♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, September 5, 2010

Sejarah Henset

Salam sejahtera...
Salam 25 Ramadhan...

Agak lama Mama menyepi... Makin ke penghujung Ramadhan, makin terasa letihnya. Ditambah lagi dengan alkisah2 yang terpaksa Mama hadapi, membuatkan hati Mama terasa jauh dan effect kat badan. Mama memang begitu, kalau hati tak ceria, badan pun terasa letih, penat, malas dan semua sifat2 negatif. Takpela..moga rahmat Ramadhan dapat membuat Mama tabah...

Arini Mama nak ceriakan la sikit hati Mama dengan entri ni ye. Mama nak cerita pasal henset2 yang pernah Mama pakai. Mama jamin Ayah Iman pun tak penah tau sejarah ni walaupun beliau amat suka sejarah.. Jangan mare ye sayang... : )

Fuh..kedengarannya macam orang kaya jerk tukar2 henset ye.. Taklah begitu, kalau Mama tukar henset pon bukannya sebab dah boring dengan henset lama ke atau saja nak bergaya. Mesti ada sebab.. Biasa penyebabnya mestila henset lama rosak... :(

Ok..kita mulakan dengan henset 1st Mama. Jenama Sagem. Mesti ramai tak penah dengar kan. Ala..henset murah aje.. Lebih kurang camni la rupanya. Pic Mama pinjam daripada google ye...

sagem

Ok..ni pulak henset kedua Mama. Mama tukar sebab henset Sagem tuh bermasalah. Tapi henset ni Mama paling tensi sebab pakai kejap aje dah rosak. Tah pape jerk.. Yang bestnya pasal henset ni, dia kecik tomei je... Lebih kurang camni la henset Mama. Cuma henset Mama warna silver...


alcatel

Ni pulak henset yang paling Mama sayang dan paling lama Mama pakai. Nokia 3310. Biasa disebut Nokia Tiga Tiga Sekupang. Mesti ramai tau ni. Henset ni memang sangat sangat sangat ramai yang suka dan pakai. Time tu sape pakai henset nokia kira gah la.. Hehe.. Henset ni juga boleh compose ringtone sendiri. Juga boleh lukis2 atau tulis2 pape yang kita suka..pastu jadikan picture mesej. Pastu ada game snake. Mama suka.. Hehe... 


nokia 3310


Pastu Mama upgrade sket ke Nokia 6610i. Ada i tue means henset ni ada kamera. Wah..rasa canggih sangat dah la time tuh. Kalo tengok sekarang gambarnya punya la pecah. Hehe.. Henset ni masih ada dalam simpanan Mama dan masih boleh berfungsi dengan baik walaupun ada 1 ketika keypadnya takleh tekan. Adakalanya jadi back up henset bila henset sedia ada problem. Hehe... Cuma baru2 ni ada masalah nak cas disebabkan si tecit iman telah memasukkan virus air liurnya ke dalam henset tersebut dengan cara menggigit ye...


nokia 6610i


Mama terpaksa beli henset Nokia 2300 ni pulak sebab 6610i Mama ada masalah keypad tak boleh tekan. Henset yang dibeli pun murah2 aje sebab masa tu study lagi. Mana la mampu nak beli henset mahal2 kan...

nokia 2300

Ni pulak Nokia N70 kipas susah mati Nokia nie yang dibelikan oleh Ayah masa bertunang. Kira pakai henset sama la kunun ye. Memang best pakai henset ni. Semuanya memuaskan hati. Tapi malangnya henset Ayah pakai jap je. Henset Ayah menemui ajalnya terlebih dahulu daripada henset Mama walaupun lahir sesama... Pastu Ayah tukar pakai Nokia 5610.. Xpress music yg ada slide tuh... Pastu Mama exchange henset dengan Ayah sebab henset Mama katanya 'tak boleh simpan memory' dah. Tapi bila Ayah pakai ok je. So Mama terus jela pakai Xpress Music ayah...


nokia n70

Ni la dia Nokia 5610 Xpress Music Ayah yang Mama exchange dengan Ayah...


nokia 5610 xpress music


Henset ni pun ada masalah disebabkan virus yang disebarkan iman. Awalnya masih tak kritikal sangat lagi dan Mama gagahkan jugak la pakai walaupun kena tekan kuat2 sampai kadang2 rasa nak tekan dengan kaki aje... Namun akhirnya terpaksa pasrah bila langsung takleh guna dah. Tekan boleh tapi tekan lain kuarnya yang lain. Mama pun pakai la henset Atok Iman yang memang ada dalam simpanan kami sebab aritu Ayah pinjam.... Ni la dia Nokia 2100... Pun akhirnya terpaksa pasrah jugak...



nokia 2100

Dan pada hari ini.... Denga rasminya kami berpaling tadah dari jadi kipas susah mati Nokia dengan membeli CSL Blueberry.. Wow..hehe.. Ni la henset Mama sekarang. Nak taip mesej pon terkial2.. Nak tekan apa2 pon terhegeh2 lagi.. Tengah cas di tepi Mama ni haa...


csl blueberry

Alhamdulillah... Ada rezeki beli la henset baru.. Sebab henset Atok Iman pun dah bermasalah disebabkan iman suka sangat meletakkan virusnya... Mesti tertanya2 virus apa yang diceritakan Mama sejak dari awal tadi kan... Sebenarnya si iman ni suka sangat 'makan' henset. Bila dah makan tu mesti la air liurnya kuar sekali. Bila masuk dalam henset lama2 rosak la jadinya. Walaupun dah jenuh sorok pun iman boleh jumpa.

Okkay..dah habis cerita pasal henset2 Mama... ; )



Yang Ini Pun Best



2 comments:

Unknown said... [Reply to comment]

mama iman, henset saya dulu pun pernah rosak gara2 air liur si tecit ni jgk.budak2 mmg suka sgtkn gigit henset.tp alhamdulillah saya pi hantar kedai n repair, hbs dlm rm150.skrg dh tak kasi dia main dh..klau main pn sy akn tgk2 kot dia masukkn dlm mulut lg.yg abinya pn dh rosak tp tak terbaiki smpai skrg.so nk cas kna tukar msuk bateri hensetnya dlm henset sy..huhu..alhamdulillah sony ericsson w700i saya dah 4thn pakai.henset kdua selepas 3310 yg smpt pakai selama 5 thn.

kakngah said... [Reply to comment]

first enset kite dulu cap sagem la.. beli kat expo bkt jalil. jam tu.. beli line free enfon..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥