♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, December 30, 2010

FZ6R : Pengalaman Pertama

Minggu ni dah mula macam2 urusan berkaitan sekolah. Maklumlah minggu depan sesi persekolahan 2011 akan bermula. Mama juga agak sibuk uruskan itu ini hingga takde masa nak update blog. Pagi ni sebelum ke sekolah untuk mesyuarat panitia, Mama curi sikit masa update blog kesayangan ni.


Nak cerita hari tu Mama dah try bonceng FZ6R Ayah yang warna kuning tu. Kalau sebelum ni hanya dapat tengok aje sesekali superbike2 ni kat atas jalan, tak sangka sekarang dah pernah naik dan sendiri punya pulak tu (kira sendiri punya aci tak?..hehe..). 


Taklah perjalanan jauh sangat cuma merasa la jugak naik highway sekejap memandangkan kawasan rumah kami ni dekat dengan kawasan highway. Kalau atas jalan biasa ni tak terasa sangat ke"best'annya sebab kena stop2.


Memang banyak le kelebihannya. Macam kereta malah lebih laju dari kereta cuma ianya bertayar dua dan boleh naik dua orang saja dalam satu2 masa. Tapi mungkin sebab tak biasa, ada jugak yang Mama tak berkenan. Antaranya :


1) sakit bontot..haha..sebab terpaksa duduk atas bonggol untuk rapat dengan Ayah. Kalau tak rapat konpem Mama jatuh melayang sebab terlalu laju.


2) Sakit belakang sebab kena tunduk sikit juga bertujuan merapatkan badan Mama dengan Ayah supaya Ayah tak melelong bawak bila ada ruang angin antara Mama dengan Ayah.


3) Tak boleh bercakap masa dalam perjalanan sebab helmet full face. Ditambah lagi dengan laju ya amat mana nak sempat cakap apa2. Oleh kerana biasanya dalam kereta Mama ni co pilot merangkap penunjuk arah Ayah bila ke mana2, bila atas motor jadi agak susah nak bertugas camtu sebab kena jerit2 nak cakap dan tak pasti Ayah dengar ke tak. Haha..


4) Sakit leher sebab masa dalam perjalanan kena lawan angin kuat yang tolak helmet kita tu. Helmet dah la 'ringan' kan. Nak kena tahan2 pulak. Haha.. Memang sakitnya 2,3 hari baru hilang...


Itulah antara pengalaman awal Mama naik superbike Ayah. Saja nak cuba saja. Kan pregnant ni. Ni pun cari nahas je ni. Alhamdulillah la Iman Junior ni kuat macam abangnya juga. Hehe.. Pasni mungkin naik pusing2 taman jela kot. Takde dah la nak laju2 cam aritu.


Walaupun Mama rasa mungkin lambat lagi Mama akan naik untuk long journey, tapi Ayah dah belikan Mama helmet, jaket dan glove. Mama dah cakap tak payah beli tapi saja Ayah belikan. Kasut jela takde yang sesuai. Aritu Mama pakai kasut sukan Mama tu je. Haha.. Punya la tak seswai..


Okey la..nak gi sekolah dah ni ha. Iman pun dah 'mengemas2' dah barang2 nak bawak gi sekolah yang Mama dah susun kat tepi pintu ni. Nanti Mama upload gambar kami bersama superbike Ayah...


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥