Tahun ini lebih bermakna kerana kami sudah berempat. Hari lahir tahun lalu, Bunyamin masih dalam kandungan. Rasanya Mama tak pernah buat entri tentang hari lahir Mama. Entah kenapa. Mungkin sebab hari lahir sendiri, so rasa macam tak perlu nak buat entri khas bagai.
Namun tahun ini, rasanya perlu Mama buat entri tentang hari lahir Mama. Sebab bagi Mama ianya sangat bermakna. Taklah pula kata hari lahir tahun2 lalu tak bermakna, tapi tahun ini sangat manis rasanya bagi Mama.
Malam itu, Ayah tanya nak makan apa. Eh, rasa cam tak la lapar sangat. Jenuh fikir nak makan apa. Akhirnya buat keputusan keluar cari kek jela. Keluarga kami memang kurang gemar beli kek sebijik sebab konpem tak abis. Kami suka beli kek potong2 je.
macam2 kek pilihan hati
Dalam perjalanan balik singgah beli burger. Nak beli burger McD adalah malas nak berhujan2 pastu nak kena beratur tunggu turn bagai. Burger feveret family yang berdekatan dengan rumah pun kira ok juga. ;)
abang dah ready nak makan burger dan kek
adik bergolek2 di belakang
Baru nak makan, Ayah keluarkan beg kertas. Wah, tak sangka tahun ini Mama terima hadiah hari lahir tepat pada hari lahir Mama. Terharu.
Ayah memang begitu. Gemar bagi hadiah dalam beg kertas. ;) Ingat lagi masa zaman bercinta *eh.. Ayah pernah hadiahkan Mama coklat kit kat gift set yang diletak dalam paper bag juga. Siap bereben. Manis kenangan itu masih segar di ingatan. Sayang nak makan coklat itu lalu tersimpan berbulan2 dalam peti ais. *eh, kantoi sudah
Buka dengan hati2. Ada 2 kotak. Alhamdulillah, tahun ini dapat hadiah jam tangan dan pen. Tersenyum sambil hati berbunga2. Terima kasih sayang...
Malam itu Mama tidur dengan senyuman. Sudah ada 3 lelaki yang sama2 menyambut hari lahir Mama di kala usia sudah menginjak ke angka 28. Doa Mama moga dipanjangkan umur untuk melihat anak2 Mama dewasa dan berjaya. Juga moga keluarga kecil Mama ini selamanya bahagia dan gembira di bawah rahmat dan redha Ilahi.
Sedang menaip entri ini, Mama terima sms ucapan hari lahir daripada Ayah. Ucapan yang cukup buat Mama terharu. Doa dan harapan seorang suami.
"Selamat Hari Lahir, Ayang. Moga sentiasa di dalam keampunan, rahmat dan diberkati Allah, mendapat martabat isteri solehah dan ibu mithali hendaknya. Sayang sayang Ayang"
Ucapan yang akan kekal terpahat di hati Mama...
0 comments:
Post a Comment