"Nak ikut Mama, nak ikut Mama. Mama tunggu la Abang. Mama jangan la tinggal Abang. Ala, nak ikut Mama..."
Itulah yang diulang berkali2 oleh Abang. Hati ibu mana yang tak tersentuh. Sebak sungguh rasa hati.
Hari ini Khamis, hujan selebat alam sejak awal pagi lagi. Tiada tanda2 akan berhenti sebelum subuh. Kasihankan Abang, Mama buat keputusan menghantar Abang ke sekolah hari ini.
Walaupun Mama tau 'dugaannya' agak berat bila nak hantar Abang. Ala, bukannya dugaan apa pun, cuma keadaan jalan yang agak sesak saja. haha.
Memang kesesakan pagi tadi luar biasa daripada selalu sebab kan hujan, so semua pun bawa kereta. Kali pertama Mama melihat jalan pintas yang hanya muat2 untuk kereta berselisih, dengan adanya curam dan tebing tinggi di kiri kanan jalan, hari ini penuh sesak dengan kenderaan.
Nak selekoh masuk ke sekolah Abang pun kena tunggu lama. Nasib baik ada yang berhemah memberi jalan. Syukur. Sampai2 tengok cikgu Abang belum tiba. haha. Tunggu dalam 3,4 minit baru cikgu Abang sampai. Katanya tersangkut kat jalan keretapi. Ya, kami pun sangkut di situ juga pagi tadi. Time2 camni la ko nak lalu wahai keretapi.
Mujurlah si adik sungguh lena walau mulut Abang tak henti2 bercakap. Mama tau hatinya sangat girang, moodnya sangat baik sebab hari ini Mama yang hantar ke sekolah. So Mama layankan saja cerita Abang. pot pet pot pet yang menghiburkan. Sedikit sebanyak meredakan gundah gulana Mama yang kurang cekap memandu dalam hujan lebat. ;)
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah swt. Mama menjangkakan akan tiba agak lewat ke sekolah, so Mama dah maklumkan gb siap2 tentang kelewatan Mama. Mujurlah Mama lewat pada hari Khamis, satu2nya hari di mana kelas Mama bermula pada jam 8.10 pagi. Kalau hari lain semuanya kelas bermula seawal jam 7.40 pagi. Tapi syukurlah Mama hanya lewat 5 minit sahaja.
Hari ini tiada drama airmata Abang. Harap2 esok Abang dah ok semula sebab Mama dah ceriakan Abang hari ini... ;)
2 comments:
alahai sedih lak baca..xpe la,dah ok..harap pasni pun xde masalah
memang sedih dan meruntun hati...
Post a Comment