♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Showing posts with label Iman BerCD. Show all posts
Showing posts with label Iman BerCD. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Cloth Diapers Pilihan Terbaik

Alhamdulillah.. semalam stok cd baru dah sampai setelah seminggu menanti. Insya-Allah Mama nak aktif semula menjual cloth diapers a.k.a. lampin kain moden. Bolehlah visit blogshop Mama ye.. Tapi belum update lagi dengan stok baru ni.

Paling teruja tentulah Iman Bukhari bila melihat kotak2 besar dalam rumahnya. Sibuk nak bukak. Tapi disebabkan dah seal susah la nak bukak kan. Sengaja Mama taknak bukak lagi. Tunggu malam sket masa Iman dah tidur.

sengaja Mama biarkan Iman main dengan kotak2 ni


Iman tidur awal semalam sebab sebelah siangnya Iman tidur kejap je di rumah Opah. Lebih kurang jam 8.00 malam Iman dah tidur. Ayah pula bertugas Imam. So tinggallah Mama terkontang-kating sengsorang dengan perut beso mengerjakan kotak cd siang tadi.

cd2 yang belum unpack untuk kiraan stok
baru bukak seal... ;)

Setelah beberapa lama selesai la Mama mengira stok. Terhegeh-hegeh la sorang2 kan. Tapi Mama suka camtu sebab kalau dengan Iman jawabnya kerja tak jalan pastu letih terjerit2.


sebahagian stok baru


Selesai mengira stok Mama asingkan pula cd untuk anak2 Mama.. ;) Sudah menjadi kebiasaan Mama, bila stok baru sampai Mama akan reserved untuk anak2 Mama. Walaupun memang dah banyak, tapi sengaja Mama reserved jugak buat koleksi. Tak kira design girl atau boy semua Mama reserved untuk anak2 Mama.


Malam tu jugak Mama pre-wash memandangkan ampaian kosong sebab takde kain baju yang berbasuh. Insya-Allah kalau hari ini panas hingga ke petang seperti semalam, keringlah cd anak2 Mama.


Dalam pantang nanti mungkin tak pakai kot cd sebab Mama kesiankan siapa2 yang akan jaga Mama nanti. Nak kena basuh cd pulak kan. Insya-Allah lepas pantang Mama akan fully cd anak2 Mama termasuklah Iman Junior..


Mama suka melihat anak2 Mama pakai cd sebab cute dan nampak chubby sangat. Ditambah lagi dengan corak2nya yang menarik...


Jom lawati kedai kecil Mama...


www.aimnaonlinestore.blogspot.com


Friday, August 13, 2010

GfH Iman Dah Sampai - updated

scroll down for updated story


Salam sejahtera...

semalam CD GfH iman
selamat tiba di umah Tok Abah
alhamdulillah...

oleh kerana kesibukan di rumah
dengan umah selerak
dengan kain tak berlipat
dengan lantai tak bersapu

tengok sana pening
tengok sini pening
hehe..

Mama pun belum berkesempatan nak belek2 GfH iman
nak amik gambar apatah lagi
hehe..

gambar ihsan google



gambar ihsan google


insya-Allah cuti ni Mama upload gambar
dan buat review sikit

ni review sekali imbas la yer..
Mama tengok design dia cantik
lebih cantik dari dalam gambar
warnanya terang..
yang plain Mama tak sempat tengok lagi..

ok..nanti Mama update citer ni lagi yer...


* updated on 14/8/2010


Mama baru berkesempatan snap pix GfH iman tadi
sementara iman tido ni boleh la Mama update citer siang tadi


trade mark GfH yang santeks & stylish..


GfH button printed bubble cyan
santeksssss sangattt corak dia
warna terang.. cutting besar..
didatangkan bersama 2 inserts..


ni pulak GfH button printed bubble pinky
pon santekssss sangattt..
even iman is a boy..
tapi Mama pakaikan aje dgn pinkish..
coz benda kat dalam kan..
baju iman pon ada je pinkish..
tak salah kan?..hehe..
ni memang sweet...
gigirl pakai lagi sweet...


ni GfH plain blue sky
Mama suka sebab style button dia katup ke belakang
biasa CD iman button katup ke depan
ni stylish sket kan..
so Mama jadikan koleksi iman la..
nengok button dia pon colourful..
very very very admire la...


sangat2 digalakkan la beli
kepada sesape yg masih teragak2 nak try GfH
dari segi design dan corak memang tip top
kualitinya pon harap2 cenggitu la yer..


ok..habis dah review Mama
bout this GfH


update CD iman sekarang = 66 pcs
; )

Wednesday, July 28, 2010

Koleksi Yang Membanggakan

Salam sejahtera semua...

agak lewat update blog arini
disebabkan kesibukan kerja di sekolah dan di rumah ye...
rasa2 macam di rumah lebih sibuk jer
melayan kerenah si kecik iman
yang baru je dapat kaki
minggu nie iman dah semakin mantap meronda umah
bermakna makin bertambah la sistem kawalan Mama yer..
jenuh... jenuh... hehe..

tapi n3 ni bukan nak citer pasal aksi iman berjalan
aksi2 iman berjalan belum berkesempatan nak upload di sini
oleh sebab itu Mama nak cite pasal CD iman
CD @ cloth diapers @ lampin kain moden
kepunyaan iman
dah bertambah lagi...

sebelum ni Mama dah penah citer pasal
CD iman kat SINI...
ni kira nak update citer tu la yer...




so sekarang ni iman dah ada
53 CD
kat bawah ni Mama sempat snap
gambar CD iman
dengan bantuan iman ye..
tapi lunatots tak sempat snap lagi sebab kurang sekeping
nanti Mama update...

Mama susun ikut seniority yer...
jom layan jela...


iman sekarang dah ada...

6 CD Babyland Plain
nie CD yang mula2 iman pakai
memang ok..
setakat ni iman masih muat lagi
walaupun cutting dia kecik sket dari yang lain
untuk newborn sangat la sesuai...
baru perasan ada 1 pcs lagi takde...
nanti Mama update kemudian ya..


4 CD Babyland Printed
ni pun sekali dengan yang plain
Mama reserve sket untuk iman
masa mula2 Mama nak start biz CD...


5 CD Lunatots
pic belum snap sebab tak cukup 5 pcs..
nanti Mama update ye...


6 CD MommyLoveU
CD ni Mama berkenan sebab bright colours
ok jugak ni..
insertnya bamboo..
kelemahan dia ianya velcro
iman pandai bukak..
kalo pakai CD ni mesti dengan seluar..


6 CD QQBaby Minky
CD ni Mama paling suka
selain ianya printed yang cantik..
Mama nampak iman selesa dengannya
cuttingnya juga besar
sekarang iman dah dekat 14 bulan
tapi still pakai setting saiz S
fabriknya juga still d same
takde nak rosak ke berbulu ke
best la...

2 CD QQBaby Plain
reason sebenar Mama beli 2pcs ni
sebab nak tengok fabriknya
sebab Mama diberitahu bahawa fabriknya mudah strach
bila nak bukak snap button dia
Mama tengok ok jer..
memang macam nak strach
tapi pastu dia maintain balik...


3 CD Wuddah Bamboo Printed
CD ni Mama baru try 1pcs jer
yang warna purple tuh..
memang ok la..
tebal insertnya..
lambat kering sket tapi still ok..
bila iman pakai memang kemas
sebab dia ada extra button
untuk prevent wing dia terkeluar
Mama ada buat review pasal wuddah ni kat N3 ni...


5 CD Wuddah Bamboo Plain
CD ni Mama belum berkesempatan try lagi
rasa2 nak try esok kot
macam sayang jerk nak guna..hehe..


11 CD Coolababy
sebenarnya Mama reserve 13 pcs
tapi 2 pcs ada orang nak beli
so tinggal la 11 pcs
tu pun dah banyak kan
tapi Mama nak cukupkan corum
insya-Allah nanti order CD nak jual
order sekali CD iman
dalam banyak2 tu.. warna putih adalah velcro
mungkin kak yatie tersilap hantar
sebab Mama order all button
as Mama tau iman sesuai dengan button
tapi takpela..try la kot2 ok...
ni pun belum try lagi
baru lepas pre-wash sekali dengan sunny baby...


5 CD Sunny Baby Minky
CD nie pun Mama reserve daripada CD yang nak dijual
insya-Allah next week sampai stok baru
Mama cadang nak reserve kat iman lagi
mana2 design yang belum ada dalam koleksi
saja nak tambah sesakkan loker koleksi iman


ini saja CD iman setakat hari ini
insya-Allah Mama akan update lagi
bila CD iman bertambah lagi yer...




*** update 27/7/2010


10 pcs sunny baby
CD iman bertambah lagi..ngee...
semalam stok baru sampai..
seperti yang diplan dalam kepala
Mama reserve kat iman
setiap design 1 pcs
ada 8 design baru Mama reserve untuk iman
plus 2 pcs yang plain
saja nak try sunny nyer plain CD
dan tengok warnyanya takde lagi dalam koleksi iman



dengan bertambahnya CD iman semalam
menjadikan kesemua CD iman
63 pcs

Thursday, July 1, 2010

Welcome Wuddah

Alhamdulillah...

kutu CD Wuddah Mama dah habis..
dan dengan rasminya Mama terima semua CD Mama

memang cantik Wuddah ni
innernya daripada bamboo
tapi insertnya 1 aje...

jom review...

ini adalah CD Wuddah bamboo plain
yang Mama main kutu
RM50 x 5 bulan = RM250



ini pula the latest from Wuddah
CD bamboo printed
RM79.90 each



ini adalah keseluruhan CD Wuddah
yang Mama terima kelmarin
tambah 8 pcs lagi cd iman...


zoom in trade mark Wuddah


ini adalah insert dan pocket pant CD Wuddah
yang ni takde extra button
untuk prevent wing dari terjulur keluar ketika dipakai


trade mark Wuddah di insert
dijahit dengan stylo sekali

sekarang ni CD iman dah ada 37 CD
yang sebelum ni ada 29 CD
boleh baca entri ini untuk cerita CD iman yang sebelum ni...

walaupun CD iman dah lebih dari boleh di "fully" kan
tapi Mama rasa kalo ada lagi rezeki nak tambah lagi
hehe...

Wednesday, June 16, 2010

Kan Mama Dah Cakap Anak Mama Rajin...

Salam...

malam tadi Mama dapat snap gambar iman
tengah 'mengemas' lokernya
iman memang dah tau loker paling bawah adalah loker cdnya...

jom kita layan je gambar2 ni...

Mama curi2 snap

bila Mama panggil iman buat muka slamber

sambung mengemas..sibuknye lahai...

dah makin banyak cd kat lantai

siap offer Mama soh tolong dia
sampai terbukak2 butang baju...

walaupun Mama Disney
dan walaupun Mama akan Yellow Bird

tapi sabor je la...

Mama Yoyocici-(doom)no! jela nak oii...


Thursday, April 1, 2010

Mama, Iman Suka CD!

mama sibuk nak ambil gambar CD iman

iman pulak sibuk tolong mama susun CD

sambil main sarung kamera feveret iman



ni la antara koleksi CD iman

tak campur yang basuh

juga yang iman tengah pakai

dan yang belum sampai lagi


iman ada

6 CD babyland plain colour

4 CD babyland printed

5 CD lunatots

6 CD mommyloveu

6 CD qqbaby minky

2 CD qqbaby plain colour



yang belum sampai tapi dah order

mama main kutu

5 CD wuddah bamboo


oleh kerana mama sekarang dah berjinak-jinak

dengan bisnes menjual CD

mama kena la guna CD yang mama jual kan


tapi oleh kerana permintaan sangat tinggi

mama tak boleh reserve CD yang berlambak-lambak tu kat iman

insya-Allah mama akan order lagi

2nd batch

nanti mama reserve iman punya


dalam fikiran mama nak reserve kat iman

13 CD coolababy plain colour

semua warna mama nak

tamaknye...


mama suka snap button

tapi mungkin campur gak dengan velcro bagi jadi 20 keping


kalau semua CD iman ada depan mata

iman ada 54 CD !

banyaknyeeeee......


konpem boleh fully CDing...

konpem jugak boleh waris kat adik-adiknya kalau ada

insya-Allah...


semoga bisnes mama berjalan lancar

dan maju jaya hendaknya

semuanya untuk anakanda mama

iman bukhari


dan iman-iman yang akan datang

insya-Allah...




♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥