♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, December 23, 2009

Bercuti Ke Cameron Highlands

Cameron Highlands...
satu nama yang memang sinonim dengan family kami
kalau terfikir nak bercuti, fikiran mesti teringat nak ke sana
tempatnya yang dingin dan segar memang mendamaikan perasaan

Awalnya rasa nak tukar angin ke tempat percutian yang baru pulak
tapi jenuh fikir
akhirnya Cameron Highlands juga menjadi pilihan
setelah mengambil kira tempoh cuti, bajet dan sebagainya
semua sepakat bercuti ke sana untuk kesekian kalinya

Walaupun agak kerap ke Cameron Highlands,
tapi percutian kali ini sangat bermakna
kerana anakanda iman turut serta

Selain itu, antara yang turut serta
Tok Mama,
Tok Abah,
Mak Njang,
Cik Ana,
Pak Su...

iman pun pernah ke Cameron Highlands
cuma tika itu iman masih di dalam kandungan Mama
kali terakhir ke sana tika iman dah hampir nak melihat dunia
meraikan ulangtahun perkahwinan Mama & Ayah yang pertama

Kebetulan ketika percutian kami sekeluarga
musim sejuk menyambut kehadiran kami
sejuknya menyucuk hingga ke tulang
hujan pun renyai-renyai

Antara tempat lawatan kami adalah Ladang Teh Boh
Ayah iman tak pernah ke sana lagi
tika percutian meraikan ulangtahun perkahwinan dulu
ladang ini ditutup atas sebab-sebab tertentu

Sejuk sangat...
hujan pulak tu...
shawl Mama tertinggal dalam kereta
terpaksa la menahan kesejukan
nasib la Mama tak lupa bawa baju sejuk iman
sungguh pun begitu
iman tetap tersenyum riang
ceria selalu anakanda Mama ni...

Kami juga melawat
Mardi,
Pasar Malam Brinchang,
makan aiskrim strawberry di Taman Sedia...
paling seronok bergambar-gambar kenangan la...

Ada juga la buah tangan untuk
nenek & atok,
abang syukry,
abang syafie,
kakak dayah,
abang suffian,
kakak aisyah,
adik muaz...

iman pun Mama belikan
t-shirt Cameron Highlands
2 pasang lagi...

.: seronok makan aiskrim strawberry ramai-ramai :.


.: Mama, Iman & Ayah berlatarbelakangkan ladang teh :.


.: Iman dan senyum cerianya :.


.: Pak Su, Tok Abah, Ayah & Iman khusyuk tengok apa la agaknya tu :.


.: Bergambar kenangan dalam hujan renyai :.


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥