Banyak benda nak cerita. Kita mula satu2 ek. Seperti biasa, awal tahun bermakna sesi persekolahan sudah bermula. Tahun ini lebih bersemangat memulakan sesi persekolahan dengan banyak yang serba baru di sekolah. Antaranya pengusaha kantin baru yang super best. hihi. Gemuk lagi la jawabnya sebab banyak sangat pilihan makanan. Pastu Mama rasa lebih bersedia sebab masa tugas dalam cuti aritu ada jugak buat persediaan awal tahun sikit2. Maka bila masuk sekolah tak perlu tumpu persediaan tu je, boleh beri tumpuan lebih untuk mengajar anak2 didik dengan lebih bersungguh2.
Tahun ini juga Mama dan Ayah hantar Iman ke tadika dekat dengan rumah. Oleh sebab itu, pagi Mama tenang sikit la sebab Iman akan diuruskan oleh Ayah. Tapi segala persiapan Iman seperti pakaian dan beg sekolah Mama dah siapkan awal2. Ayah tinggal nak ambik je.
Hari pertama Iman di tadika, Mama dan Ayah hantar daftar. Takut2 je Iman sebab suasana baru kan. Tapi Mama tau Iman teruja sebab baju sama dengan kawan2. Cikgu pun pujuk2. Macam hari pertama di taska aritu, Iman pegang baju Mama tak lepas jugak. Tapi akhirnya Mama tinggalkan Iman dengan cikgu dan kawan2nya. Biar berdikari dan merasa sendiri pengalaman bersosial. Meraung jugak la mula2 tu. Hari kedua pun nangis sikit2 Ayah cakap. Tapi sehingga ke hari ini dah ok, alhamdulillah.
Balik tadika Iman transit rumah Nenek dulu. Mama balik sekolah, ambik Bunyamin di rumah pengasuhnya, ambik Iman di rumah Nenek, kemudian barulah balik rumah.
Minggu2 awal persekolahan ni agak sibuk dengan macam2 urusan. Tambah2 sekolah Mama ni kecik je, cikgu pun tak ramai, maka kena pegang banyak tanggungjawab la. Rasa macam semua benda nak buat serentak nak bagi siap cepat2 tapi bila siap yang ni yang tu menanti. Selalunya belum sempat siap yang ni, datang dah tugasan yang tu. Camtu la bila dah mula kerja ni.
Balik rumah urusan rumah pulak. Mujurlah anak2 sudah besar sikit, dah faham bahasa la jugak sikit2. Dua2 dah boleh main sendiri, boleh dengar dan faham cakap Mama. Masa Mama buat kerja kat dapur, dua beradik tu boleh main sendiri depan tv walau aksi2 gaduh tu lumrah la kan.
Minggu ni boleh kata hari2 balik lewat. Dengan mesyuaratnya, dengan kokurikulumnya lagi. Semalam (Jumaat) Mama sampai terpaksa datang petang sebab ada sedikit urusan belum selesai. Ni pun ada kerja bawak balik kena buat masa cuti ni sebab nak guna Isnin ni. Sok cadangnya nak minta tolong Achik Anna kot. Buat sorang lambat siap bila ada 2 hero menemani ni.
Menjadi wanita bekerjaya camni la..
Bila terpaksa bekerja bukan pada waktunya,
anak2 diangkut bersama..
Minggu depan Mama tugas pulak di sekolah. Kena datang awal hari2. Minggu ni alhamdulillah Mama dapat datang awal ke sekolah. Bangun kena awal la jugak. Plan minggu depan nak kuar lebih awal sebab nak pastikan sampai awal ke sekolah.
Arini cuti, rehat2 saja di rumah. Sebelah petang keluar makan kenny's rogers. Lama dah tak makan. Buat pertama kalinya kami makan habis licin. hihi. Lapo sangat semuanya sebab pagi tadi makan ala kadar saja.
Tiba2 rasa nak gi picnic. Dah lama rasanya tak picnic kat laut feveret family kami. Minggu ni tak dapat kot sebab ada kenduri kenalan rapat esok. Minggu depan kot. Tak sabar rasanya dan harap menjadi la plan..
0 comments:
Post a Comment