Ketika bersiap2 untuk breastfeeding journey with Adik aritu, Mama beria2 basuh dan susun dan simpan botol2 simpanan ebm Mama yang berlambak2 itu. Masa breastfeeding journey dengan Abang Iman, Mama sengaja beli banyak2 untuk menjadi sumber inspirasi. Tak habis2 lah dengan inspirasinya Mama ni kan.
Tapi itulah kenyataannya, Mama fikir bila ada botol banyak2 yang warna-warni dan comel2 itu, semangat untuk memenuhkan botol2 itu dengan ebm juga bersemarak. Tapi di pertengahan jalan, akhirnya Mama akur bahawa Abang terpaksa juga menelan fm bila di rumah pengasuh namun Mama tetap bertahan dengan prinsip 'no fm' dalam rumah. Oleh sebab itu, masa cuti sekolah Abang tetap fully bf dengan Mama. Itu pun sudah cukup buat Mama puas hati.
Berbalik cerita tadi, botol2 yang banyak itu, walaupun dah berniat nak jadikan sumber inspirasi, berazam sekuat2nya nak penuhkan semua botol itu masa pantang Adik nanti, namun ada jua sedikit prejudis 'boleh ke nak penuhkan semua ni' di dalam hati.
Namun begitu, bersama semangat dan azam yang ditanam sejak mengandung lagi, Mama berdikit2 mengumpul ebm buat bekalan Bunyamin masa Mama bekerja nanti.
pam - direct - pam - direct - pam - direct
adakalanya direct + pam
Itulah saja rutin wajib Mama sepanjang berpantang dan masih meneruskan rutin tersebut hingga ke saat ini. Hingga sedar tak sedar semua botol simpanan ebm tu dah pun Mama penuhkan dengan susu. Alhamdulillah... Hampir menitik airmata ini mengenangkan jerih perit yang ditempuhi ketika awal perjalanan penyusuan ini.
Tak sangka akhirnya berjaya juga Mama penuhkan botol2 itu dengan susu Mama sendiri. Bangga dan bahagia melihat hasil penat lelah selama ini berbaloi. Oleh kerana teruja sangat, Mama order lagi 24 botol Mom's Little One yang comel2 itu.
baru sampai
twin pack = 12 botol
Mama beli twin pack, dapat harga lebih murah. Sebenarnya dari dulu lagi Mama adalah peminat botol2 MLO sebab warna dan designnya yang comel dan menarik. Tutupnya warna pink dan biru, manakala di bahagian badannya pula tertulis kata2 semangat untuk Mama di setiap takat oz nya.
simpan dalam bakul sebelum digunakan
Mama turut membeli ice pack MLO yang ada cover sekali. Rasanya belum pernah jumpa ice pack brand lain yang siap ada cover. Cover ni penting juga supaya bila digunakan nanti takde la basah cooler bag bila ice pack tu dah mula mencair kan.
Ini adalah kali pertama Mama beli ice pack MLO. Sebelum ni guna yang Medela punya yang dapat sekali masa beli freestyle dulu. Ramai yang cakap ice pack MLO ni best. So Mama nak try la. MLO ni memang best, ice pack dia pun comel.. ;)
Dan pada hari ini (usia Bunyamin 56 hari, 5 Ramadhan), secara rasminya kesemua 24 botol MLO yang comel itu telah habis digunakan. Pasni Mama akan habiskan pula 2 kotak liner yang sedia ada tu. Kalau liner pun habis, alhamdulillah.. Bermakna angan2 Mama (nak penuhkan kesemua storage bottle dan liner) menjadi kenyataan..
0 comments:
Post a Comment