Rancangan asal Mama adalah nak mengepam mengikut jadual baru yang Mama sesuaikan dengan waktu kerja Mama. Walau cuti tapi tetap nak apply sebab hari pertama melaksanakannya Mama berjaya mengumpul 29 oz! Hasil terbanyak dalam sejarah breastfeeding journey Mama.. *sengih sampai telinga.
Namun kita hanya merancang Allah jua menentukan. Elok2 Jumaat cuti, Mama pula ditimpa masalah kesihatan. Mama selsema, demam dan sakit kepala. Oleh sebab itu nak mengepam pun tak larat walau B dah bengkak.
Tapi waktu pagi2 sebelum subuh Mama bangun juga mengepam sebab tak tahan B bengkak. Risau juga nanti tersumbat susu. Ni lah hasilnya.. *sengih sampai telinga lagi.
hampir 8 oz
Syukur padaMu ya Rabbi... ;)
0 comments:
Post a Comment