"Alhamdulillah.. Sudah selesai 2 daripada 3 task ber'duedate' yang terpaksa diselesaikan dalam cuti disebabkan kekangan masa pada sesi persekolahan lalu. 1 task lagi terpaksa ditunda selepas pulang dari bercuti dek kerana bahan2 yang diperlukan berada di sekolah. Task yang tidak ber'duedate' tu kita buat slow2 sepanjang cuti ye. Moga segalanya dipermudahkan-Nya.."
Ye, lega sangat bila dah selesai kerjaan terutamanya kerjaan yang perlu diselesaikan masa cuti. 2 tugasan yang sudah selesai itu adalah pengisian data PBS online #syukurlah line memberi kerjasama# dan juga pengisian markah kokurikulum dalam buku rekod kokurikulum murid2.
Sebenarnya yang sudah siap hanya rekod Tahun 6 sahaja dulu sebab esok kan dorang nak ambik result UPSR so nak bagi sekali la buku rekod koku dorang ni. Ikutkan plan asal tu memang nak siapkan minggu lepas kat sekolah tapi dah semuanya demam serentak tak dapatlah nak pergi sekolah siapkan.
1 lagi task yang belum selesai adalah pengisian data dalam SAPS. Ni kena isi markah periksa akhir tahun murid tahun 3, 4, dan 5 aritu. Bukan tak boleh buat di rumah tapi masalahnya Mama lupa username dan password. Ada tulis dalam diari tapi kat sekolah pulak. Adoyainyepun. Terpaksa la tunda pas balik bercuti nanti.
Apa2 pun, jom bercuti dulu. Hihi..

0 comments:
Post a Comment