♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, January 18, 2012

Corat Coret Kehidupan

Persekolahan sudah masuk minggu ketiga. Terasa pantasnya masa berlari. Hidup Mama kini kembali penuh dan padat dengan tugasan di tempat kerja juga di rumah. Rasa semua benda nak bagi siap dalam satu masa. Rasa nak buat kerja cepat2 biar selesai semua dan bolehlah Mama berehat. Namun ianya sentiasa tinggal harapan sebab memang tak terdaya nak lakukan semua kerja dalam satu masa.


Di sekolah, terasa kelam kabutnya Mama nak menyelesaikan segala tugasan. Hingga ada rakan sekerja yang tak senang dengan Mama. Entah mengapa. Mungkinkah sebab tugasan yang tertangguh, atau mungkinkah Mama melukakan hatinya atau apa? Mama sendiri tak mengerti dan akhirnya menambah tekanan di jiwa Mama.


Di rumah, anak2 diutamakan. Keadaan rumah, aduh, menahan mata sahajalah buat masa ini. Teringin mencapai vacum, si kecil merengek minta disusukan. Baru menunduk nak melipat kain, si abang ketuk kepala adik. Terkocoh2 la Mama memujuk si kecil.


Akhirnya hanya sapu mana yang sempat supaya mata-tak-terlalu-sakit dan mengutip mainan si abang supaya mama-tak-terpijak. haha. Asal 'nampak kemas sikit' tu pun kira syukur dah. Syukurlah suami tak merungut. Memahami bebanan tugas si isteri. Tak lokek menghulur bantuan. Terima kasih sayang.


Si Abang pula gemar mengusik adik sekarang ni. Pantang nampak adik meniarap, ditariknya kepala adik. Nampak adik main lori abang, dirampasnya mainan itu. Kesian menjadi adik. Sentiasa kena pasrah dengan diktator si abang. Si adik pula, juga suka menyakat abang. Tak padan dengan 7 bulan usianya. Bila abang baring dekat dengannya, ditarik2 telinga, mata, mulut abang. Marahlah abang. hai lah anak... Kalianlah penghibur Mama. *juga penaik darah tinggi Mama..hihi*


Rasa macam nak tukar sekolah saja. Sebab rasa mcm tak best bila ada yang tak suka. Tapi taktau kenapa tak suka Mama. Tapi sayang juga sebab pentadbiran baru sekolah nampaknya semakin baik berbanding sebelum ini. Sabarlah wahai hati. Insya-Allah ini ujian untukmu hati. Tabahlah, sabarlah, redhalah...


Berkenaan Opah pengasuh anak2 pula, ada menyuarakan rasa lelahnya menjaga si abang. Maklum sajalah budak lelaki kan. Pastilah keletahnya menggeramkan. Katanya abang sekarang taknak tidur. Maka susah sikitlah nak menjaganya. Tak terkawal. Oleh yang demikian, terpaksalah Mama mencari taska untuk abang.


Siang tadi dah bertanya taska permata untuk abang. Berbaloi juga. Jadualnya juga baik. Suasananya juga selesa. Tapi masih berfikir2 lagi. Belum buat keputusan. Minggu depan Mama cuti sampai Rabu. Cadangnya Khamis dan Jumaat nak hantar abang ke rumah Tok Abah sebab Achik Ana dan Mak Njang cuti seminggu. Mungkin lepas raya cina baru konfem nak hantar taska mana. Bermakna minggu ini minggu terakhir abang dijaga oleh Opah. Sedih pula rasanya. *tsk*


Lega rasanya dapat meluah rasa di blog kesayangan ini. Sedikit sebanyak yang terbuku di dada dapat dikurangkan. Walau mungkin masih ada yang menyesak dada, namun biarlah yang sedikit itu menjadi rahsia hati. 

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥