Tidak seperti adik, abang sudah mula kenal susu formula sejak dalam pantang lagi. Kesian abang. Walaupun begitu, abang tetap minum susu Mama sampai usianya 1 tahun 4 bulan sahaja sebab Mama pregnant adik.
Sekarang ni abang memang fully on formula milk. Mula2 adik lahir dulu ada jugak bagi abang minum susu Mama, tapi makin lama abang taknak dah susu Mama. Jerit2 taknak susu pam katanya.
Dah lama berhajat nak bagi abang minum susu Ilham ni. Siap buat entri aritu, kalau masih ingat. Tapi asyik tertangguh2 sampai terlupa. Akhirnya tercapai jua hasrat. Mula2 berbelah bahagi jugak nak stick on biolac ke Ilham, akhirnya Mama pilih susu Ilham. Biolac pun dah pernah cuba aritu.
Kebaikan kedua2 susu ini (Biolac dan Ilham) ada Mama kongsikan di SINI ye.
Kira pasni boleh la selang2 minum susu Ilham, Biolac dan Dumex. Tiga2 ni pun abang serasi dan ok aje. Abang kan kerap selsema sekarang ni. Mama perasan sejak masuk taska abang kerap selsema dan demam. Boleh kata tiap bulan kot demam. Selsema lak tak berhenti cuma kadang2 kurang kadang2 teruk.
beli 2 kotak sekali untuk trial
nampak macaam abang boleh terima
Oleh sebab itu, inilah antara usaha Mama nak memberi yang terbaik untuk abang sejak abang berhenti menyusu Mama. Juga nak cover balik apa2 yang kurang dalam pemakanan sehariannya.
Setiap pagi, sebelum abang ke taska, Mama akan buatkan susu panas untuk abang. Susu Ilham la. Campur sikit dengan madu asli. Sikit je, kang bebanyak abang terasa pastu dia tanak dah kang susah lak. Moga2 pasni antibodi abang lebih kuat, sebab aritu doktor cakap abang ni kerap sakit sebab antibodi lemah.
dua putera kecil kesayangan Mama
Selain itu, doa Mama juga tak pernah putus untuk abang dan adik. Moga anak2 Mama sentiasa sihat sejahtera di bawah lindunganNya. Yela, Mama bekerja kan dan meninggalkan anak2 di bawah jagaan orang lain tika waktu bekerja. Sudah semestinya ada prejudis di hati, namun terpaksa redha dan menyerahkan anak2 di bawah lindungan Allah swt sentiasa...
0 comments:
Post a Comment