Salam sejahtera...
owh..Mama sangat suka contest ini
sebab ianya membawa Mama terbang ke masa lalu
di saat Mama bergelar seorang "Mama"
semua pun rasa camtu kot kan... ; )
dan ini adalah newborn iman yang Mama pertaruhkan :
nama :
ahmad iman bukhari bin mohd khairul amin
tarikh lahir :
04.06.2009
berat semasa lahir :
3.1 kg
umur ketika gambar diambil :
6 hari
nama ibu :
nurul husna binti abdul manaf
email :
nurz_na@yahoo.com
cerita disebalik gambar :
gambar ini diambil ketika iman ditahan di wad ICU bayi jaundis hospital taiping.
tika ini bacaan SB iman telah turun sikit dari 24.7 kepada 19.
tika ini juga hati Mama bagai disiat2 dengan buluh.
sedih dan sayu melihat anakanda tersayang yang belum puas ditatap wajahnya
terpaksa berjuang sendirian tanpa Mama di sisi memandangkan
Mama juga terpaksa ditahan di wad lain kerana kesukaran membuang air kecil.
iman tak boleh dikeluarkan lama2 dari lampu biru tersebut
memandangkan tahap jaundisnya terlalu tinggi.
seurat benang pun tidak boleh dipakaikan untuk mempercepatkan
proses menurunkan tahap bilirubin dalam badannya.
iman ditahan selama 5 hari.
mengenangkan detik ini..Mama pasti mengalirkan airmata...
sorry tuan punya contest..terpanjang lak menceritakan moment gambar ini..
walau tak menang pun..saja2 Mama nak share dengan rakan2 blogger Mama..
kenangan dan pengalaman bila diri bergelar Mama...
walau tak menang pun..saja2 Mama nak share dengan rakan2 blogger Mama..
kenangan dan pengalaman bila diri bergelar Mama...
1 comments:
SALAM, ENTRY REVIEWED. SEMUA SYARAT CUKUP AND THANKS SUDI JOIN CONTEST SAYA YE :)
Post a Comment