Namun disebabkan masalah kesihatan Bunyamin iaitu prolonged jaundice, terpaksa la Mama hold dulu sesi mengepam bagi memastikan Bunyamin kerap direct feeding. Mama tetap mengepam cuma terhad sehari 1-2 kali sahaja.
Semangat telah kembalu bila tengok stok ebm yang terkumpul semakin bertambah setelah 8 hari meningkatkan sesi pengepaman. Sebenarnya Mama pun masih dalam sesi 'cuba mencuba'. Maknanya Mama masih mencari2 waktu yang sebenar2 sesuai dengan Mama untuk mengepam.
Setakat ini Mama amalkan mengepam setiap 2-3 jam sekali. Tak kiralah double pumping atau tandem pumping. Tapi biasanya lebih banyak tandem pumping sebab Bunyamin pasti akan bangun minta susu bila Mama baru nak start mengepam.
Mama percaya dengan konsep demand n supply. Lebih banyak permintaan maka lebih banyak susu akan dihasilkan. Mama juga berusaha mengosongkan payudara setiap masa bagi memberi signal kepada otak bahawa lebih banyak susu diperlukan.
Bila mengepam pada sebelah malam, Mama perasan B lebih cepat bengkak dan susu juga lebih banyak. Oleh kerana Bunyamin kerap menyusu, maka lebih banyaklah sesi tandem pumping dibandingkan dengan double pumping.
hasil perahan pada jam 3 am adalah 4oz berbanding perahan sebelah siang
tak sempat pam lebih lama sebab Bunyamin dah meraung di belakang tu
hasil perahan pada awal pagi juga memberangsangkan
Apa itu tandem pumping?
Tandem pumping bermaksud anak menyusu di sebelah B manakala sebelah lagi pam. Bermakna dalam masa yang sama kedua2 B distimulasi serentak sama seperti double pumping.
Mama dapati tandem pumping masa dalam pantang adalah lebih mudah sebab baby tak hiraukan sebelah B lagi yang sedang dipam atau pam yang berada hampir dengannya. Kalau nak banding masa Mama cuba tandem pumping masa Iman dulu (masa tu Iman dah 3,4 bulan dah), sangatlah susahnya sebab tangan dia dah pandai tolak2 pam tu.
Oleh kerana itu, Mama manfaatkan saat2 manis tandem pumping bersama Bunyamin tika dalam pantang ini sebaik2nya. Sangat suka ;)
Bila anda melihat hasil perahan Mama, mesti terfikir 'sikit je'. Tapi bagi Mama, takpe sikit pun asalkan Mama stimulate B bagi memberi signal bahawa susu diperlukan lebih banyak. Ada 3 perkara yang cuba dijadikan amalan utama Mama dalam misi membuat stok ebm sebanyak mungkin iaitu :
1) Kosongkan B setiap masa. Tak kira secara direct feeding atau pam. Biasanya Mama akan kosongkan B setiap 2-3 jam. Sampai susah nak rasa B bengkak. Ini kerana bila susu yang dihasilkan kerap dikeluarkan, maka lebih banyak susu baru akan terhasil.
2) Jangan lihat pada hasil perahan. Tak kisah banyak atau sikit asalkan ada stimulasi atau rangsangan supaya lebih susu dihasilkan.
3) Kerap dapatkan sokongan ibu2 yang mengepam seperti Mama. Mentor Mama yang utama adalah kakak ipar Mama sendiri. Banyak perkara Mama belajar daripada beliau. Thanks, Kak Zie..
Mama baru 8 hari memulakan misi mengumpul stok ebm ini. Buat masa sekarang Mama dah ada 24 botol ebm dengan kuantiti 3 oz setiap botol. Hasil yang membanggakan Mama sebab secara jujurnya Mama katakan Mama tak pernah ada stok ebm sebanyak ini. Bila melihat kepada hasil perahan yang berdikit2 lama2 jadi bukit itu, terasa semangat semakin membara nak mengumpul lebih banyak stok.
sumber inspirasi
5 comments:
nanti peti ais tok abah penuh la mcm peti ais ummi..hehe
amin.. moga jadi kenyataan.. ;)
mama pakai breastpump ape ye yg wat double pumping ni
medela freestyle dear..
love to read this entri
Post a Comment