♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Tuesday, September 25, 2012

Kerja vs Keluarga

Minggu yang sibuk. Mana taknya, kena key in data murid. Pening kepala dibuatnya. Rancangan awal nak stay back di sekolah menyiapkan tugasan yang belum selesai tapi petang semalam hujan selebat alam, takut la pulak nak stay back sorang2 kan.

Maka balik la Mama lewat sikit je dari biasa. Tengok2 Ayah ada di rumah, cuti. Sempat la masak nasik goreng, sardin dan telur dadar je untuk makan malam. Nama je makan malam tapi petang tu dah licin semua. hihi.

Malam tu sementara tunggu maghrib sempat la key in sebahagian data murid. Adeh, pening sungguh nak key in. Kebetulan Bunyamin dah tidur selepas makan nasik dengan banyak. hihi. Bukannya nak tidurkan dia pun sebenarnya, tapi tengah2 menyusu Bunyamin lelap. Penat agaknya bermain dengan Abang sepanjang petang.


Bila si kecil tidur, boleh la Mama key in data dengan amannya. Si Abang pulak asyik tengok kartun. Biasanya camtu la, kalau Mama nak buat kerja rumah seperti basuh kain, memasak, lipat kain.. Mama akan bukak citer kartun sebab Abang dah besar dan dah boleh faham bila tengok cite kartun.

Cuma si Abang ni Mama selalu risau sebab suka jerit2 bila bercakap. Bukan risau apa, nanti dek kerana speaker dia tu terjaga la si Adik lalu tertangguh la kerja Mama. Tu je risaunya. Si Adik ni kalau dah bangun nak Mama depan mata aje, walaupun tak layan dia pun takpe janji Mama jangan ke mana2. hihi.

Sedang asyik buat kerja, tiba2 Mama dengar Abang jerit "loti loti loti loti" dengan kuatnya. Mama fikir ape la Abang ni jerit kuat2 ni, tengok kartun agaknya. Tapi Mama pelik jugak sebab Abang tak pernah jerit kat kartun camtu.

Mama pun jenguk ke luar bilik, tengok2 Abang tengah jerit panggil motor roti kat depan rumah. Yang lawaknya Abang tak bukak pintu pun. Duk terjerit2 balik pintu camne motor roti nak dengar. hihi.

Baru Mama teringat Mama ada pesan kat Abang masa on the way balik dari sekolahnya, nanti kalau dengar bunyi motor roti bagitau Mama. Abang memang SANGAT alert dengan bunyi motor roti. Tapi yang lawaknya Abang tak bagitau Mama, tapi Abang panggil siap2 motor roti tu sebab dah tau Mama nak beli roti. hihi.

Mama cepat2 bukak pintu dan kejutkan Ayah minta belikan roti. Abang pun turut berlari keluar ikut Ayah beli roti. Abang seronok sangat sebab dapat panggil motor roti sekaligus buat macam Mama pesan. Mama pun tak habis2 memuji Abang, menambahkan lagi keseronokan si kecil itu. ;)

Mama stok dulu buat kerja untuk mandi dan solat maghrib. Keluar je dari bilik mandi, si Adik dah menangis. Mana taknya, Abang ketuk2 nak 'masak burger' la pulak. Mana la tak bangun si Adik. Cuba enjut2 buai balik tapi mata Adik dan bulat. Takpe la Adik, bangun jela main dengan Abang.

Bila dah dua2 bangun, Mama try jugak buat kerja tapi sekejap saja sebab sorang dah tarik sana sorang dah tarik sini. Mama tiba2 TABIK SPRING kat ibu2 yang anak kecik2 macam Mama tapi sanggup sambung belajar. Masa bila la nak study, nak buat esaimen apa semua. 

Mama jarang bawa balik kerja sekolah ke rumah. Jarang sangat2. Sesekali kalau keadaan sangat mendesak baru Mama bawa balik. Sebab ni la, macam malam ni. Dah tau dah pasti sukar buat kerja dengan kerenah anak2 kecil yang belum faham bahasa sangat ni. ;)

Dah lama, Mama dah tak boleh fokus pada kerja sebab asyik kena beri perhatian pada anak2. Last2 off jela lappy, baring tengok tv dengan anak2. Bentang toto depan tv, off lampu depan, on lampu dapur je, pastu baring sama2.

Ngok ngek ngok ngek, kul 12 jugak la baru tidur anak2 Mama. Mama ni nak bangun 3,4 pagi untuk buat kerja memang tak la. Kecuali untuk mengepam susu DULU2. hihi. Dulu2 ye, sekarang tak berapa rajin dah. Tak boleh dicontohi sikap ini. hihi.

Dan hari ini plan nak stay back untuk siapkan kerja. Insya-Allah... 

Kerja atau keluarga? Dua2 sama pentingnya tapi bagi Mama, pasti keluargalah akan didahulukan walau adakalanya ada yang kata Mama mementingkan kerjaya. Wallahualam..



Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥