♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Saturday, August 11, 2012

Spekies

Anak2, kalian memang menghiburkan. Adakalanya waktu marah boleh nak tergelak tapi kena tahan sebab nak tunjuk ketegasan. 

Petang semalam di rumah Tok Abah, sementara tunggu Ayah jemput kami, Mama buli anak2. Tapi anak2 suka je terutamanya si Adik.

Si Adik ni, bukan suka pakai apa2 di atas kepalanya. Topi ke, kool fever ke, kopiah ke, semua dicabutnya. Tapi bila tiba tang spec, suka pulak dia. Takde pulak dia cabut ke apa. Senyap je keras kejung, mulut muncung2 sebab takut spec tu jatuh agaknya.


Berlainan dengan si Abang masa seusia Adik. Mama bagi pakai apa pun redha je. Sudahnya, koleksi topi dan kopiah Abang bertimbun2 sampai kena bagi kat orang. haha.



Abang sudah punya spec sendiri. Lama dah beli. Masa tu Adik kecil lagi. Kisahnya, jalan2 Giant, saja la Mak Njang test spec kat Adik. Mama bajet memang Adik akan tarik tapi rupanya dia cool je dengan spec tu. Bila letak balik Adik marah sebab nak pakai lagi. Sudahnya Mama beli la jugak untuk Adik. Lagipun spec ni memang ngam2 dengan Adik. Kira tak longgar macam spec Abang.



Masa Mama bagi Adik pakai spec ni, Abang baru pertama kali tengok. Sebab masa beli ni Abang sekolah, tak ikut Mama. Teruja la Abang nak menerai spec Adik. Adik lak jenis redha je Abang amik dia punya asalkan ada ganti. Tu sebab gambar ni bertukar2, kejap Abang pakai spec hitam (dia punya) kejap kang pakai spec biru lak (Adik punya).



Yang Adik lak, siap posing masa Mama nak snap pic dia. Tau pulak orang nak amik gambar. Memang kelakar. Asyik gelak ketawa je kami semua. Tok Abah dan Tok Mama pun turut sama ketawa geli hati dengan gelagat cucu2 mereka ni.


Dalam diam Mama terasa Adik sudah besar. Abang juga. Oh, anak2 Mama sudah besar. Kejapnya masa berlalu. Macam baru semalam Mama melahirkan kalian.

Anak2 Mama, hidup baik2 ya.. Mama sayang kalian berdua.. ;)




Yang Ini Pun Best



2 comments:

Riana said... [Reply to comment]

comelnyer spec die =)

mamaiman said... [Reply to comment]

hihi.. thx..

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥