk godek satu persatu. Tapi memang itulah satu2nya sumber rujukan Mama masa tu. Thanks to susuibu.com!

Masa zaman menyusukan Bunyamin ni, syukurlah segalanya lebih mudah dan pantas. Banyak info dan kemusykilan terjawab dengan segera. Selain daripada itu, Mama dah jumpa 1stop centre yang jual produk penyusuan dan barangan baby dengan harga yang murah dari pasaran. Sekarang ni nak beli pape berkaitan penyusuan, hanya klik e-mumshop.com. 

RM23.00

Berbalik cerita cooler bag tadi. O ye, cooler bag ni hanya digunakan untuk bawa ebm ke rumah Opah pengasuh sahaja. Di sekolah Mama guna cooler bag lain yang lebih besar. 

Mula2 Mama guna cooler bag brand Jingle Jungle. Serius comel ok. Kecik molek je begnya. Tapi ianya boleh memuatkan 2 icepack Mom's Little One bersama 6 biji botol. Tapi Mama biasanya letak 4-5 biji botol sahaja memandangkan Bunyamin minum tak banyak. 

Cuma kalau ada masa2 kena berkursus sampai ke petang, baru la letak 6 biji botol. Tak pernah lebih walau Mama terpaksa ambil Bunyamin jam 6.00 petang.


Mula2 masuk kerja dulu, Mama labelkan botol tu ikut turutan menggunakan masking tape sahaja. Pastu cam remeh la pulak nak tulis satu2 SETIAP PAGI. Kebetulan jumpa idea kawan KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) yang guna penyepit comel bernombor.

Isk, mula la teringin tapi taktau nak beli mana. Tiba2 terjumpa sepit comel2 kat kedai buku, terus beli, potong2 felt paper bentuk nombor dan tampal. Puas hati sungguh dah masa tu. 

Sampai la tak lama pastu jumpa lak penyepit comel siap bernombor sebijik macam kawan KIM punya tu, lalu beli dan kekal menggunakannya sehingga ke hari ini. ;) O ye, Mama beli kat kedai DIY. Rasanya banyak kedai DIY seluruh Malaysia kan. Bolehlah gi cari ye. Sepeket tu (nombor 0-9) hanya RM2.50 je. Murah dan berbaloi beli.

Cara Mama sepit, Mama sepit kat getah belacan tu dulu, pastu kalungkan kat leher botol. Memudahkan Opah pengasuh masa nak panaskan ebm. Tak perlu la nak telek2 tarikh pulak kan. Ini adalah berdasarkan pengalaman masa Abang Iman dulu, bagi pengasuh dia yang lama tu dengan ebm berlabel tarikh sahaja, tiap2 hari dia panaskan tak ikut susunan tarikh. Mesti terkemudian atau terdahulu. Masa tu memang tak timbul idea numbering camni lagi. Tula, pengalaman mendewasakan bukan? 

RM17.50

Lama juga Mama guna beg Jingle Jungle tu. Puas hati memakainya sebab ianya comel. Sangat comel. Tapi nama pun guna lama dan lasak juga penggunaannya. Bahagian luarnya sudah bertahi lalat. Takpe la jugak tu, dah zip pulak sangkut2 dan kain bahagian dalam area2 zip tu pulak dah terkoyak2. Maka kena la cari pengganti.


Survey punya survey, berkenan dengan brand Jingle Jungle jugak tapi yang jenis bukaan atas, bukan bukaan depan macam yang lama punya. Tapi takde stok pulak. Takpe la, tunggu la dalam 2 minggu. Bila dah ada stok, tup2 ada pulak brand Autumnz yang wallaweh cunnya. Aduhai..

Mula fenin, tanya2, survey2.. last2 ambik Autumnz ni. Sama jugak bentuk macam Jingle Jungle yang Mama berkenan tu cuma ianya bercorak, lebih menarik la kononnya. haha.

Rasanya dah 2 bulan kot pakai cooler bag Autumnz ni. Alhamdulillah sangat menepati citarasa. Best la rasanya pakai cooler bag ni. Sama macam masa guna yang lama. Ianya comel. Cuma nak susun ebm tu terpaksa senget2 sikit la, tak macam yang lama tu tersusun elok je. Yela, beg ni kan tirus sikit bahagian bawahnya, tu yang senget2 sikit. Tapi tetap boleh memuatkan 2 ice pack Mom's Little One dan 6 biji botol. Sumbat2 sket la. Mama suka je sumbat2 ni sebab kemas sesama sendiri. Kalau ada ruang2 lompong risau tunggang terbalik sementara nak masuk dalam peti ais Opah pulak.

O ye, Mama sengaja cari cooler bag yang comel2 semuanya untuk isi ebm ke rumah Opah, sebab Opah akan masukkan cooler bag ni dalam peti ais dia. Kalau besar2, risau menyusahkan dia pulak nak simpan barang dalam peti ais dah tak muat. hihi. Dah pesan, tak perlu masuk dalam peti ais pun takpe sebab dah ada ais dalam beg ni, tapi mungkin Opah tak puas hati kot, lalu tetap nak masukkan beg tu dalam peti ais.

Masa mula2 hantar Bunyamin dulu, Mama tolong keluarkan ebm dan susun elok2 dalam peti aisnya. Lama2 Mama agak Opah dah biasa handle ebm, Mama just bagi je beg tu, Opah terus masukkan dengan beg2 sekali. hihi.

RM58.00

Mom's Little One (back)

Ok, tadi tu cerita pasal cooler bag ke rumah Opah pengasuh, yang ni nak cerita pasal cooler bag yang digunakan masa kat sekolah pulak. Sebenarnya dah cerita dalam entri aneka beg ke sekolah aritu, tapi takpe la, kita ulang tayang cerita ni boleh? hihi.

Beg ke sekolah ni besar sikit sebab nak memuatkan corong pam dan botol sekali. Biasanya Mama akan mengepam 2-3 kali sepanjang berada di sekolah. Selepas sesi pertama, Mama tak basuh corong pam, hanya masukkan dalam bahagian berisi ice pack bersama hasil perahan sesi pertama. Untuk sesi seterusnya terus guna je corong pam yang sama.

Insya-Allah bersih dan selamat sebab bakteria tak aktif dalam suhu sejuk kan? Eh, betulkan jika Mama salah ye. Idea ni pun berdasarkan perkongsian pengalaman kawan2 seangkatan juga. Nak basuh jauh nak gi tandas, pastu nak kena tunggu kering lagi, remeh kan. Cara mudah dan selamat ada, kita praktikkan jela kan. ;)

compartment A

Cooler bag ni brand Mom's Little One (MLO). Ianya melengkapkan koleksi MLO Mama. Dari botol simpanan susu, ice pack dan kini cooler bag, semuanya MLO. Berkenan dengan MLO ni sebab ianya ada 2 compartment. Compartment A Mama isi 3 ice pack bersama 2 biji botol. Macam gambar kat atas tu.

compartment B

Compartment B Mama letak corong pam bersama 2 biji botol juga. Bila nak mengepam, Mama akan gunakan botol dalam compartment B dulu sebab ianya kering. Botol yang dalam compartment A tu kan berwap sebab sejuk, maka Mama akan pindahkan botol2 itu ke compartment B, corong yang dah guna tu pulak masuk compartment A. Kira tukar bilik la dorang ni. hihi.

Bila nak mengepam lagi, Mama hanya perlu gunakan balik corong yang sejuk tadi bersama 2 botol kosong yang tadinya berwap tapi kini dah kering. hihi. Faham kan penerangan Mama ni?

Ok, rasanya itu jela review cooler bag yang Mama pakai. Masa mula2 dulu pernah pakai cooler bag Autumnz untuk ke sekolah tapi tak muat nak isi segala bendalah, lalu bertukar kepada MLO. Cooler bag Autumnz tu sekarang duk dalam stor, pakai kadang2 masa nak berjalan2. Sayang sangat nak letgo walau ramai jugak yang bertanya2. hihi.

Sekadar perkongsian pengalaman...

Monday, August 27, 2012

EBM





Tiba2 jumpa gambar ini. Gambar ebm yang sudah siap seal, sedia untuk dibekukan.
Sebelum beku, kita bergambar dulu ek...

Cuti Raya Cuti Pam ~ Not Good

9 Syawal 1433h. Cepatnya masa melompat2 kan. Rasa macam baru je start puasa, tiba2 dah raya dan tiba2 dah 9 Syawal. Isk isk isk. Cepat sungguh..

Harini juga Mama kembali bertugas. Sekolah dah buka semula. 10 hari bercuti, pam pun turut cuti. Teruk betul. Jangan tiru aksi ini ok. Walau bagaimana pun, pam semulajadi tetap menjalankan rutin beliau. hihi.

Harini juga baru start mengepam balik. Melampau sungguh bercuti raya. Tapi sebenarnya takde la raya sakan pun. Tak pergi banyak rumah pun. Cuma malas mengepam saja.


Namun begitu, syukur alhamdulillah susu masih macam biasa. Hasil mengepam pagi tadi kat sekolah boleh dapat 5 oz. Ok la tu, sebab sebelum2 ni 4 oz je. Up la sket 1 oz walau 10 hari x pam, syukur alhamdulillah..


Kurang minum air. Memang itu la masalah Mama sekarang. Bulan pose ke dah raya ke, tetap kurang minum. Mama ni kalau time kerja je boleh komited minum air secukupnya. Hari ni puasa ganti sehari yang terpaksa dikorbankan dek kerana sakit telinga tu, lagi la tak minum air banyak. hihi.

Walau bagaimanapun, Mama berlapang dada dengan banyak mana pun rezeki Allah beri. Bunyamin sudah 1 tahun 2 bulan. Oh, 10 bulan yang masih berbaki terasa sungguh panjang. hihi..

Friday, August 17, 2012

Breastfeeding Journey With Bunyamin Part 36 ~ Terpaksa Buang

Kisah ini sudah lama. Stended la kan, dah lama baru nak up story. haha. Kisah ni berlaku pada April yang lalu. Tapi Ogos baru nak up kan. Sangat baguih.

Sebenarnya Mama dah coretkan kisah sedih KAT SINI. Malas nak cerita lagi dah. Arini Mama cuma nak cerita pasal ebm Mama yang terpaksa dibuang.

Masa Mama sakit telinga aritu, doktor bagi ubat yang tak selamat untuk breastfeeding. Oleh sebab itu, Mama terpaksa minta tolong orang lain susukan Bunyamin dengan stok susu Mama manakala susu yang Mama pam kena la buang.

4.5 oz terbuang

Sayang memang la sayang. Tapi apa daya Mama, terpaksa jugak buang. Banyak jugak la yang terpaksa dibuang tu. Kalau ikutkan memang taknak ambil ubat ni, tapi sebelum tu Mama dah consume ubat yang selamat untuk breastfeeding tapi tak berkesan. Tu yang follow up semula dan doktor preskipsi ubat yang lebih kuat.

1.5 oz terbuang

Mama start makan ubat dalam waktu tengahari, malam tu Bunyamin resah gelisah dah tak dapat nenen dia. Jenuh jugak nak tidokan. Plan asal Mama nak mengepam setiap 3 jam tapi disebabkan tak larat sebab sakit sangat (walau sudah makan ubat), maka waktu mengepam tu dalam 4-5 jam sekali.

4.5 oz terbuang

Kalau ikutkan Mama kena consume ubat tu dalam 4-5 hari tapi disebabkan tak tahan tengok Bunyamin tak tentu arah, Mama berkorban menahan sakit tu dengan stop ambil ubat. Memang sakit tapi demi anak apa2 pun sanggup kan.

3.5 oz terbuang

Masa Mama sakit tu, Bunyamin baru 10 bulan. Belum cukup setahun pun lagi. Mana la hati Mama tak sedih. Nak tidokan dia, Mama kena lari2. Mama juga tak boleh baring depan dia, pasti dia akan datang sondol2 nak nenen.

3.5 oz terbuang

Alhamdulillah, beberapa hari lepas tu Mama beransur sembuh. Takpela, ini ujian. Dan 3 bulan selepas itu Mama sakit semula di telinga yang sama. Tapi tak seteruk dulu. Tak sampai perlu makan ubat yang kena stop breastfeeding. Tapi Mama terpaksa korbankan sehari puasa sebab Mama sakit tu masa awal Ramadhan yang lalu.

Tak lama pastu sakit kaki pulak. Aih, macam2 penyakit haih. Takpe, Mama redha. Cuma Mama kesiankan anak2. Alhamdulillah walau sakit Allah permudahkan segala urusan...

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥