Tok Mama tak dapat ikut serta sebab kerja kan. So Kitorang temankan la Tok Mama di rumah sebab Tok Abah konpem balik lewat malam punya. Ari Jumaat Mama dan Ayah ke tempat kerja dari rumah Tok Mama. Iman tetaplah dihantar ke rumah Opahnya sebab Tok Abah masih kepenatan drive jauh2 kan.
Di rumah Tok Mama, wireless ada masalah. Taktau masalah apa. Mungkin masalah modem atau line macam yang pernah Mama alami dulu. Oleh sebab itu, tak boleh la online. Hinggakan tanaman Mama di farmville pun dah banyak yang mati.
Malam ni kami pulang ke rumah semula. Sengaja Mama nak balik malam ni sebab memikirkan nak basuh kain, nak mengemas rumah sket2, nak bersiap2 untuk kerja Selasa ni dan sebagainya. Biasa la bila dah di rumah sendiri macam2 benda nak dibuat.
Cuti masih berbaki lagi sehari. Cadangnya esok nak pergi shopping kain nak buat baju raya. Tahun ni nak tempah awal2 memandangkan raya nanti adik dah ada, takut kelam kabut pula dengan anak kecik lagi dengan nak bersiap itu ini lagi. Baik siapkan apa yang boleh disiapkan awal2 ni.
Banyak benda nak cerita tapi nantilah pelan2 Mama update ye. Semakin tak larat rasanya bila dah semakin dekat nak bersalin ni.. Moga semuanya dipermudahkan Allah... ;)
0 comments:
Post a Comment