♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, May 21, 2010

Mama & Milk Booster

Salam mommies n frens...

arini Mama nak citer sikit pasal milk booster Mama
yang sangat Mama admire...
sejak dua menjak ni Mama rasa susu mama macam merudum je..
iman macam tak berapa puas menyusu
let down pun lambat dapat...

oleh sebab itu Mama rasa perlu up kan balik susu Mama
kat sini Mama nak share milk booster yang berkesan dengan badan Mama

mula2 Mama try longan kering & kurma merah
murah je..beli kat kedai ubat cina
rebus dan minum airnya
cara nak rebus tu mommies boleh tengok kat sini ye...
memang berhasil
boleh rasa breast penuh dan berat
bila iman nyusu pun terasa susu Mama banyak



lagi milk booster Mama is susu Anmum
Mama rasa nak bandingkan dengan longan
susu Anmum ni is better
minum pagi kat sekolah
dalam kul 9 dah rasa berat dan penuh
memang best...


lagi Mama makan alfalfa daripada Shaklee
memang superb jugak
lagipun alfalfa ni tak panas
kawan2 semua boleh tengok info pasal
alfalfa dan Shaklee kat sini ye...



lagi Mama ambil fenugreek
ni yang paling best sebab memang mampu memeriahkan susu Mama
mulanya Mama tak perasan
tapi bila Mama stop ambil fenugreek
Mama rasa sangat ketara keruduman susu Mama
betul ke perkataan Mama ni?

oleh yang demikian Mama start ambil fenugreek balik

yang sebenarnya masih berlambak2 dalam simpanan

start macam mula2 Mama ambil dulu
sehari Mama ambil 9 kapsul
waahhh...memang meriah kembali susu Mama

walau tak boleh la nak compare time iman kecik2 dulu kan

kawan2 boleh dapatkan infonya kat sini


Mama bersyukur dan berdoa
semoga Mama dapat susukan iman
sekurang2nya 2 tahun

ikut pengalaman Mama
walau apa jua milk booster yang kita ambil
ianya sangat bergantung kepada :

1) keserasiannya dengan badan kita
2) consistancy kita dalam mengamalkan pengambilannya
3) doa & tawakal kepada Allah

ok, thats all 4 today..
moga bermanfaat kepada semua...



Yang Ini Pun Best



3 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

saya suka entry ni!! sebab saya sedang mengalami masalah kekurangan susu..

nanti akan cuba praktikkan lah..

ISZA said... [Reply to comment]

perkongsian yang bagus!

saya akan cuba nanti.. memang masalah time nak nyusukan anak dahulu..

mamaiman said... [Reply to comment]

chugie - try la mana2 1 kot2 ada yg sesiao dgn bdn..

cikgu isza - insyaAllah berkesan..cuba la..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥