♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, May 19, 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Sambutan hari guru tahun ini agak suam2 kuku sebab Pengarah Pelajaran Perak mengeluarkan arahan supaya ditangguhkan sambutannya. Ada ka patut? Tak patut sungguh la. Sesekali je guru2 nak diraikan, kena tangguh pulak.

Bila dah kata 'tangguh' tu, entah bila la pulak akan disambut kan. Kami buat juga majlis kecil sambutan hari guru tanpa jamuan dan tanpa hadiah. Isk. Sedey.

tengok backdrop
main tulis guna marker je.. hehe..

permulaan majlis


Ada la persembahan murid; nasyid, deklamasi sajak. Pastu guru2 menyanyikan lagu guru Malaysia dan lagu tema hari guru tahun ini.


Lagu berhantu kami... ;)


Guru Malaysia


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu tema hari guru 2011...

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Bersatu Kita Menuju Paradigma Yang Baharu
Satu Tekad Dan Harapan Menyahut Cabaran Dunia
Pendidik Berkualiti Demi Mencapai Visi
Dengan Azam Yang Murni Membentuk Akhlak Terpuji

Guru Mendidik Insan Dengan Setulus Hati
Membimbing Generasi Masa Depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan Hasrat Yang Murni Satu Malaysia

Pendidik Berinovasi Menghasilkan Kreativiti
Bersedia Hadapi Cabaran
Arus Tanpa Sempadan

Pendidik Yang Berkualiti
Membentuk Akhlak Terpuji
Mengimbangkan Rohani
Jati Diri Dan Jasmani

Guru Mendidik Insan Dengan Setulus Hati
Membimbing Generasi Masa Depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan Hasrat Yang Murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia


persembahan nasyid


sebahagian murid yang mendeklamasikan sajak


Acara kemuncak adalah acara memotong kek hari guru. Besar kek ni... Ikutkan semua guru kena potong sorang sikit la kek tu kan. Tapi kebanyakan guru malas la nak beria2 sebab kang hancuss plak kek tu banyak tangan yang potong. Haha...


kek hari guru 2011


acara potong kek


Lebih kurang jam 9.30 pagi sambutan hari guru suam2 kuku pun berakhir. Walaupun agak suram tapi tetap meriah dengan penglibatan guru2 dan murid2 sekolah kami... ;)


Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥