♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, October 28, 2010

Check Up PFO ke ASD?

Salam sejahtera...


Telah beberapa hari Mama tak update blog tercinta ini. Bukan sebab apa, badan tak berapa sihat. MC 2 hari. Semalam bawa Iman check up jantung di Klinik Pakar Jantung Kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang. Gambar2nya nanti Mama upload kemudian kerana ada dalam hs Ayah.


Alhamdulillah..syukur sangat sebab ASD di jantung Iman dah mengecil daripada 4mm ke 3mm. Kata doktor walaupun perbezaan 1mm sahaja, tetapi cukup memberi makna yang besar. Ini bermakna ASDnya mampu menutup dengan sendiri tanpa bantuan pembedahan dan sebagainya.


Semalam juga buat pertama kalinya Iman menjalani prosedur Echo Cardiography tanpa perlu mengambil ubat tidur. Terbukti bahawa anak Mama dah besar. Boleh faham bahasa.


Mama : Tak perlu makan ubat tidur ke, doktor?
Doktor : Kita cuba dulu. Sebab dia dah boleh berjalan. Kalo tak boleh buat nanti baru kita bagi ubat tidur.


Sesungguhnya Mama sedar bahawa cepatnya masa berlari. Anak Mama rupanya sudah besar. Mama terasa seperti baru semalam Iman Mama lahirkan. Kali ini doktor sahkan jenis lubang pada jantung Iman adalah ASD, bukan PFO seperti yang dikatakan sebelum ini. Selain ASD, pulmonary (injap jantung) Iman juga didiagnos agak sempit tetapi taklah sempit sampai sukar bernafas. 


Kiranya sekarang ni kena banyak2 berdoa moga Allah kecilkan ASD dan lebarkan PS. Allah bersama kita kan. Hanya pada-Nya berhak kita memohon sesuatu.


Syukur pada-Mu ya Allah di atas segala kurnia-Mu...Doa Mama ASD Iman akan terus mengecil dan menutup seiring usianya...


Yang Ini Pun Best



2 comments:

mamaaerish@eb said... [Reply to comment]

camner leh tau dier ader mslh jntg yer?...

mamaiman said... [Reply to comment]

iman dulu jaundis tinggi..24.7
then bila dah discharge wad pon..still kena bawak gi follow up kat pead..
masa dia 3 bulan, check yg berkaitan jaundis dia dulu sumer ok..
means jaundis dulu x effect apa2..
tp doc jumpa masalah lain..bila dgr ada extra bunyi pd jantungnya..
then kena gi wat echo=scan jantung..
tu yg tau ada lubang sket..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥