♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Monday, March 7, 2011

MTQ dan Mahrajan Kesenian Islam Zom Simpang 2011

Sabtu lalu telah dilaksanakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam peringkat Zon Simpang. Memang meletihkan bila terpaksa bekerja pada hari Sabtu yang sepatutnya menjadi hari basuh kain, sidai kain, lipat kain, kemas rumah, memasak atau hanya rehat2 saja bersama anak dan suami. Tapi nak buat macamana dah tugas kan. Perlulah dilaksanakan dengan dedikasi. Ecewah..

Seawal jam 7.15 pagi Mama dah keluar rumah. Itu pun dah kira lewat sebab plan asal nak keluar jam 7.00 pagi. Sampai2 je murid2 yang nak dibawa dah sedia menanti. Terus gerak jela.

Sampai sana, daftar dulu. Oleh sebab sekolah Mama diberi tugasan bahagian pendaftaran, maka borang pendaftaran dah siap2 taip nama murid sekolah kami. Cuma ambil nombor saja la.

Pas siap daftar gi makan dulu. Nasi lemak lauk telur goreng. Biasanya pun memang ini la menunya pun. Ok la buat lapik perut kan. Kang tengahari dah tak disediakan makanan dah.

Lepas makan Mama dan seorang lagi guru bawa murid2 kami ke tempat pertandingan mereka. Tempat berlainan. Dah la sekolah tu besar. Mama pulak tak pernah menjelajah sekolah tu. Pernah sekali saja ke sini untuk mesyuarat. 

Selesai hantar murid kami berdua duduk di dewan untuk menyaksikan pertandingan nasyid. Mula2 nak tengok murid kami bercerita tapi penuh pulak dah kelas tempat pertandingan diadakan. Pastu decide tengok nasyid jela sebab tahun2 sebelum ni kami tak pernah berkesempatan nak menyaksikan mana2 pertandingan sebab ditugaskan di bahagian bercerita. Kena la jadi pengacara majlis, penjaga masa dan sebagainya di satu tempat saja. Biasanya jugak, pertandingan berceritalah yang akan habis paling akhir. Nape tah.. So memang konfem la tak sempat nak tengok pertandingan lain.

antara kumpulan nasyid yang bertanding



Sekolah Mama memang tak masuk pertandinga nasyid. Masa Mama mula2 datang pun memang takde kumpulan nasyid. Alat pun takde. Lagipun Mama tak pandai la nak latih nasyid. Tapi tahun depan insya-Allah akan ditubuhkan sebab tahun ni kami baru dapat seorang ustaz yang memang pandai melatih murid bernasyid. Alatan pulak, insya-Allah akan diusahakan oleh PK Koku kami yang juga merupakan seorang ustazah. Alhamdulillah... Dengan kehadiran 2 orang guru agama yang bersemangat tahun ini, bertambah la lagi jentera penggerak panitia kami. Kalau sebelum ni nak harapkan Mama dan kawan j-QAF serta seorang ustazah tu saja nak buat semua. Memang tak termampu ditambah lagi dengan bebanan tugas yang lain. Bila dah ramai ni mudah la sikit...

Selesai nasyid semua, kami bergerak ke tempat bercerita sebab pertandingan bercerita baru separuh jalan. Tapi masa kami sampai murid kami baru je selesai menyampaikan ceritanya. Duduk jugak lah tengok peserta lain. Selesai bercerita, kami semua berkumpul di dewan untuk majlis penutup pulak.

Alhamdulillah tahun ini sekolah kami berjaya merangkul naib johan dalam pertandingan tilawah Al-Quran dan tulisan jawi. Satu pencapaian yang membanggakan dan satu peningkatan yang baik untuk sekolah kami. Selesai majlis penutup, kami pun bersurai. Mama hanta murid2 ke sekolah semula untuk dijemput oleh ibu bapa mereka. Jam 2.00 lebih baru la sampai rumah dengan disambut oleh anakanda Mama, Iman Bukhari... ;)

Yang Ini Pun Best



1 comments:

zahidah dihaz said... [Reply to comment]

pernah sekali je join pertandingan nasyid...tu pun masa sekolah rendah...



New Entry: Miss Zahidah 4in1 Lucky

Draw

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥