Salam sejahtera...
Arini tetiba nak wat entri pasal rakan sekuliah masa Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Mode LPBS j-QAF 2007 di Institut Perguruan Ipoh dulu. Kelas kami j-QAF 13. Lama dah rasanya tak berhubung. Ada jugak seorang dua yang keep in touch. Tapi kebanyakannya dah lost kontek.
dari kiri belakang :
kak mieza, kak sha, kak yah, ba'a, kak noor, kak gee, kak lah, kak ct, ehem ehem
dari kiri depan :
'izzah, kak raz, kak lyn, kak odah, kak nie
Gambar ini diambil sebelum kami bertolak ke Pulau Pangkor untuk Kem Bina Insan Guru (BIG) pada Mei 2007. Ini adalah ladies sahaja. Gentleman pun ada 3 kerat sajork. Haha...
Apsal semua title "kak"? Sebabnya dalam kelas kami ada 3 orang aje yang seusia Mama. Kami la yang paling muda dalam kelas kami merangkap dalam kohort kami. Hehe.. Ferasan muda la yerk.. Eh..time tue memang Mama masih muda. Baruuuuu 25.. Hehe..
Cerita mengikut turutan gambar :
Kak Mieza - Orang Kelantan yang memang agak pekat loghat Kelantannya. Dah kahwin dengan navy, juga orang Kelantan. Menetap di Lumut. Masa ni anak dia baru sorang, lelaki. Now dah mengembangkan empayar, juga boy.
Kak Sha - Orang Gerik, Perak. Ngajo kat Lenggong. Masa nie single mingle and available. Baru putus cintan tapi sentiasa hepi dan ceria. Peramah orangnya. Baru kawen tahun lepas. Sedang menanti kelahiran anak pertama yang dijangka Mac 2011.
Kak Yah - Orang Kelantan gak. Tapi slang nya tak la ketara sangat. Masa nie pun single mingle but not available. Hehe.. Baru kawen tahun nie. Taktau la kot2 dah lekat. Sebab jarang kontek. Pendiam orangnya.
Ba'a - Sebaya dengan Mama. Kawan semasa Mama di UM. Masa nie single mingle but not available jugak. Dah tunang dah masa nie. Sekarang anak nak masuk dua dah. Peramah orangnya. Ceria. Bergaya. Hehe..
Kak Noor - Orang Kelantan jugak. Sila jangan kerut2 kening. Memang sangat ramai orang Kelantan ye. Masa ni single but not available. Setakat yang Mama dengar ada sorang putera. Dah lost kontek.
Kak Gee - Orang Kelantan jugak. Baik dan lemah lembut orangnya. Seorang yang veri listening n understanding. Masa ni single but in a complicated relationship. Now dah lost kontek jugak...
Kak Lah - Orang Kelantan jugak. Peramah dan kelakar orangnya. Masa nie anak sorang, girl. Sangat comel macam dia la jugak. Sekarang dah tambah lagi sorang, boy.
Kak CT - Sangatlah pendiam orangnya. Orang Perak, tapi dah lupa kat bahagian mana. Masa ni belum kawen jgk. Tapi masa konvo kami dia baru bersalin anak sulung. Setakat yang tau anak dia sorang, sekarang dah lost kontek. Mungkin dah bertambah.
'Izzah - Orang Ipoh. Selalu jugak keep in touch sebab suaminya kerja sama dengan Ayah Iman. Lemah lembut orangnya. Anak masih sorang. Katanya nak tunggu 2 tahun sebab dia operate.
Kak Raz - Kakak sulung dalam kelas kami. Anak 3 orang. Sangat peramah. Orang Selangor, tapi kalau dengar slang macam orang Terengganu. Katanya dah lama ikut suami menetap di Terengganu sampai slang pun dah berubah.
Kak Lyn - Orang Bagan Serai. Peramah dan sangat baik hati. Suka tolong kawan2. Kelakar orangnya. Setakat yang tau belum kawen.
Kak Odah - Orang Sungkai. Cantik dan lembut tutur kata. Anak sorang. Mungkin dah bertambah sebab dah lost kontek.
Kak Nie - Orang Kelantan. Isteri orang kaya nie. Anak sorang masa ni, girl. Setakat yang tau dah tambah sorang lagi, boy. Dulu ngaja kat Sungai Siput. Tapi dah bertukar balik ke Kelantan.
Mama zaman anak dara..ehem...ehem..
1 comments:
salam nur.
Jom join GA dari
http://sallcontest.blogspot.com/2010/10/teka-teki-dik-rizki.html
Post a Comment