♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Friday, December 23, 2011

Si Abang Kesayangan Mama

Dah lama tak bercerita perihal si abang. Abang dah besar. Tahun depan masuk 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Segalanya tentang abang masih segar di ingatan Mama.

Mengandungkannya, menyusukannya, melayan kerenahnya... Abang dah semakin petah berbicara. Seronok bersembang dengannya. Macam sembang dengan orang tua. Kadang2 ada perkataan2 yang digunakan buat Mama kagum sebab abang pandai menyusun ayat seperti orang dewasa.

Namun abang tetap abang. Minatnya masih sama terhadap jentera2 berenjin (yang dipanggilnya BAJAK), lori dan kren. Pernah sekali abang ikut Opah pengasuhnya ke klinik untuk ambil gigi palsu, sepanjang perjalanan tak henti2 mulut abang bercakap tentang lori tanah, lori buang (lori yang sedang keluarkan muatannya, ala yang dia angkat belakang dia tu), bas, kereta, bajak pasti la tak lepas kan. Opah sangat kagum dengannya sebab masa tu usianya belum mencecah angka 2, adik Bunyamin pun belum lahir.

Di rumah Tok Abahnya, ada mesin pembancuh simen. Itulah bajak kegemarannya. Jika ada pembinaan di mana2, pasti abang akan cakap "macam bajak Tok Abah la" bila melihat mesin pembancuh simen. Pastu abang akan tanya "kren tu angkat apa, nak buat apa, lori tu buang apa, bajak tu bawak apa". Macam2 soalan yang kadang2 jenuh nak menjawabnya.




Bila Tok Abah mulakan operasi menyimen, paling suka adalah abang. Awal2 lagi dah pakai 'baju kerja'nya. Mula2 pakai baju kerja, eksaited sungguh. Berkali2 tayang pada Mama sambil cakap "ni baju kerja abang" sambil tepuk2 dada. Bangga sungguh sebab diberi 'kepercayaan' membantu Tok Abah.


Biasalah kanak2, lagi dilarang lagilah nak dibuatnya. Nak senang, layankan jela. Lama2 dia akan berhenti sendiri sebab jemu. Mungkin dalam fikirannya, "ala, apsal macam tak best je takde orang nak larang ni". hihi.

Tok Abah, Tok Mama dan Achik Ana rajin melayannya. Diberi peralatan berkaitan, mencangkunglah si abang buat 'kerja'. Lama2 dah jemu mula la nak sepah2kan simen tu. Bila abang dah jemu, abang dengan sendirinya akan rela hati dibawa mandi dan bersiap cantik2 dan bersih2. 


Biasanya lepas mandi abang akan mengantuk sebab letih 'bekerja keras' kan. Masih juga ada hati nak 'tengok aje' katanya. Lama2 dah penat, minta susu dan tidur. 

Kisah ini bukanlah untuk sehari saja. Banyak kali juga abang jadi pekerja cemerlang Tok Abah. Lama juga Mama nak buat entri tentang ini namun biasalah... ;)


Abang anak yang baik. Juga abang yang penyayang. Walau semua orang cakap abang buas, abang nakal, tapi Mama percaya abang aktif sebab abang bijak. Abang nak meneroka segala2nya. Sebab tu abang suka buat sesuatu yang abang tak tau sebenarnya ia membahayakan dirimu sayang.

Abang, Mama sayang sangat dengan abang. Bila Mama marah abang, itu tandanya Mama sayang abang. Mama tak mahu abang cedera, Mama tak mahu abang jatuh, Mama tak mahu abang terluka. Tapi abang masih kecil dan mungkin tak memahami erti kasih sayang Mama ini lalu abang tetap buat juga walau Mama larang.

Walau apa pun abang, Mama tetap sayang abang berjuta juta juta juta kali. Abang anak Mama, abang buah hati Mama, abang racun juga penawar Mama. Membesarlah menjadi anak soleh, insan berguna jua hambaNya yang taat ye abang..

Macam yang selalu Mama cakapkan pada abang, "abang DOKTOR kan?"... Doktor tentulah lebih bijak daripada orang biasa. Mama nak abang jadi doktor Mama ye sayang...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥