♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Sunday, March 27, 2011

Shopping Mopping


Aritu Mama dan Iman ikut Tok Abah dan Tok Mama shopping di Giant. Ayah tak ikut sebab baru balik dari Ipoh, kepenatan tak hilang lagi. Perasan tak, Mama dan Iman selalu jalan2 dengan Tok Abah berbanding dengan Ayah kan? Hehe.. Sebab Ayah selalu sibuk... Tapi Ayah tak kisah la dan kami ikut pun atas keizinan Ayah...

Barang2 kat rumah Tok Mama dah banyak yang habis. Mula2 kami hantar Pak Su balik asrama dulu. Solat Asar di sana kemudian dalam perjalanan balik singgah Giant. Hujan masih berbaki masa kami sampai tu.

Mula2 Iman duduk dalam troli la macam biasa. Biasa la Iman, kejap aje nak duduk dalam troli tu. Baru separuh jalan shopping dah bising nak turun. Nasib baik jugak barang yang Tok Mama nak beli tak banyak sangat (walaupun penuh jugak satu troli..haha..).

Last2 Tok Abah terpaksa dukung Iman bawak pusing2 dulu sementara Tok Mama nak habiskan senarai yang nak dibeli. Dah bayar, Mama, Iman dan Tok Mama tunggu Tok Abah ambik kereta sebab hujan dah mula lebat balik.

makan roti sementara tunggu Tok Abah


Sementara menanti Tok Abah sampai, Iman makan roti. Banyak jugak Iman makan. Iman memang suka roti Gardenia coklat tu. Yang jagung pun Iman suka. Kalau kat rumah boleh dikatakan stok sentiasa ada untuk Iman dan Ayah. Tapi yang tak bestnya bila Iman makan roti tu habis comot bajunya.

Tok Abah sampai, kami masukkan barang dan terus gerak balik rumah. Malam tu Mama, Iman dan Ayah gerak balik rumah kami pula... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥