Di rumah Tok Abah, jari Mama terluka digunting Abang. haha. Aktif sangat si abang ni. Taktau nak cakap macam mana, Mama selalu terfikir kenapa Abang Iman ni lasak sangat ya? Mungkinkah masa mengandung dulu Mama ada makan apa2, atau ada buat apa2 yang mempengaruhi sikap abang yang lasak ni ye?
Terfikir juga mungkinkah sebab abang suka makan manis2 atau sebab suka makan jajan? Atau mungkinkah sebab dalam susunya mengandungi paras gula tambahan yang tinggi menyebabkan abang jadi sangat aktif? Tak ada jawapan untuk semua persoalan Mama ni.
Mama rasa Mama kena mulakan dari sekarang. Membentuk pemakanan abang supaya berkhasiat dan sesuai untuk perkembangannya. Abang Iman sekarang minum susu Dumex Dugro. Pernah bercadang nak selang selikan dengan susu Ilham. Ramai yang review susu Ilham ni sangat bagus sebab ianya dibacakan ayat2 suci al-Quran. Juga turut mengandungi makanan sunnah seperti kurma, kismis dan badam.
Harganya memang agak mahal, RM48.90 utk 600g.
Susu Penuh Krim Ilham adalah:
- Produk keluaran EBUNDA SDN. BHD. (915593-H), sebuah syarikat bumiputera muslim.
- Susu yang dirumus istimewa dengan kaedah pengilangan secara islamik dan menitik beratkan aspek kebersihan dan halal.
- Produk berasaskan susu lembu yang di import dari NEW ZEALAND, bukan dari CHINA. Susu lembu yang terbaik di dunia adalah dari negara New Zealand.
- 100% susu dan bukannya perasa susu yang ditambah zat, seperti kebanyakan produk pasaran yang murah.
- Produk Susu Gred A, dengan harga yang jauh lebih murah, tetapi setara dengan produk susu di pasaran yang mencecah ratus ringgit.
Nilai tambah:
- Dilengkapkan dengan Terapi 30 Juzuk Al-Quran untuk perkembangan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Kerana itu produk ini TIDAK BOLEH DILANGKAH.
- Diperkaya dengan khasiat badam, kurma dan kismis yang membantu pembesaran kanak-kanak dengan lebih sempurna, dari segi kesihatan dan IQ.
- Sesuai untuk seisi keluarga termasuk golongan dewasa.
Asyiklah bertangguh2 nak membelinya, tiba2 terjatuh chenta pula dengan susu bio-lac. Harganya RM23.00 untuk 500g.
Keistimewaan susu BlO-LAC yang menjadi kegemaran bayi, telah dirumus mengikut nilai keperluan pemakanan garamtisu Biokimia (BTS) Dr. Schuessler, yang berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan tisu tubuh khusus untuk tumbesaran. BlO-LAC formulasi Prof. Dr. Hj. Azizan b. Ismail (Allahyarham) menjadi sumber nutrisi yang utama dalam tahun-tahun awal kehidupan bayi. Susu BlO-LAC menjaga kesihatan tubuh bayi sesuai dengan konsep piramid makanan, jika diambil bersama makanan pelengkap yang seimbang.
BIO-LAC yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2001 ini dipasarkan oleh Era Edar Marketing Sdn. Bhd. Sumber tenusu BlO-LAC diimport dan New Zealand yang sememangnya terkenal dengan kualiti persekitaran dan penyediaan susu yang terbaik di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik, tetapi sekiranya perlukan susu ganti, BlO-LAC memenuhi keperluan bayi anda.
Rasanya nak cuba dua2, tapi ongkosnya... hihi.. Mungkin boleh cuba bio-lac dulu kot.. ;)
0 comments:
Post a Comment