♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, December 14, 2011

Bunyamin & 1st Solid Food

Baby Bunyamin sudah 6 bulan usianya. Bermakna lengkap sudah penyusuan eksklusif Mama buat Bunyamin selama 6 bulan ini. Hanya susu Mama menjadi makanan dan minuman yang mengenyangkan Bunyamin. 

Mama gembira dan berbangga kerana berjaya sampai ke tahap ini. Kegagalan menyusukan Abang Iman secara eksklusif di awal 6 bulan usianya dulu, rasa tertebus dengan kejayaan bersama Bunyamin ini.

Adik dah boleh mula makan makanan pejal. Walaupun Adik takde menunjukkan tanda2 nak makan, tapi Mama saja cuba bagi Adik makan bubur nasi kosong yang dikisar halus.

bubur nasi kosong bersama air dan kepala lori Abang sebagai hiasan ;)

Adik tidur lama hari ini. Kebetulan ada Achik Ana, bila Adik merengek terus Achik Ana dodoikan Adik kembali, maka lamalah juga Adik tidur hari ini. Bila Adik bangun, Mama dah sedia nak suapkan Adik bubur.

Bunyamin 6 bulan

Seperti yang dah Mama duga, Adik tutup mulut rapat2 bila Mama suapkan bubur. Mama dah jangka Adik belum sedia nak makan. Menyusu pun sikit2 sahaja, ini kan pula nak makan. Tak macam Abang dulu, menyusu kuat, makan pun kuat. Kali pertama suap makanan dah pandai nganga luas2 dan kunyah2 walaupun muka sedikit pelik sebab tak pernah rasa selain susu.

tutup mulut rapat2

Mama cuba 2,3 kali suapkan Adik. Namun Adik tetap menolak. Mulutnya sentiasa tertutup rapat. Ada juga Mama bukakan mulut Adik nak bagi Adik rasa kot2 pas rasa dia suka. Tapi Adik tetap taknak. Buat muka pelik dan macam nak termuntah. 

Adik belum sedia nak makan

Akhirnya Mama buat kesimpulan bahawa Adik belum sedia nak makan. Adik hanya nak menyusu sahaja. Pas Adik dah tenang semula, Mama offer nenen. Laju je Adik menyusu sebab memang dah lapar. Maklumlah tidur lama kan.

Adik belum tau bahawa makan bubur juga mengenyangkan. Pada Adik, nak kenyang adalah dengan menyusu. Mama tak kecewa, jauh sekali sedih atau hampa. Malah Mama gembira sebab walaupun Adik dah 6 bulan, namun hanya dengan susu Mama sahaja boleh mengenyangkan Adik tanpa perlu tambah dengan makanan tambahan lain.

Esok Mama cadang nak cuba lagi sekali. Kali ni nak tambah susu Mama dalam bubur nasi tu. Kalau Adik masih menolak, Mama takkan paksa Adik. Mama sayang Adik...

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥