♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Thursday, September 29, 2011

Bila Dapur Mula Berasap

Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk keluarga. Betul tak statement Mama itu? Betul rasanya kan. Tapi Mama ni bukanlah ibu yang rajin memasak setiap hari untuk keluarga. Selain tak pandai masak, masa juga amat mencemburui. Juga komitmen2 lain yang memerlukan Mama.


Namun sejak akhir2 ini dah bosan setiap hari memikir nak makan apa arini, nak makan apa arini. Mama bercadang nak belajar memasak untuk keluarga. Selain mengepam, Mama juga berniat nak masukkan aktiviti memasak setiap hari dalam rutin harian Mama.


Mama memang tak pandai memasak. Tapi Mama akan cuba jadi pandai untuk keluarga Mama. Terasa puas bila lauk pauk yang dimasak (walaupun simple) habis dimakan oleh suami dan abang. Taktau la rasanya sedap ke tidak, maklum sajalah baru nak belajar2 kan.


Isnin dan Selasa minggu ni Mama mc sebab badan rasa semacam dan selsema masih berterusan. Doktor bagi rehat 2 hari. Isnin memang Mama rehat sepuas2nya bersama anak2. Selasa Mama ke pasar beli bahan2 nak memasak. Beli ikan dan sotong saja. Kang banyak2 kang lolah nak memasaknya pula...hihi..


Mama tak pernah masak kari. hihi. Selasa kelmarin Mama masak kari ikan. Walaupun Mama memasak malam tu, tapi Mama hanya masak untuk Ayah dan Abang sebab Mama tak rasa lapar pulak malam tu. Cadangan awal dalam kepala Mama adalah nak goreng ikan 2 ekor dan 1 ekor lagi masak kari. Tapi Ayah suruh masak 2 ekor untuk kari.


Bukannya apa taknak masak banyak2, biasanya kalau Mama masak tak habis. Last2 tong sampah jugak yang telan. Taknak la gitu. Sayang rasanya. Membazir. Tapi sebab Ayah suruh masak jugak la Mama 2 ekor untuk kari dan 2 ekor untuk digoreng.


Mama memang tak tengok Ayah dan Abang makan sebab Mama sibuk menyusukan Adik dalam bilik. Bila Adik dah tidur barulah Mama keluar bilik dan tengok2 apa yang dah berlaku. Bukak2 tutup periuk, fuh.. licinnnn... hihi.. Terasa puas penat2 memasak. *penat la sangat.


Semalam Mama masak lagi. Mama buat ikan masak kicap, ikan goreng dan sayur bayam. Simple2 saja. Mama makan dulu sementara Ayah jaga Adik. Kelam kabut makan sebab Adik makin kuat merengek nak nenen dan mengantuk.


Macam biasa, masa Mama menidurkan Adik, Ayah dan Abang makan. Pagi tadi cadangnya nak bawa bekal ikan masak kicap ke sekolah. Bukak2 periuk nasik, licin. Bukak periuk kuali, pun licin. Hihi. Alhamdulillah... Syukur sebab habis. Mama suka bila Mama masak ianya habis. Kalau tak habis tu yang Mama tak suka. Hihi..


bersama permata hati


Hari ni cadangan awal nak masak juga. Tapi sebab tadi di kantin ada lauk banyak (feveret pulak), Mama bungkus 4 ekor ikan. Makanya hari ini balik hanya masak nasi sahajalah ye. Kena pulak ada mesyuarat petang ni. 


Dalam hati merisaui ebm Adik tak cukup sebab mesyuarat taktau habis jam berapa. Tadi dah kol Opah, Opah cakap ada lagi 2 botol. Rasa2 cukup kot. Takkanlah mesyuarat sampai waktu Asar kan... ;)


Puas rasanya bila melihat keluarga memakan hasil air tangan kita sendiri kan. Mama berazam akan terus berusaha meningkatkan kebolehan diri sendiri untuk keluarga. Sebenarnya dulu2 masa zaman tunggu SPM atau cuti semester di U, Mama memang memasak untuk family. Sedap tak sedap taktau la kan. Cumanya bila dah kawen agak malas di situ. Haha..


Ni baru nak rajin balik. Mama dalam misi menambah berat badan Abang. Mama akan berusaha supaya Abang berselera makan kembali macam masa Abang kecik2 dulu. Seronok tengok Abang makan. Sekarang ni jarang2 dapat tengok Abang makan dengan banyak. Kadang2 sesuap pun bercinta nak makan.


Abang.. Adik.. Mama sayang kalian berdua. Jadi anak yang soleh ye. Mama akan berusaha menjadi Mama terbaik untuk kalian..


Sayang.. dirimu jua kucinta dan kusayang. Maaf andai ada kekuranganku yang menyinggung perasaanmu. Doakan daku dapat menjadi isteri dan Mama terbaik untukmu dan permata hati kita ye.. *feeling la pulak.

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥