♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, October 19, 2010

Meow Meow Iman

Salam sejahtera...

Setelah beberapa hari entri-auto-publish, hari nie berkesempatan update blog lagi.. Nak cerita pasal apple of my eyes tu la..

Sabtu dan Ahad lepas kan Mama ada program perkhemahan kat sekolah. Kami bermalam di rumah Tok Abah. Pagi Ahad Mama pergi lewat sikit ke sekolah. Saja tengok2 farmville. Tiba2 dengar suara Tok Abah... "Mama..Mama..tengok Adik ada apa nie.." Dok ulang2 ayat tuh..

Walaupun Mama dengar tapi Mama still tak tengok jugak.. Pastu Mama toleh tengok2... Iman dukung anak kucing gebus-gebas-comel-bangat... Terus Mama amek kamera snap gambar Iman dan kucing..

Iman dan anak-kucing-siam-sape-tah-sesat
muka belum mandi

sampai tertonggeng2 kucing itu didera Iman

tengok...kepalanya ke bawah...

meow nak nenen Iman ke?

Tok Abah yang rajin melayan Iman

bukan Iman takut kucing
kucing yang takut Iman

hah..dah bowing la tu..
nak pukul kucing pulak..

kucing pon dah fenat main dengan Iman
nak turun tapi kuku sangkut kat baju Iman
masa ni Iman dah kena cakar kat tangan
tu yang dia lepaskan kucing tuh...

nanges sebab kena cakar..
baru nak ingat Mama..

nie la dia anak kucing siam
tapi Mak dia kucing biasa..
Ayah dia kucing siam...


Yang Ini Pun Best



2 comments:

MAMASYAZA said... [Reply to comment]

iman tak geli kucing ekk, sikecik akak tak mo langsung dgn kucing, kejar kucing ngan kayu, ada la

Tinta said... [Reply to comment]

ni yang hamimau kak aisyah tu ekk.comei giler kucing ni.gebus~

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.

♥ Add Your Link Here ♥