♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, February 15, 2011

Takde Aktiviti Tiba2 Aktiviti Penuh

Hujung minggu lalu konon2nya takde apa2 plan. So cadang2 hanya duk umah saja la kan. Tapi sudahnya jadi penuh dengan aktiviti sampai tak sempat nak bahagikan masa lak. Haha..

Alkisahnya, Sabtu memang la takde pape aktiviti sangat macam yang Mama dah citer aritu kan. Lewat petang kami ke rumah Tok Abah nak makan durian tunggal. Sebelum kami ke rumah Tok Abah tu, singgah rumah Nenek simpan FZ6R Ayah. 

Lepas makan durian tunggal, kami ke rumah Nenek. Nenek ajak ke rumah Pak Long di Bagan Tiang. Tapi Ayah cakap sakit kepala la pulak. Penangan durian tunggal tadi kah? Kata Ayah dia memang dah sakit kepala dari petang tadi lagi. 

Nenek minta nak bawak Iman malam ni. Esok pagi Mama dan Ayah menyusul. Erk..tersentak Mama. Mama tak pernah berpisah dengan Iman. Tambah2 tidur tanpa Iman. Mula2 Mama agak keberatan. Memikirkan nanti malam2 Iman cari Mama lak. Tapi akhirnya Mama lepaskan jua Iman dengan separuh hati sebab Mama rasa biarlah Iman belajar berenggang sikit dengan Mama. Nanti dah ada adik pun Mama tak boleh nak tumpukan sepenuh perhatian pada Iman sorang saja.

Malam itu di rumah terasa sunyi. Walaupun kalau Iman ada pun Iman dah tidur dan keadaan akan tetap sunyi jugak, tapi sunyi malam itu terasa lain sebab buaian kosong, atas katil kosong. Sedey... :(  Tapi Mama pujuk2 hati, hanya malam ini saja. Dan Mama pun nak cuba jugak biasakan diri berenggang sikit dengan Iman. Rasanya masa bercinta dengan Ayah dulu pun tak seteruk berpisah dengan anak. Haha...

Esok pagi2 lagi Mama dan Ayah dah gerak ke sana. Nak jumpa Iman! Yeay.. Macam la bertahun tak jumpa. Keh keh keh... Camne la orang yang sanggup tinggalkan anak dengan mak bapak kat kampung sebab nak kerja di bandar. Tak terusikkah perasaan keibuan mereka? Felik tol..

Di rumah Pak Long, kami makan2, sembang2.. Macam2 benda dibualkan. Bersantai2. Pas Zohor kami keluar jalan2 ke pekan Parit Buntar. Ada ekspo. Mama sempat la beli tudung. Nenek bayarkan dan Nenek cakap Nenek belanja. Hehe.. Ada ka patut mak mertua belanja menantu. Takpela, zaman moden. Hua hua hua...

Iman di ekspo


Sebelum gerak tadi Iman memang dah mengantuk. Masa di ekspo tu memula dia kecoh jugak jalan sana jalan sini. Lama2 dah tak larat jalan, nak dukung. Lama2 terus tertidur atas dukung Ayah. Nasib baiklah Mama tak lupa bekalan susu Iman. 

family Ayah

Lepas berpeluh2 di ekspo, mereka ke Billion pulak. Kat Taiping takde Billion katakan.. Hehe.. Saja2 nak tengok2 saja sambil beli buah2. Mama, Ayah dan Iman tunggu dalam kereta sebab Iman tidur. Mama pun tak larat dah nak berpanas2 ditambah lagi dengan sakit kaki. 

Iman dengan Cik Ikahnya yang kuat mengusik

Perut ni dah berbunyi2. Ayah pun sama. Pastu Ayah minta Mama belikan air. Mama teringat kat ekspo tadi ada orang jual air dan nugget. Terus berdesup ke sana. Beli2 pastu masuk kereta balik. Makan makan makan dan minum minum minum sambil tunggu mereka berbelanja di Billion. Dah selesai beli2 kami terus balik rumah nak lunch. Pak Long beli lauk, masak nasik kat rumah.

Untuk pengetahuan, Pak Long ni masih bujang. Baru nak kawen tahun ni. So bayangkanlah rumah orang bujang nak masak apa kan. Setakat goreng2 nugget bolehlah. Sampai rumah, solat Zohor berjemaah, hidang2  makanan, makan pastu rehat2 kejap. Pastu baru la bermula agenda utama kami berkumpul di rumah Pak Long iaitu mesyuarat keluarga pasal kenduri kawen Pak Long dan insya-Allah Cik Chik (adik Ayah).

Selesai mesyuarat, solat Asar dan gerak ke Ban Pecah pulak. Makan2 di sana sambil potong kek meraikan hari lahir Cik Adam (adik Ayah). Ada laut, Iman seronok main air laut. Orang lain semua tak basah kaki, dia sorang saja yang basah kaki. Aduhai anakandaku... ;)

Maghrib di masjid Sg Baru. Pastu gerak balik Taiping. Sampai rumah packing2 barang, berdesup pulak kami bertiga ke rumah Tok Abah. Sebenarnya petang tadi Achik Ana ada singgah rumah Tok Abah dari Pangkor dengan rakan sekelasnya. Mereka ada program kelas di sana. Tapi disebabkan Mama pun terikat dengan program keluarga sebelah Ayah, tak dapatlah ketemu. 

Tapi Tok Mama ada simpankan lauk untuk kami. Sebab tu kena pergi jugak rumah Tok Abah walau mata dah berat, badan dah penat, Iman dah tidur. Sambil2 makan, sembang2 jap pastu semua tertidur sebab nak kerja esoknya.

Hujung minggu yang takde plan tiba2 bertukar jadi hujung minggu paling penuh aktiviti... heheh... Tapi kami gembira sebab masa dihabiskan bersama keluarga... ;)


Yang Ini Pun Best



2 comments:

Tutup Blog said... [Reply to comment]

best nyer jalan2 ke ekspo... shopping banyak tak??

Jom baca: Love code

mamaiman said... [Reply to comment]

memang best.. tp cuaca panas sangat.. hehe.. jadi cepat letih..

tak banyak pun.. saya cuma beli tudung saja sehelai.. hehe..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥