♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Watermark. Show all posts
Showing posts with label Watermark. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Hari Teruja

Terujanya hari ini. Sebab blog sudah berwajah baru. lalalalalala... Setelah sekian lama menanti, dan juga setelah beberapa kali minta edit itu dan ini, akhirnya siap jua header baru Mama. yahoooo...


Kali ini Mama tampilkan tema kartun pula. Bosan dah nengok muka sendiri, so tayang muka kartun la pulak. Kalau kartun leh pakai macam2, kang kalau gambar sendiri pakai macam2 kang dapat emel teguran pulak. Tak kuasa aku.


Mama masih menggunakan designer sama yang buat header pertama Mama dulu iaitu Kak Eya. Dah lama tak berurusniada dengan Kak Eya, rupanya sekarang biz Kak Eya dah maju. Tempahan berderet2 sampai tak menang tangan katanya. Tu pasal la Mama kena tunggu lama. Tapi takpe sebab hasilnya sangat memuaskan hati. Pastu Kak Eya ni sabar tau, berapa kali Mama minta dia edit sana sini, dia ikutkan je. hihi. Thanks Kak Eya...


Selain itu, signature Mama sebelum ini pun Mama edit sedikit. Sebab yang sebelum ini rasa macam pelik. Mungkin sebab Mama Husna tu berada di sebelah je kan so nampak pelik. Fikir punya fikir, cari ilham sana sini, dapatlah hasil sebegini.


 

Kartun tu memang Mama guna yang sama sebab sayang wooo... Mahal lak tu beli kartun ni. Custom made ni. Memang 100% idea sendiri dan direalisasikan oleh designer feveret Mama Jiya. Aritu dia tutup order lama, nak habiskan order yang berderet2. Sekarang dah buka semula, bolehlah order ye.

Masa Mama order signature kat atas tu, Mama sedang mengandungkan Bunyamin. Oleh sebab tak pasti nak letak Iman juga atau nak letak nama lain, maka Mama minta Jiya tulis Mama Husna. Bila Bunyamin lahir, setelah berbincang berhari2 dengan Ayah, maka sepakat nak letak Iman juga so tu yang tukar balik ke Mama Iman cuma kali ni tambah S sebab dah ada 2 orang Iman. hihi. Actually walaupun Mama guna ni sebagai signature, ianya boleh juga digunakan sebagai watermark. 

Kat bawah ni pun Mama edit watermark lama. Sebelum ni ada bulatan kat belakang kartun tu, dan tulisan tu pun Mama tukar. Bukan apa, nanti bila2 jemu leh guna sebagai signature pulak kan. Jimat. hihi.



Sedar tak sedar rupanya dah banyak juga watermark Mama. Daripada awal2 dulu taktau nak tempah kat siapa, sampai dah berlambak2 la pulak. hihi. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Tak sabar nak rasmi watermark baru. *actually yang dimaksudkan dengan 'baru' itu adalah watermark yang belum siap daripada Kak Eya juga, pasangan dengan header*

Untuk info, header pertama Mama ada pasangannya iaitu signature dan watermark pertama Mama. Ni tempah dengan Kak Eya. Sebab tula header kedua ni pun nak ada pasangan juga. hihi.

 

pasangannya


Watermark dan signature kartun bergaun pengantin warna biru itu tiada pasangan dengan header sebab masa tu masih serba salah nak tukar header ke tak sebab sedang mengandung, taktau jantina baby lagi. Kononnya nak tempah gambar kartun sekeluarga tapi akhirnya buat keputusan tempah header kartun sorang2 *gila kuasa* sudahlah.

Nanti kalau rajin Mama update kisah watermark pertama sampai yang terbaru ye. Sebab yang betul2 terbaru fresh from oven belum siap. kihkih.

Ok, Bye.

Tuesday, May 3, 2011

Watermark Baru, Signature Baru

Hari ini kerja. S.I.B.U.K adalah sinonim bila dah mula kerja ni. Ni short entry saja sebelum balik sebab petang ni kena mai balik, ada latihan sukan pulak dah. Hadoih..adakah mak buyung ni nak bersukan? Kehkehkeh... Takde la..nengok anak2 murid sajok la..

Nak tayang watermark dan signature baru jap. Nanti baru buat full entry tentangnya. Nice kan? 






Monday, November 29, 2010

Header Oh Header

Salam sejahtera..

Lamanya Mama tak update blog.. Sebenarnya banyak jugak entri dalam draf. Bila dah start cuti sekolah nie, Mama agak liat nak update blog sebab lebih suka melayan kerenah anakanda yang sorang tu aje. Ditambah lagi dengan ada 'setiausaha' yang rajin 'tolong' taip bila nampak Mama mengadap lappy. Hehe..

Hari ni Mama bertugas di sekolah. Sempat la nak update blog sekejap. Sebenarnya cerita ni dah lama basi tapi nak cerita jugak. Haha..paksa..

Nampak tak kat atas blog Mama tu? Ye..yang ada gambar keluarga kami tu. Hehe.. Dah lama dah sebenarnya Mama letak header tuh. Itulah header pertama Mama selepas hampir setahun berkecimpung eceh..berkecimpung lak plak dalam dunia blogging ni.. Sebenarnya dah lama mencari2 siapakah yang boleh buat header Mama. Akhirnya Mama jumpa jugak kat blog Kak Eya ni. Beliau menerima tempahan buat watermark sebenarnya. Tapi kalau masanya sesuai boleh jugak dia buatkan header. Watermark dan blog batch Mama pun tempah kat beliau.

Mama kan suka bunga2...kerawang2...Kak Eya memang pandai ikut taste Mama. Sebenarnya Mama pun fenin nak guna gambar yang mana sebab banyak sangat gambar yang menjadi feveret Mama. Oleh sebab itu, Mama bagi kat Kak Eya semua gambar yang Mama suka. Hehe..mau fenin dibuatnya Kak Eya nak memilih.

Header yang mula2 Kak Eya emel kat Mama, takde bunga dan kerawang. Bila tanya Ayah, Ayah tak suka gambar Ayah & Iman yang Mama pilih tuh. Then Mama request Kak Eya tambah bunga, kerawang dan tukar gambar Ayah Iman yang lain.




Bila dah siap..tadaa.. Memang puas hati. Kak Eya tolong masukkan lagi header tu dalam blog Mama. Baiknya Kak Eya ni. Hehe..


Nota Mama : Nak tempah jugak? Klik je SINI.


Thursday, September 30, 2010

Watermark Oh Watermark

Salam sejahtera...


Rasanya sudah hampir setahun Mama berblogging. Banyak jugak blog2 yang Mama dah terjah. Ada yang simple.. Ada yang sangat2 ladies like gitu.. Ada yang ala2 formal blog gitu.. 


Dalam pada menziarahi blog2 tersebut, Mama nampak pada gambar2 diorang ada watermark2 yang comel2 dan cute mute gitu... Sangatlah teghinginnyaaaa... Tapi Mama pun taktau nak dapatkan daripada mana. Hinggalah Mama berjumpa dengan blog EYA ni. Ntah la erk..dah rezeki kot.. Taktau camne leh jumpa.. Terus jatuh chenta gitu.. Haha..


Punya la teruja memilih nak watermark mana. Kebanyakannya dah sold out atau dah reserved. Semestinya la yang cun2 dah dichup sesiap oleh orang kan. Satu watermark satu tuan aje. So kalo yang dah sold out atau reserved tu memang jangan harap la Eya nak buat lagi untuk kita. Yela..takkan la watermark yang sama ada di beberapa blog kan. Baik takyah wat watermark copyright reserved bagai. Haha..


Semalam ada watermark baru daripada beliau. Mama punya la melompat, pilih cecepat nak yang mana, kena pulak yang memang dekat di hati punya design laks kan..terus tinggalkan komen nak chup sesiap sebelum orang len chup. Alhamdulillah dah rezeki Mama kan, dapat la kat Mama design tuh...


Tak lama pas Mama emel Eya, beliau send sample kat Mama. Waaaaahhhh..cantekkkknyaaaa... Mama sangat teruja. Rasa cam nak lompat toing toing toing jerk sebab suka suki sesangat. Akhirnya merasa jugak Mama tempek watermark kat blog Mama ni. Mungkin ada kat sini yang terror wat watermark sendiri. Mama ni tak reti..so kena la soh orang buatkan...


Ini lah watermark Mama hasil tangan Eya...


cantek kan? ada banyak lagi di blog beliau..
sape cepat dia dapat...


ni pulak adalah blog badge dan signature Mama...

Sesapa nak order leh gi tengok design yang berkenan di hati kat blog beliau. Murah2 aje.. Kebanyakannya tak sampai RM10 pun. Paling mahal pun dalam RM12 jerk.. Kecuali la kalo nak custom made punya watermark kan. Beliau akan charge lebih sket la untuk request anda tuh.


Nie la dia watermark Mama. Jatuh chenta daku padanya....






♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥