Ok, Mama tau ni cite lama. hihi. Tapi baru ada mood nak bercerita. Blog juga sudah bersawang sana sini. hihi.
Jun adalah bulan istimewa bagi Mama. Kerana bulan ini adalah bulan kelahiran anak2 Mama. Kebetulan pula dalam cuti sekolah kan. Ye, Mama bersalin dua2 anak Mama dalam cuti sekolah. hihi.
Ini adalah perancangan ad hoc. Tiba2 *ting* timbul idea. Tak pernah buat, tapi rasa nak buat. Oleh sebab itu, Mama bersama Achik Anna plan nak buat sambutan hari lahir anak2.
Plan asal nak buat 1 Jun (Jumaat), tapi atas kekangan tertentu, diawalkan kepada 30 Mei (Rabu). Isnin tu Achik Anna tidur umah Mama sebab assistant katanya kan. Ala2 party planner la jugak kan. hihi.
Kami gi shopping sana sini barang2 persiapan besday party. Segala belon la, topi la, mainan la, goodies bag la, macam2 semua kami beli. psstt, siap beli baju baru tu. hihi..
organizer ;)
over sangat siap beli baju baru
kira baju raya sekali ye anak2.. dan suamiku *eh
Tema adalah biru pink. Jemputan hanya keluarga terdekat dan jiran sebelah menyebelah sahaja. Menu malam tu adalah sate (order dengan akak pasar malam yang dah biasa kami beli dengan dia), koey teow goreng (kakak Ayah tolong masakkan), pulut kuning ngan rendang ayam (nenek buat), puding (order dengan jiran), em lagi apa ye, kekacang dan gula2 kot. Rasa macam ada lagi tapi dah lupa. hihi.
Majlis ni kami buat malam. Hari sebelum majlis, Mama dan Achik Anna sibuk mengemas dan menghias rumah. O ye, lupa lak, majlis ni kami buat kat rumah kami sendiri. Mula2 pening jugak nak buat di mana. Yela, rumah kami kecik je kan. Nak buat rumah Tok Abah, memang luas, tapi fikir nyusahkan pulak nak ngemas la apa la. Nak buat rumah Nenek, kesian jugak family Ayah.
abang yang eksaited masa mandi
nak pakai baju baru katanya ;)
Last2 decide buat di rumah sendiri. Tapi kena mengemas lebih sikit la kan. Maklum la *ehem* rumah kan kemaaaaasss.. hihi.. Tapi seronok buat di rumah sendiri. Lebih bermakna gitu kan.
sementara menanti makanan tiba
Abang tanak bergambar
besday boy I
besday boy II
Majlis malam itu simple je sebenarnya. Pas Isyak ada doa selamat sikit. Pastu acara potong kek. Seronok sakan bebudak keliling kek.
Bercerita pasal kek, Mama sedikit terkilan. Sebab rasanya dah lama Mama kepingin nak order edible cake (kek yang printed muka anak2) tapi tak jugak kesampaian atas sebab2 tertentu. Ada jugak plan nak order rainbow cake, sedap katanya, tak jugak kesampaian sebab dah dekat sangat tarikhnya. Ad hoc katanya kan. Takpela, nanti Mama nak order jugak masa besday Mama *eh* haha..
Last2 order jela kek biasa je. Tu pun banyak ragam tuan punya kedai tu. Taknak tulis camtu, taknak camni. Eh, ku customer ke ko customer tah. Seb bek dah terdesak, kalo tak, kose nak tempah kat dia. Kek ni sedap jugak, cuma dah biasa, besday je mesti beli kek camni. Konon nak tukar selera la plak kan, sekali tak dapat jugak. Takpela, tahun depan insya-Allah lebih sedia sebab ini kan kali pertama.
Abang dan Adik dapat baaanyak hadiah. Kebanyakannya mainan lori, bomba, bajak. Hadiah Adik Abang yang rembat. hihi. Kira hadiah dia sebab Adik kan tak tau apa2 lagi kan. Amboi!
goodies bag
Achik Anna bagi beg sekolah warna merah. Sampai sekarang guna bawak gi sekolah. Siap letak buku sekolah semua lengkap. Mama lak bagi Abang meja belajar siap dengan kerusi. Bolehlah Abang belajar, makan dan main di mejanya tanpa diganggu Adik. hihi. Adik lak Mama bagi mega block, besar gedabak, boleh elak dari masuk mulut Adik walaupun Adik memang suka je isap block tu. hihi.
Dah selesai makan2 dan bukak hadiah, semua pun mintak diri. Tinggal la family Mama dan Achik Anna je. Esoknya misi mengemas rumah balik. hihi. Insya-Allah tahun depan kalau tak mengandung lagi *eh*, atau kalau ada assistant yang cekap macam tahun ni, ada kelapangan masa, ada modal, rasa nak buat lagi yang lebih proper. Dah tau nak tempah mana, nak dapatkan di mana, so senang sket la kan.
Selamat hari lahir anak2 Mama. Kalian racun Mama. Kalian juga penawar Mama. Mama sayang kalian berdua. Hidup baik2. Jadi insan berguna, anak soleh, taat kepada Allah, Rasulullah dan Mama Ayah ye..
0 comments:
Post a Comment