Biasanya kalau orang lain suami yang temankan. Tapi Mama ni dah biasa dari mengandungkan Iman lagi, pergi sendiri je. Atau adik2 temankan. Untunglah keluarga dekat. Kalau keluarga jauh terpaksa la mengharapkan ihsan pengasuh untuk jaga Iman.
Malam tadi Ayah cakap taktau lagi boleh balik ke tak untuk temankan Mama gi check up. Dalam hati terasa jauh jugak, tapi Mama dah biasa sendiri. Sambil2 sidai kain bergenang jugak la mata ni. Bukanlah Mama ni manja sangat, cuma dalam hati ada jugak rasa teringin suami menemani gi check up. Sejak Abang Iman dulu lagi Mama gi sendiri, seingat2 Mama 2 kali je Ayah temankan. Bukan selalu, sebulan sekali saja. Tapi nak buat camne, mungkin setiap kali Mama ada temujanji, setiap kali tu jugak Ayah ada hal kot.
So petang ni gi sendiri jugak la macam biasa. Macam masa Abang Iman dulu, dan macam masa check up Iman Junior yang lepas2, dan mungkin jugak akan macam Iman Iman yang akan datang kot. Tapi nanti bila check up Iman Iman yang akan datang, mungkin Mama dah boleh harapkan Abang Iman temankan Mama... ;)
Macam2 plan dalam kepala dan masih taktau nak decide yang mana satu. Mungkin nak ambik Iman dan mintak tolong Nenek jaga sekejap sementara Mama gi klinik. Ada juga plan nak terus pergi dari sekolah je dan ambik Iman lambat sikit kat umah Opah. Mama ni kalau boleh tanak menyusahkan pengasuh Iman sebab dia jaga 2 orang budak lain jugak. Adakalanya Mama mesyuarat, terpaksa la ambik Iman lewat sikit.
Mama faham sangat dah camne lelahnya nak menjaga Iman. Sebab tu la kalau boleh tanak menyusahkan sesiapa. Tok Mama pulak mesyuarat pagi ni. Taktau habis kul berapa. Ada jugak plan nak bawak je Iman. Tapi susah jugak sebab nanti Iman tak terkawal. Lagipun biasanya petang2 Iman mengantuk sebab masa di rumah Opah Iman main je.
Tengoklah nanti camne. Main redah jela. Moga segalanya dipermudahkan Allah... ;)
1 comments:
sabar erk..mama iman..
semoga tabah meniti pjlnn hidup..
Post a Comment