Jika dengar bayi yang tak dikenali meninggal pun airmata ni tak mampu ditahan, ini kan pula bayi sahabat sendiri. Baru tadi Mama terbaca status seorang teman ketika di UM dulu, puterinya meninggal dunia akibat masalah jantung yang tak dikesan sejak lahir.
Sedihnya Mama. Sangat simpati dengan beliau. Mujurlah masih ada dua anaknya yang lain menjadi sedikit pengubat dukanya itu. Tentu tak sangka cuti panjang ini terpaksa diharungi dengan kesedihan. Juga tentunya pembuka tirai 2012 ini bermula dengan kisah duka dan pedih.
Terus Mama terkenang anak2 Mama. Abang juga ada masalah jantung. Memang dikesan sejak usianya 3 bulan. Walaupun begitu, masalahnya hanya minor dan tidak memberi kesan ke atas pergerakan atau aktiviti sehariannya. Namun begitu, Mama tetap risau jika Abang lasak sangat atau dilayan dengan kasar oleh orang lain.
Hati si ibu, tak siapa mengerti. Mama risau. Walaupun Abang aktif, tapi Mama risau. Selagi doktor tak mengesahkan lubang sekecil 2mm di jantungnya belum tertutup rapat, selagi itu Mama risau. Moga2 check up Oktober ini membawa khabar gembira buat Mama.
Mama juga terkenangkan Adik. Adik sangat comel dan sentiasa menjadi pengubat penat lelah Mama. Semakin keletah dan semakin mencuit hati.
Doa Mama, biarlah Mama yang pergi dulu daripada anak2 Mama. Moga anak2 Mamalah yang akan memandikan jenazah Mama, anak2 Mamalah yang akan mengusung jenazah Mama, juga mendoakan Mama...
2 comments:
setiap ibu mesti mempunyai naluri seperti mama, tiada seorg ibu pun sanggup melihat sengsara anak2..
semoga abg x ape2 and mama get good news oct nanti eh..
thanks dear..
really aprreciate ur doa..
Post a Comment