♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, July 8, 2010

Perkembangan Bayi 10-12 Bulan

Salam semua...

arini Mama nak share info sikit ni
hope berguna untuk mommies semua kat luar sana
juga untuk future mommies jugak ye...


10 bulan
  • suka mendesak. dia tahu apa yang diinginginya dan dia sedaya upaya mahu anda tahu apa kehendaknya. ( iman masa 10 bulan ni dah pandai geleng2 kepala kalo Mama tunjuk botolnya kot2 dia nak minum. pastu marah kalo Mama tak paham apa dia nak )
  • gemar meniru perlakuan dan tingkah laku orang di sekitarnya ( hah, memang pon. orang tunjuk dia tunjuk. orang babai dia babai.. )
  • mampu membaling bola ke arah anda tanpa disuruh. ( bukan bola jer dia baling... )
  • boleh bermain dengan kanak2 lain tapi dalam dunianya sendiri. ( iman suka berada di antara sepupu2nya yang tengah lain.. tapi dia wat hal sendiri... )
  • takutkan bunyi yang kuat. ( patut la iman tiba2 takut bunyi telefon umah yang sebelum ni dia ok ajer... )
  • faham apabila anda mengatakan "tidak" tapi lebih suka tidak mengendahkannya. ( betul.. betul.. betul.. )
11 bulan
  • pandai menunjukkan sesuatu dengan telunjuknya ( time ni iman suka tunjuk mana dia nak pegi masa orang dukung dia.. ada ka patut?... )
  • boleh memberi anda mainannya tetapi akan mengambilnya semula. ( cuuuteee sangat iman wat camni... )
  • cuba untuk makan sendiri menggunakan sudu. ( nak ambik nugget pon pakai sudu gak si iman ni... )
  • dia suka dibelai dan dimanja. ( iman suka ngendeng2 kat Mama terutama masa Mama baring2... )
12 bulan
  • mungkin sudah boleh berjalan tapi memerlukan masa untuk benar2 mantap berjalan ( ngee..iman belum boleh jalan sendiri lagi time ni... tak berani nak melangkah walaupun dah berdiri tegap dah... )
  • suka menggamit seseorang, menunjuk dan mengulang kata jika ingin sesuatu objek. ( iman memang dah pandai cakap... jalan je belum... )
  • sudah boleh memegang pensel, mengambil makanan kecil seperti kekacang menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya. ( bukan setakat pensel ngan kacang, semua benda la dipegangnya.. semut pon takut tgk iman... )
ok, dah habis serba sedikit perkembangan baby 10-12 bulan..
nanti insya-Allah Mama update lagi perkembangan baby newborn hingga 9 bulan...
saja Mama update bout baby 10-12 dulu sebab iman kan dah 13 bulan..
most related dengan iman sekarang ni..

moga bermanfaat untuk semua ya...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥