Allah.. rindunya nak mencoret di sini. Sudah seminggu lebih blog tersadai tanpa entri baru. Yang follow Mama di fb rasanya dah tau kenapa Mama menyepi. Ini disebabkan masalah kesihatan Mama yang tiba2 merudum. Masa Allah menguji..
Alkisahnya bermula Selasa lalu. Petang itu Mama ada aktiviti di sekolah, lalu Mama terus pulang ke rumah tanpa mengambil anak2 seperti biasa. Bunyamin memang Mama dah minta tolong Opah jaga awal2 lagi. Sebab sebelum2 ni Mama bawa dia ke sekolah petang2, kesian sangat sebab panas kan. Kalau tak panas sangat pun, kesian jugak sebab asyik berdukung saja. Mama cadang nak bawa Abang saja sebab Abang dah besar, boleh main sendiri.
Tengahari itu sedang duduk berehat di rumah, tiba2 telinga kiri sakit. Terus tangkap kepala lalu kepala pun berdenyut2 sama dengan telinga. Namun tetap Mama gagahkan juga ke sekolah sebab memikirkan sakit ni mungkin sekejap saja seperti biasa.
Namun ia tidak berhenti, sakit itu datang dan terus datang namun masih dapat dikawal lagi sebab sakit kepala dah hilang. Esok pagi ia semakin sakit, rasa tak berdaya nak ke sekolah namun Mama paksa diri pergi kerja juga. Kelas pagi itu Mama hadapi dalam kesakitan yang semakin kuat dan mencucuk2.
Akhirnya tak tahan sangat sakit, Mama mohon kebenaran keluar sebentar untuk ke klinik. Mujurlah Ayah cuti hari itu, lalu Mama ke klinik bersama Ayah dan Abang. Abang pun tak ke taska hari ini.
Sampai di klinik, doktor suluh dengan lampu berkamera, rupanya ada bengkak yang besar dalam telinga. Patutlah sakitnya berdenyut2. Doktor cuci dan bagi ubat. Sampai rumah, Mama terus makan ubat. Anak2 Mama harapkan Ayah menguruskan sebab memang sakit melampau.
Mama tak pernah sakit seteruk ini sejak Abang Iman kecil lagi
bila Mama sakit, anak berdua inilah yang sering Mama fikirkan
Malam itu, menangis2 Mama menahan sakit. Sampai Abang pun kesiankan Mama. Sepanjang sakit itu, dalam hati tak putus2 Mama berzikir 'la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin', doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan nun. Mujurlah anak2 sangat baik malam itu. Memahami Mama mereka yang sedang sakit ini. Ayah ada pengajian, lalu kami bermalam di rumah Nenek.
Malam itu di rumah Nenek, Mama hanya berbaring dengan Bunyamin sambil cuba untuk tidur. Kesian Abang, sepanjang malam hanya dilayan pakcik dan makciknya sahaja. Maafkan Mama, Abang. Mama sakit.
Esoknya, kami pulang ke rumah. Abang ikut Nenek ke Selama, ada sedikit urusan. Di rumah, Mama dah tak tau nak buat apa lagi bagi mengurangkan kesakitan ini. Perlu bersabar menunggu esok sebab hari ini cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak.
Malam Jumaat, syukurlah Ayah tak bertugas di pejabat, namun Ayah ada pengajian, lalu Mama minta izin tidur di rumah Tok Abah. Mama bersiap pakaian anak2 dan pakaian Mama, juga lain2 keperluan semasa berada di rumah Tok Abah secara berperingkat dek kerana menahan sakit. Bila sakit Mama berhenti mengemas, baring dan cuba lelapkan mata sebentar walau tak dapat lelap pun, kemudian sambung lagi mengemas sampai siap semuanya.
Malam itu di rumah Tok Mama, sakitnya taktau nak cakap. Menangis, mengerang semua dah. Pastu Tok Mama sapukan asam jawa bersama jeli gamat kat bahagian luar telinga. Barulah Mama boleh tidur sampai subuh. Tepat jam 6.30 pagi, mula sakit balik berdenyut2. Syukurlah dapat juga tidur malam tadi.
Pagi itu, Mama ke klinik pakar itu semula. Sakit sudah merebak hingga telinga sebelah kanan pula. Doktor suluh lagi, yang sebelah kiri dah ada 2 bengkak dan menutup penuh lubang telinga manakala sebelah kanan dah ada macam jerawat kecil.
Doktor minta Mama lakukan pengorbanan tidak menyusukan Bunyamin selama 5 hari sebab nak bagi ubat yang kuat untuk cepat surutkan bengkak dan menahan sakit. Fikir punya fikir Mama setuju. Dalam hati Mama bertekad, kalau dapat makan 2 hari dan sakit dah reda, Mama akan stop ubat itu.
siapa tak kesian tengok si debab ini?
Bayangkan, setelah 10 bulan menyusu dengan Mama, tiba2 hari ini Mama lari2 taknak bagi Bunyamin menyusu. Bayangkanlah keadaan Bunyamin macamana. Tak tentu arah jadinya. Ketagihnya datang dan Bunyamin merengek2 tak henti2. Walau sudah diberi makan kanji banyak2, minum susu Mama guna botol kerap2, tetap Bunyamin mahukan bonding dengan Mama. Begitulah kuatnya bonding antara kami.
Mama sedih, namun Mama sembunyikan kesedihan itu jauh2 di lubuk hati. Mama cuba tidak melihat ke matanya yang bening itu kerana khuatir Mama tak kuat. Malam itu Bunyamin ditidurkan oleh Ayah di dalam buaian. Namun bila Bunyamin dahaga, seperti biasa buaian takkan dapat melelapkannya semula.
Dia nak Mama. Mama panaskan susu, kemudian angkat Bunyamin dari buaian dan berbaring bersama2. Bunyamin minum cepat2 seperti dahaga dan lapar sangat2. Tersentuh hati Mama, hancur luluh hati Mama melihatnya. Lalu jatuh juga airmata Mama akhirnya setelah lama menahan hati. Kesian sangat.
Esok pagi, Mama susukan Bunyamin sebelum makan ubat sesi pagi. Gembiranya Bunyamin dapat hilangkan ketagihnya itu. Lama juga Mama menahan sakit, taknak makan ubat lagi sebab nak susukan Bunyamin. Bila dah tak tahan sangat sakit, ditambah dengan Bunyamin sudah kekenyangan, Mama makan ubat lagi.
Selepas itu bermulalah drama pilu bila terpaksa melihat Bunyamin merengek2 tak tentu arah bila ketagihnya datang. Kesian sangat. Nak buat macamana, Mama kena baik cepat2 demi kamu juga Abang dan Ayah. Masa ni telinga kiri sudah surut bengkaknya. Tinggal telinga kanan saja semakin membengkak, ulang semula kesakitan seperti telinga kiri aritu.
Malam itu Mama dah taknak makan ubat tu dah. Rela menahan sakit daripada melihat Bunyamin begitu. Mama makan ubat yang mula2 doktor bagi, ubat tu safe untuk menyusu. Memanglah sakit tak kurang tapi takpela janji Bunyamin terlena kekenyangan dan kepuasan didakap Mama.
Esok pagi sakit semakin berdenyut2. Hari minggu ini mujurlah klinik feveret Mama tu buka sekerat hari. Jumpa doktor, doktor cuci sambil Mama menjerit2 sakit dan menitik2 airmata, pastu doktor bagi ubat makan. Ada juga ubat tahan sakit yang safe untuk menyusu.
demi kamu berdua Mama perlu kuat
Sehingga entri ini ditulis, Mama masih sakit tapi dah banyak kurang dah. Bolehlah juga menguruskan anak2 sambil dibantu keluarga. Nak dibandingkan sebelum ni memang Mama baring saja sambil tutup mata dan menahan sakit tanpa tau apa yang berlaku di sekeliling. Solat juga adalah sambil menahan sakit.
Syukur, ini ujian Allah buat Mama. Moga2 terhapus dosa. Dalam pada sakit2 ini, Mama bersyukur sebab tak kena kat anak2. Sesungguhnya sakit ini sangat sakit. Mama belum pernah rasa, tu sebab Allah bagi rasa. Kadang rasa tak sabar, tapi kena cepat2 redha sebab ini ujian untuk Mama.
Mama cuti sejak Khamis lalu. Esok dah kena kerja semula. Harapnya Mama dah boleh bekerja seperti biasa. Tentu banyak kerja2 tertangguh sementara Mama tiada beberapa hari ini. Moga terus tabah, moga susu tak merudum dek ujian kecil ini.
Sesungguhnya ini masa Mama 'dicuit' Allah setelah lama selesa dengan nikmatNya. Doakan Mama ye.. ;)
5 comments:
kalau ibu yang sakit, kesian anak2 coz pada akak anak2 lebih rapat dgn ibu. akak doakan semoga mamaiman cepat sembuh ok
adui..sedihnyaa..terutama part bunyamin.. sy pernah jugak rasa masa nk wean off.. aduii..
semoga xde pape dan cepat sembuh sis..
semoga mama cepat baik.. saya pun boleh bayangkan mcm mana keadaan bunyamin.. saya tahu mama adalah mama yang kuat :)
Mama Syaza : betul, anak2 saya rapat dgn saya. bila saya sakit, memang kesian betul dgn anak2. tak terurus mereka. bukan sebab takde yg menguruskan, tapi x sama mcm tgn kita yg menguruskan mereka.
Mama Imaan09 : memang sedih, bukannya nak wean off pun, tp terasa mcm nak wean off lak. sbb tu stop cpt2 consume ubat tu. tkt lama2 bunyamin taknak df lak.
nur : amin.. trm ksh atas doa nur..
semoga cepat sembuh kak...
Post a Comment