Jom kita baca sama2.
Kredit kepada http://www.kekalsihat.com/artikel/keluarga/gigi-dan-si-kecil.html
**************************************
Akar gigi bayi mula terbentuk ketika dalam kandungan. Faktor gizi ibu mempengaruhi pertumbuhan gigi si kecil. Makanan yang bernutrien dan berza diperlukan oleh ibu hamil bagi pertumbuhan gigi yang sihat bagi bayi mereka. Umumnya, gigi pertama anak akan keluar ketika usia 6 bulan. Ada juga gigi yang tumbuh seawal 4 bulan dan selewat 14 bulan. Ini adalah biasa dan pertumbuhan adalah bergantung kepada bayi anda sendiri. Walau bagaimanapun, bayi yang masih belum tumbuh walaupun umur telah mencapai 15 bulan bukanlah petanda yang baik. Sekiranya perkara ini terjadi, maka dapatkan nasihat doktor dan pakar terhadap masalah yang dihadapi oleh anak anda.
Biasanya gigi susu akan mula tumbuh di bahagian hadapan samada atas atau bawah dahulu. Kemudian diikuti oleh gigi-gigi yang lain. Pada usia 12-24 bulan, gigi geraham atas dan bawah sebelah depan dan gigi taring akan tumbuh. Jumlah gigi susu adalah 20 batang dan pertumbuhan biasanya berhenti umumnya pada umur kanak-kanak 3 tahun. Kemudian satu persatu akan tanggal pada umur 6-7 tahun dan diganti dengan gigi kekal. Gigi kekal berjumlah 32 batang akan tumbuh satu persatu.
Tanda-tanda anak anda tumbuh gigi
Bila gigi mula tumbuh, ada tanda-tanda yang anda boleh lihat dengan jelas. Air iur anak anda mula meleleh. Kadangkala, keadaan ini disertai dengan demam. Anak mula meragam disebabkan rasa tidak selesa ketika gigi mula keluar. Gusi anak anda akan berasa radang dan sakit. Proses pertumbuhan gigi adalah merupakan masa yang paling tidak selesa untuk si kecil anda. Tetapi, ada juga anak kecil yang tidak mengalami demam.
Anda juga boleh lihat perubahan pada pipi anak anda. Lazimnya, pipi akan menjadi kemerah-merahan akibat bengak pada gusi. Ruam juga berkemungkinan tumbuh disekeliling pipi dan mulut.
Rasa sakit dan gatal sekitar mulut dan gusi menyebabkan nafsu makan anak anda berkurang. Berikanlah anak anda makanan yang lembut dan sejuk.
Gigi rosak!!
Walaupun gigi susu tidak kekal, namun ini tidak bermakna gigi anak anda tidak perlu jagaan yang rapi. Kerosakan pada gigi susu berlaku lebih cepa berbanding gigi kekal. Bertambah teruk apabila gigi susu yang rosak menjadi karies. Ini bukanlah sesuatu yang baik kerana gigi susu yang rosak mempengaruhi pertumbuhan gigi kekal anak anda. Walaupun stuktur gigi ditentukan oleh keturunan, tapi ini tidak bermakna kerosakan gigi pun begitu. Kerosakan gigi berlaku disebabkan pelbagai faktor. Makanan merupakan faktor utama kerosakan gigi anak anda khususnya makanan yang manis dan berasaskan tepung. Hal ini kerana bakteria mudah hidup dalam gula dan tepung. Apabila makanan terselit pada gigi, bakteria yang terperangkap menghasilkan asid dan merosakkan gigi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan terjadinya lubang pada gigi-gigi anak anda. Kajian mendapati 90% kanak-kanak menderita kerosakan gigi dan setiap anak menderita 7 lubang daripada 20 giginya. Maka awasilah anak anda sebelum terlambat.
Disiplin anak anda!
Sukar untuk menghalang kanak-kanak daripada makan benda yang manis. Tapi itu bukan alasan untuk terus membiarkan kanak-kanak bebas dengan makanan tersebut. Pemakanan mereka perlu diberi perhatian agar gigi tidak rosak.
Makanan yang manis itu boleh tapi biarlah berpada. Ajarlah si kecil anda untuk menjaga gigi mereka sejak dari kecil lagi. Ini adalah penting agar mereka sedar bahawa penjagaan gigi itu penting untuk mereka. Latih mereka menggosok gigi setiap hari dan berkumur selepas makan. Disiplinkan mereka sebelum terlambat!
1 comments:
nice info la kak http://supermamashoppe.blogspot.com/
Post a Comment