♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, September 30, 2010

Watermark Oh Watermark

Salam sejahtera...


Rasanya sudah hampir setahun Mama berblogging. Banyak jugak blog2 yang Mama dah terjah. Ada yang simple.. Ada yang sangat2 ladies like gitu.. Ada yang ala2 formal blog gitu.. 


Dalam pada menziarahi blog2 tersebut, Mama nampak pada gambar2 diorang ada watermark2 yang comel2 dan cute mute gitu... Sangatlah teghinginnyaaaa... Tapi Mama pun taktau nak dapatkan daripada mana. Hinggalah Mama berjumpa dengan blog EYA ni. Ntah la erk..dah rezeki kot.. Taktau camne leh jumpa.. Terus jatuh chenta gitu.. Haha..


Punya la teruja memilih nak watermark mana. Kebanyakannya dah sold out atau dah reserved. Semestinya la yang cun2 dah dichup sesiap oleh orang kan. Satu watermark satu tuan aje. So kalo yang dah sold out atau reserved tu memang jangan harap la Eya nak buat lagi untuk kita. Yela..takkan la watermark yang sama ada di beberapa blog kan. Baik takyah wat watermark copyright reserved bagai. Haha..


Semalam ada watermark baru daripada beliau. Mama punya la melompat, pilih cecepat nak yang mana, kena pulak yang memang dekat di hati punya design laks kan..terus tinggalkan komen nak chup sesiap sebelum orang len chup. Alhamdulillah dah rezeki Mama kan, dapat la kat Mama design tuh...


Tak lama pas Mama emel Eya, beliau send sample kat Mama. Waaaaahhhh..cantekkkknyaaaa... Mama sangat teruja. Rasa cam nak lompat toing toing toing jerk sebab suka suki sesangat. Akhirnya merasa jugak Mama tempek watermark kat blog Mama ni. Mungkin ada kat sini yang terror wat watermark sendiri. Mama ni tak reti..so kena la soh orang buatkan...


Ini lah watermark Mama hasil tangan Eya...


cantek kan? ada banyak lagi di blog beliau..
sape cepat dia dapat...


ni pulak adalah blog badge dan signature Mama...

Sesapa nak order leh gi tengok design yang berkenan di hati kat blog beliau. Murah2 aje.. Kebanyakannya tak sampai RM10 pun. Paling mahal pun dalam RM12 jerk.. Kecuali la kalo nak custom made punya watermark kan. Beliau akan charge lebih sket la untuk request anda tuh.


Nie la dia watermark Mama. Jatuh chenta daku padanya....






Yang Ini Pun Best



5 comments:

mamaaerish@eb said... [Reply to comment]

(",)... kalo nk yg bergambar eb leh tlg watkan... ;p

lan_ax said... [Reply to comment]

wow.. betul menarik la.. ni yang x jadi keje ni.. dok tgk watermark kt page org.. hehe.. thanks for sharing..

mamaIMAN said... [Reply to comment]

mamaaerish boleh buatkan ke?
laa..apsal x canangkan awai2..hehe..
nanti boleh tlg wat kan utk saya erk?...

lan_ax..haha..nengok2 watermark mmg blh juling bijik mata sebab sumer santek2.....

bizzonline said... [Reply to comment]

mekaseh sudi promo akk n
mekaseh jugak sbb sudi jd kastemer akk.
ape yg terkurang..akk mintak maap ye.
oh ye,BB tu akk x kasi lg,pasal akk nk tau saiz yg husna nak.

mamaiman said... [Reply to comment]

sesama kak..
saya pun mintak halal apa yg terlebih terkurang ye kak..
ok..pasal saiz tue saya dah emel..
thanks kak..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥