Bila malam, konon2 pas tidurkan anak2 nak update blog. Last2 Mama turut ke laut bersama anak2. So bila nak update? hihi. #alasan.
Hari ini sudah masuk 11 Ramadhan. Alhamdulillah, Mama berjaya puasa sebanyak 10 hari. Kurang sehari sebab sakit telinga kembali menyerang. Jadi bengang telinga kiri, sakit berdenyut2, bengkak dalam telinga dan akhirnya langsung tak dengar. Terpaksa la korbankan puasa, gi klinik pakar, doktor sembur ubat kuarkan fungus yang dah berketul, baru la dapat dengar kembali. Tapi masih berdenyut2. Tapi alhamdulillah masa entri ini ditulis, telinga sudah sihat. Syukur... Sakit telinga ni macam sakit gigi jugak. Bila sakit, mood ke laut, apa kerja pun tak jadi...
Semalam, 10 Ramadhan bersamaan 30 Julai, sekolah Mama ada anjurkan majlis berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia. Bukanlah majlis formal. Majlis santai2 warga SKJ. Tak semua pun yang join. Kebanyakannya yang gerabak panjang tu susah nak join. Mama ni walaupun baru ada 2 gerabak, gatal jugak nak join walau tau konfem makan tak kenyang dek kerana melayan kerenah gerabak2 kan, eh anak2. hihi..
Jam 6.15 petang lebih kurang, Mama mandikan anak2 dan siapkan wangi2. Pastu kul 7.00 lebih sikit kami sampai sana. Hotel ni area Taman Tasik Taiping. Ni kira first time berbuka di sini. Masa kami sampai ramai juga cikgu2 dah ada.
Masa yang ada sebelum berbuka tu, gi amik makanan itu ini penuh meja. haha. Mama ambik yang ringan2 je dulu. Masa tu abang sibuk dah nak makan nasik. Ok la abang, makan la dulu. hihi. Si adik mengantuk la pulak. Tanak sangat dengan orang, nak Mama je. Adik ni kalau tak ngantuk, dengan sape pun dia layan je. Petang tadi nak tidurkan dia tanak. Sibuk nak main dengan abang. isk.
Ayah jamah kurma je dulu pastu gi solat. Gilir2. Sementara tunggu Ayah, Mama makan mi rebus dan beraneka kuih dan buah. Bila Ayah dah selesai solat, baru Mama pula solat. Huru hara dengan dua anak. Tengok si adik nangis2 di sebelah kanan, si abang di sebelah kiri dah angkat mangkuk mi rebus dia, pastu siap tumpah2 atas baju Mama dan terus terlangkup atas lantai. pffff. Aduhai anak..
Pas Mama solat, sambung makan dan sembang2 lagi. hihi. Tak lama pun, pastu kami pun gerak pulang sebab baju anak2 sudah takde rupa baju, lantai kat kaki kami pun sudah penuh berwarna warni, adik sudah nangis2 nak tido, abang makin serba tak kena sebab turut ngantuk jugak. hihi.
Dalam kereta Mama tukarkan pakaian anak2. Sampai rumah terus tidurkan anak2. Tak lama nak tidurkan mereka sebab dua2 sudah ngantuk tahap gaban. hihi.
Ok la jugak sesekali berbuka di luar. Ramai2 dengan kawan2 kan. Eh, minggu depan di hotel mana pulak tah, dengan rakan sekerja Ayah pula. Jap nak bayangkan situasi hari semalam perlu dihadapi lagi minggu depan. #harap-tak-pengsan.
O ye, gambar takde lagi. Tunggu upload dalam blog sekolah. ;)
0 comments:
Post a Comment