Inilah dia wajah kesayangan Mama. Sayunya rasa hati di tengah2 malam yang sepi ini melihat Iman Bukhari terlena di sisi Mama. Tadi Mama pukul Iman sebab taknak dengar cakap Mama setelah berkali2 Mama larang. Dah la Mama semakin tak larat dan terasa semakin emosi akhir2 ini.
Ya Allah.. ampunilah dosaku seandainya tindakanku dengan niat mendidik amanahMu ini adalah suatu dosa. Ku mohon Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membesarkan amanahMu ini ya Allah.
permata hati Mama..
racun hati Mama..
penawar duka Mama..
penyejuk rajuk Mama..
Tadi Mama peluk cium Iman sambil menahan sebak di dada melafazkan kata2 nasihat supaya Iman menjadi anak yang soleh, taat kepada Mama dan Ayah, jadi budak yang baik dan mendengar kata, jaga Mama, Ayah dan adik2.. Juga Mama doakan Iman dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, bahagia di dunia dan akhirat, menjadi insan yang berguna dan bijaksana.
Moga2 nasihat dan doa Mama meresap ke dalam hati Iman yang sedang lena. Mama sayang Iman. Tiada yang dapat menggambarkan kasih sayang dan cinta Mama terhadap anakanda Mama ini. Ketahuilah bahawa sekiranya Mama marah, itulah tanda kasih Mama supaya Iman membesar menjadi insan soleh dan bijaksana membawa diri dalam arus kehidupan yang penuh cabaran serta dugaan ini.
Mama sayang Iman...
0 comments:
Post a Comment