♥ PLEASE READ THIS DISCLAIMER BEFORE READING ♥

This blog is MY PERSONAL BLOG based from my personal life, experience and opinions. If you do not like on what i wrote or else, you are free to leave this blog.

Please don't just simply copy my writing without permission. Do respect my freedom.

Recent Posts

Wednesday, September 12, 2012

Training Sambil Pening

Aduhai.. Hari ni extra penat. Bukan sebab kena kursus tapi sebab agak blur dengan kandungan kursus. Mana taknya, ganti orang je, bukan orang yang sepatutnya kursus pun.

Dah la pepagi dah terkocoh kacah. Mana nak hantar anak2 lagi, siapkan bekal susu si kecil, dengan terlewat bangun, kira pakej lengkap la pendek katanya ha. Paling tensen bila kita huru hara tanak terlewat, tapi akhirnya jadi orang pertama sampai. Tensen x?

Memang la bagus punctual kan tapi penat ku terkejar2. Hihi. Training ni berkaitan rangkaian internet sekolah yang diberikan secara eksklusif kepada sekolah2 tertentu je kat seluruh Malaysia ni. Ada 351 buah sekolah je kalau tak silap, yang diberi keistimewaan sebagai perintis program ni.

Taktau camne sekolah Mama boleh terpilih, namun bersyukur dengan pemiligan ni. Malas nak cerita lanjut berkaitan kursus. Apa yang Mama faham Frog VLE ni adalah salah satu alternatif P&P guru2 di sekolah selain dalam kelas. Eh, bukan guru je, murid pun turut sama boleh guna dalam P&P.

Arini mengepam dalam kereta lagi. Macam tak biasa lak kan. Haha. Beginilah Mama, hujung2 tahun ni sibuk berkursus, terpaksalah kreatif sikit memikirkan port sesuai menjalankan misi. Biasanya dalam kereta la sebab selesa kan.

Berkursus dalam tempoh menyusukan si kecil bukahlah mudah. Sedikit masa pun tak boleh dibazirkan. Orang masih borak2 pas makan, Mama dah sibuk nak menunaikan solat. Usai solat berkejar ke kereta pula untuk mengepam. Dapat 10 minit pun dah syukur alhandulillah.

Hujung tahun depan Mama pasti akan berkursus lagi. Harap2 masa tu Mama tak perlu terkocoh kacah mengepam lagi sebab Bunyamin sudah 2 tahun lebih. Itu pun kalo takde yang no 3 *eh*.

Training ni bukan sesuatu yang familiar buat Mama so awal2 kursus tu memang pening dan blur sket. Dah lama sket baru ok sket.hihi. Takpe la, pengalaman berharga bukan!

posted from Bloggeroid

Yang Ini Pun Best



0 comments:

Post a Comment

♥ My Disclaimer ♥

Ini adalah blog peribadi. Segala isi kandungan dalam blog ini berkisar tentang kehidupan peribadi saya bersama keluarga dan teman-teman. Segala isi kandungan dan gambar-gambar dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Peniruan, penghasilan semula dalam bentuk-bentuk lain, pemindahanmilik, percetakan semula, disimpan atau digunakan semula adalah dilarang sama sekali. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit kepada mamasayangiman.blogspot.com.

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jeli sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.

Sekian, dimaklumkan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Lilypie - Personal picture/
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


♥ Add Your Link Here ♥