Sedang enak2 berblogwalking mencari info tentang breastfeeding, terjumpa entri ini daripada blog seorang kaunselor laktasi, Kak Farah yang sangat berguna. Mama kongsikan di blog Mama sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri dan kita bersama. Insya-Allah akan Mama praktikkan tips2 ini...
Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:
1) Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.
Mama sedia maklum tips ini - mula memerah seawal mungkin selepas bersalin, namun Mama tak bersemangat nak mula awal sebab Bunyamin mengalami prolong jaundice dan asyik berulang alik check darah (belum campur duk wad 9 hari lagi). So Mama mula mengepam buat stok pada usia Bunyamin 34 hari setelah jaundisnya turun pada hari ke-33.
2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.
Ini Mama silap sikit - again..walaupun tahu kena elakkan sebenarnya. Mama bukan tidak mengepam masa Bunyamin jaundis cuma Mama tak buat stok. Mama pam dan bagi Bunyamin minum guna botol susu fresh itu. Oh.. silapnya..
3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi.
Yes.. yang ini Mama sangat PERCAYA. Mama yakin dengan konsep ini. Memegang prinsip konsep inilah Mama pam dan df dan pam dan df, adakalanya tandem pump.. Untuk memberi signal pada otak bahawa "nak susu lagi.. nak susu lagi.."
4) Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya. Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex.
Oh..milk collection shell itu Mama ada tapi tersimpan rapi dalam bakul. Hehe.. Tak digunakan. Sebab belum mula kerja, ingatkan nak pakai masa kerja nanti. Sebab sekarang ni bila Bunyamin menyusu, Mama pam yang sebelah lagi.Takpela nanti kalau rasa2 malas nak tandem Mama akan pakai ini untuk tadah susu yang keluar di B sebelah masa Bunyamin menyusu.
1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?
Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang mana susu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya
5) Displin dalam penyusuan
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).
Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.
Ye.. dalam apa jua misi kita perlu DISIPLIN. Insya-Allah Mama akan lebih disiplin selepas ini. Sekarang ni asyik lewat2 je pam daripada jadual walaupun tetap mengepam jugak. Ni M punya pasal la ni. Takleh.. takleh.. Kena rajin, rajin dan rajinnnnnnnnn je....
6) Pengurusan EBM yang betul
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun. Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.
Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting. Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah :
Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susunya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan. 2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!
Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu. Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyang. Mungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.
Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini
** Kdangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu.
Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun.
Oh..ini juga Mama baru tau.. Rupanya keperluan anak 1-6 bulan sama ye.. Baiklah, perlu diajar pengasuh anak2ku menguruskan keperluan anak2.. Moga2 dipermudahkan.. Kena kedekut susu ye.. ;)
7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
Insya-Allah.. Mama dah jumpa milk booster Mama - susu Marigold HL. Juga Mama ambil supplement Shaklee.. Alhamdulillah setakat ini serasi dengan badan Mama..
8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
Ini belum pernah Mama lakukan. Biasanya Mama hanya berzikir Ya Matin sahaja. Insya-Allah nak jadikan amalan..
9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.
Mama percaya susu Mama banyak dan cukup untuk anak2 Mama hingga 10 tahun lagi.. Positifkan diri..
10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita
Mama sentiasa mencari info tentang bf juga suka melawat blog ibu2 menyusu nak tengok stok EBM mereka, pengalaman, cabaran dan info2 berkaitan bf di blog mereka. Juga selalu bertukar2 fikiran dalam group KIM di fb.. Moga2 jadi pembakar semangat Mama..
0 comments:
Post a Comment