♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mama.....

entri ini ditulis 4 hari sebelum menjelang Syawal
hanya di-publish pada malam raya...


Khas buat tatapan :
Mama...


Selamat Hari Raya Aidilfitri Mama...
Na mohon ampun maaf daripada Mama atas semua dosa Na pada Mama
sejak dari Na lahir sampai la sekarang ni...
maafkan Na sebab tak dapat beraya bersama lagi untuk kesekian kalinya...
maafkan Na sebab tak dapat nak cium tangan Mama Abah di pagi raya...


walaupun Mama cakap "takpe..ikut sukalah..hampa dah kawen2 semua..."
tika Na khabarkan bahawa tahun ni Na tak dapat beraya dengan Mama
tapi Na tau di mata Mama ada duka yang terlihat...
Na tau hati Mama tersiat...
rasa tak sanggup nak tengok Mama macam tu...


kalau boleh Na memang nak beraya dengan Mama
tapi Na kini dah bergelar seorang isteri
seorang isteri kan wajib taat pada suami
walaupun hati ini pedihnya...sedihnya... hanya Allah saja yang mengerti


semuanya Na tak rancang
dan Na tak sangka
ia berlaku tiba-tiba...
keputusan mungkin bukan di tangan Na
Na harap Mama mengerti
kerana Mama jua seorang isteri kan...


Mama...Na betul2 minta maaf..
Aidilfitri kali ini mungkin yang paling sedih dalam hidup Na
semua semangat dan kegembiraan beraya dah hilang terbang
bersama hilangnya detik2 beraya bersama Mama...
rindunya saat dan detik itu...


Mama doakanlah Na
moga Na sentiasa tabah dan tenang
mengharungi suka duka perjalanan hidup yang mungkin masih panjang
Na tabah kerana Iman..
Na kuat kerana Na ada Mama..


maafkan Na Mama...
moga Syawal ini akan turut bererti buat Mama
walau tanpa Na..


Salam Syawal dari kejauhan..
anakanda mu..Na...



Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥