Salam sejahtera..
Arini pagi Sabtu. Jam 6.06 minit pagi. Biasanya time camni Mama belum bangun lagi. Nak2 pulak ari cuti kan. Tapi arini Mama tak cuti. Kul 7 nanti nak gi sekolah, ada perkhemahan. Ditambah pulak dengan sakit perut tiba2 sejak jam 5.00 tadi lagi. So on lappy la jenguk2 farmville. Teringat nak update blog plak..
Panasonic Bayu 4
Alhamdulillah petang Khamis lalu bilik tidur kami dah dipasang kipas. Akhirnya... Kalo sebelum ni pakai kipas berdiri saja. Memang dah lama cadang nak pasang kipas siling tapi duk berkira2 kot2 nak pasang air cond. Akhirnya kami buat keputusan pasang kipas aje disebabkan rumah kami ada masalah pendawaian yang melibatkan suis. Suis bilik depan aje yang berfungsi menyebabkan semua kuasa elektrik ditarik daripada suis tersebut.
Untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku, pasang jela kipas siling. Kami sepakat pasang kipas Panasonic Bayu 4. Nombor 4 tu mewakili bilahnya. Ada jugak yang bilah 5, Panasonic Bayu 5 tapi macam gedabak sangat la pulak. Ideanya datang bila tengok Tok Abah pasang di rumah beliau. Kipas ni memang kami tau sangat best. Anginnya halus tapi menyamankan. So sangatlah sesuai kalau letak dalam bilik. Tak la Iman merengek kepanasan lagi.
Nota Mama : Menyimpan wishlist ~ air cond di rumah sendiri...
0 comments:
Post a Comment